Saya menghadiri satu acara Dailog CCIG bersama pegawai2 tinggi FINAS di Kompleks Studio Merdeka dan ibupejabat FINAS di Hulu Kelang bersebelahan Zoo Negara hari ini.
Ramai juga para penggiat industri kreatif negara berada disana. Para penerbit, pengarah, penulis skrin, pelakon, tenaga produksi, pos produksi dan sebagainya turut menghadirkan diri, menyahut seruan CCIG pagi tadi.

Pendaftaran ahli ahli CCIG secara rasmi turut di adakan dan saya telah turut sama mendaftarkan diri selaku seorang penulis skrip filem, drama dan dokumentari untuk Islamik Sinema.
Sejak sekian lama saya menulis didalam blog ini secara sukarela menunaikan tanggungjawab sosial saya terhadap sesama insan. Maka sudah sampai masa nya saya mencari rezeki melalui bidang penulisan yang saya amat gemari dan berkeupayaan ini.
Saya telah mengambil bahagian didalam bengkel2 penulisan skrin dan dokumentari dibawah kelolaan FINAS beberapa tahun yang lalu.
Insya Allah, saya akan turut serta didalam usaha meningkatkan kesedaran agama sesama insan terutamanya umat Islam serantau dengan menyumbang hasil pena saya didalam industri kreatif perfileman dan drama serta penerbitan dokumentari berciri Islamik Sinema mulai sekarang.
Doakan lah kejayaan saya didalam bidang ini. Seni paparan visual memang merupakan satu platform penyampaian karya yang amat berkesan pada diri penonton filem dan sistem penyiaran melalui televisyen.
Dailog hari ini memang ada unsur dramatiknya! Apa tidaknya? Tengah orang sedap mengikuti penyampaian pandangan karyawan terkenal industri perfileman tempatan seperti Rosyam Nor(pelakon, penerbit dan aktivis seni), Datin Sofea Jane(pelakon dan aktivis seni), Ketua Pengarah FINAS Encik Mohd Naguib Razak, Pengerusi CCIG Encik Jurey Latiff Rosli dan Pengurus Kanan NKEA CCI, Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan PEMANDU di Jabatan Perdana Menteri, Puan Nor Asmah Mohd Noor, Presiden FDAM dan pengarah filem terkenal Encik Othman Hafsham mengamuk dengan luahan rasa hati nya tanpa menggunakan mikrofon bila tiba sesi Soal Jawab! Hahahaha!
Riuh rendah jadinya Studio Bunyi FINAS pagi tadi ~ tempat dimana majlis dailog ini di adakan! Saksikan sendiri akan Amukan Othman Hafsham!!!
Apa yang diluahkan Othman Hafsham memang benar! Terlalu lama para karyawan Industri Kreatif Malaysia di anak-tirikan pihak2 berkuasa dan yang berpengaruh didalam menentukan hala tuju dan maju mundurnya industri perfileman di tanahair kita ini.
Macamanalah industri ini nak maju jika imbuhan yang diberikan kepada mereka yang terlibat begitu ciput sehingga ada karyawan yang hidup merempat dan dibelenggu hutang piutang sekeliling pinggang?
Pepatah Inggeris ada berbunyi,’ When you pay peanuts ; you get monkeys!’
Dailog ini mungkin dikatakan tidak berjaya kerana kurangnya pihak artis2 terkenal di tanahair hadir bersama tetapi sekurang kurangnya ia adalah satu permulaan yang bagus.
![]() |
Bersama Rosyam Nor, tokoh dunia seni lakonan tanahair |
![]() |
Bersama Hasnul Rahmat, aktor hebat |
![]() |
Martias Mohd Ali, Bendahari CCIG dan penulis skrip terkenal |
![]() |
Othman Hafsham, Presiden FDAM
![]()
Syed Mohd Benyahya
![]()
S.Gana, pelakon filem dan drama Tamil Malaysia
![]()
Vanidah Imran @ Vee, aktres popular Malaysia
![]()
Penerbit2 filem tanahair Zaiton Kassim (Raden Pictures-Kanan) dan Saodah Majid (BKB Productions-Kiri)
![]()
Kapt Jurey, CCIG Chifusan
![]()
Malaysian Screen Siren, Datin Sofea Jane
![]()
Film students
|
Sehingga ketemu lagi di lain acara. Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh!
Hits: 0
More Stories
Vivek @ Vivekanandhan, 59, [1961-2021]. Tamil Iconic Comedy Actor has died of a heart attack.
Serangan Anti-Asia semakin menular di Amerika Syarikat! Warga Malaysia harus sedar diri!
Selamat Pengantin Baru Anak Saudara Kami, Nur Fatin Nabila & Helmy Adnan!