February 22, 2024

MAHAGURU58

The Truth must be told no matter what so Justice can live!

Merdeka! Merdeka! Merdeka! Video semangat anak2 dan cucu saudaraku!


Betapa bersemangatnya anak2 dan cucu saudara Mahaguru58 yang dirakam di Kuantan, Pahang pada tanggal 30hb Ogos 2008!


4 tahun yang sudah semasa mereka masih budak2 lagi!


Sekarang dah membesar jadi anak2 dara dah! Tak adanya nak sudi bernyanyi sakan bersemangat seperti didalam video ini lagi! 😛


Apa apapun saya amat menghargai kesudian mereka menyemarakkan semangat meraikan kemerdekaan tanahair kita ini pada tahun 2008 itu.


Rakaman ini akan menjadi kenang kenangan sepanjang masa dan mereka boleh menontonnya sampai bila bila selagi belum tiba Yaum al Kiamat kerana sudah saya memuatnaikkan ke akaun YouTube saya dan di abadikan didalam blog ini.


Arwah abang ipar saya ada didalam rakaman ini sedang menjadi konduktor tak berbaju ditepi kiri. Rakaman ini diambil diruang garaj rumah arwah di Kuantan.


Arwah meninggal dunia pada tahun 2010 akibat diserang sakit jantung. Semoga ruhnya aman di Yaum al Barzakh! Amin. Al Fatihah!


Cucu saudara saya Muhammad Amir Rafiq berjubah didalam rakaman ini. Berusia 3 @ 4 tahun semasa penggambaran video ini. Sekarang Amir Rafiq sudah bersekolah! Begitu cepat masa berlalu.


Semoga mereka semua membesar dengan selamat dan berjaya didalam kehidupan masing masing. Amin Ya Rabbal Alamin.


Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 55!

Visits: 0