
Saya bingkas bangun pergi meninggalkan ruang tamu sebaik sahaja saya melihat pengadil dari Korea Selatan Lee Min Hu melayangkan kad merah terhadap pemain Malaysia Fadli Shas padahal yang membuat angkara adalah pemain Thailand yang secara sengaja melakukan kekerasan pada pemain kebangsaan kita!
Dah tua tua begini memang tak elok duduk dengan perasaan marah meredap melonjak lonjak didalam hati menyaksikan ketidakadilan berlaku kepada pasukan Harimau Malaya kita!
Menurut kajian kesihatan, stres tidak bagus untuk pesakit diabetes seperti saya. Silap haribulan boleh kena sakit jantung atau angin ahmar sebab tekanan darah naik melihat sesuatu kezaliman didepan mata.
Lebih elok saya sambung kembali membaca buku tentang sejarah perjuangan Allahyarham Dato Onn Jaafar yang baru saya pinjam dari kutub khanah. Lebih menenangkan hati dari melihat pasukan bolasepak negara di khianati seorang pengadil Korea yang secara terang terangan kelihatan ‘berat sebelah’ didalam pertandingan bolasepak separuh akhir Piala Suzuki AFF!
Mungkin ada dendam yang tersimpan didalam jiwa yakpursalam ini terhadap negara kita? Si Korea ini pernah jatuh selepas di’tackle’ pemain kita didalam pertandingan melawan pasukan bolasepak Australia dahulu!
Saksikan video ini:
Saya rasa Lee Min Hu takkan berani mahu menjejakkan kakinya ke Tanah Melayu ini selepas ia mematahkan semangat juang pasukan kebangsaan tanahair kita ini dengan membuang padang Fadli Shas padahal yang patut kena tindakan adalah pemain Thailand terbabit!
Saya yakin sekiranya FAM mengambil tindakan protes keputusan pengadil ini dengan mengulang tayang rakaman pertandingan semalam pihak berkuasa AFF boleh mengarahkan pertandingan diantara Thailand dan Malaysia di adakan semula supaya puas hati kesekelian pihak peminat bolasepak se Asia.
Namun ianya mungkin cuma tinggal hasrat saya sahaja kerana segalanya sudah berakhir dan jurulatih Malaysia Dato’ Rajagopal telah menerima keputusan pertandingan seperti itu.
Tengok saja muka yang paling dibenci rakyat seMalaysia sekarang ini. Memang tak ada seri langsung! Muka tak leh pakai! Grrrr…..

Lee Min Hu! Anda memang tidak adil! Berhenti sahaja lah dari mengadili mana mana pertandingan bolasepak atau apa sahaja sukan selepas ini.
Terima lah hakikat bahawa anda ‘referee’ korup!
Apakah sebenarnya alasan kamu menzalimi Harimau Malaya?
* Video dan gambar diatas adalah ehsan blog keris7lok. Terimakasih tuan.
Hits: 0
Tindakan Tn Hj ke ruang tamu bila kita dikhianati tu langkah paling cun. Pak Long saya meninggal lama dahulu masa saya darjah 1 selepas menonton Mohd Ali vs Joe Frazier (1971), Fight of the Century sebab lemah jantung. Apek Korea tu, kalau datang tanah melayu ni, jangan marah dia. Pujuk dia tengok re-play video tu, tunjukkan 'keadilan' yang dia buat tu, tunjukkan keadilan Islam dan tarbiah dia masuk Islam. Laa ni, orang Korea masuk Islam pun ramai sampai senang kita pergi melancung di sana, banyak makanan Islam, amacam Tn Hj? Minat bebudak termasuk anak saya kpd Korea ni, mak oiii… Dulu hoki,bola, kita boleh kelentong korea, laa ni.. ???
nampak sngat 'oppa gangnam' tu berat sebelah..hmm..kesian tengok pemain dah la tensyen ngan padang,pastu pngadl tu pulak buat hal..huh..nak boikot..=_=