December 4, 2023

MAHAGURU58

The Truth must be told no matter what so Justice can live!

Kg Batu Uban nak dimusnahkan Erakemas Sdn Bhd?

Selepas menonton video ini, apakah pandangan tuan puan tentang keadaan di Pulau Pinang? 

Satu demi satu perkampungan tradisional Melayu di Pulau Mutiara telah hilang lenyap dihapuskan para pemaju yang mempunyai kepentingan atau ‘kabel’ dengan mereka yang berkuasa didalam negara kita.


Orang2 Melayu semakin lama semakin terpinggir dari arus pembangunan di pulau bertuah itu kerana kebanyakan mereka yang hidup dikampung2 tradisional merupakan para penyewa rumah2 zaman pra merdeka yang dibina diatas tanah2 lot milik persendirian.


Bilamana tuan2 tanah ini meninggal dunia, rata2 anak2 atau waris mereka yang mengambil alih hak ke atas tanah tersebut akan menjual tanah2 yang amat bernilai itu kepada para pemaju yang senantiasa menanti untuk membina semula tanah2 itu dengan mendirikan kondominium mewah berharga beratus2 ribu ringgit sekaligus menidakkan peluang para penduduk miskin penghuni asal perkampungan2 tradisi Melayu itu dari mampu memilikinya.


Maka terjadilah tragedi2 seperti penghapusan perkampungan2 lama Melayu di Pulau Pinang termasuk juga perkampungan India tradisional seperti di Kg Buah Pala yang kini hanya tinggal kenangan sahaja.


Siapakah yang boleh kita persalahkan?


Bagi saya, mereka yang mempunyai harta dan wang ringgit berbilion seperti Parti Kebangsaan Melayu Bersatu @ PEKEMBAR atau didalam istilah Inggerisnya ~ UMNO. 


Apa gunanya menjadi parti peneraju kepentingan orang2 Melayu ditanahair ini jika GAGAL mengambil alih harta2 persendirian ini dengan membeli tanah2 berharga itu dan kemudian memastikan orang2 Melayu tidak terhalau dari pulau berharga itu dengan mewakafkannya bagi menjadi tempat tinggal masyarakat yang miskin dan sederhana?


Ini sekadar pandangan saya selaku salah seorang anak negeri Pulau Pinang. 


Rata rata orang2 kampung disana yang menjadi mangsa percaturan politik dan para pemaju yang mempunyai perhubungan dengan mereka yang berkuasa dan kaya raya didalam UMNO, MCA, MIC dan mana mana lain parti komponen Barisan Nasional memang tidak akan mampu untuk membeli lot2 tanah di pulau yang semakin meningkat kos kehidupan disana.


Ini semua angkara penjualan tanah oleh para pemilik persendirian kepada pemaju yang hanya mementingkan keuntungan duniawi semata mata dan tidak peduli akan natijahnya kepada penduduk asal negeri Pulau Pinang.


Orang2 kampung boleh gi mampus!


Yang penting pemaju semakin kaya raya mengaut hasil keuntungan membina taman2 perumahan kos mewah kerana satu2 unit kondominium boleh mencecah RM350,000.00 ke atas sehingga ada yang bernilai berjuta ringgit bila ada pemandangan menghala ke laut!


Jika UMNO bijak, masih boleh menyelamatkan keadaan tetapi hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui samada masih ada lagi jiwa2 yang prihatin didalam parti politik terbesar didalam negara kita ini?


Andainya mereka yang menjadi tunjang pentadbiran didalam UMNO mahu menyelamatkan orang2 Melayu dari terusir dari Pulau Pinang, mereka boleh sahaja membeli tanah2 kampong disana dan memastikan sebarang pembangunan di sana mampu dimiliki orang2 Melayu dan penduduk asal disitu.


Sekaligus memastikan kehadiran suara dan undi Melayu di Pulau Mutiara JIKA mereka masih ingin berada disana lagi?


Jika tidak maka janganlah menangis tak berlagu bila satu demi satu kampong Melayu hilang musnah ditolak ‘bulldozer’ para pemaju yang rakus tidak ambil peduli tangisan warga Penang yang tak mampu untuk memiliki kediaman lagi di pulau yang semakin lama semakin mahal itu.


DAP dah semakin pandai mengambil hati penduduk Melayu miskin seperti di tunjukkan didalam video di atas bila Ketua Menteri nya Lim Guan Eng bijak bermain kata kata dan mendapat tepukan gemuruh dari penduduk perkampungan Batu Uban dengan berjanji akan mengarahkan Penguatkuasa Majlis Perbandaran Pulau Pinang untuk hadir menghalang sebarang kerja2 perobohan dari dilaksanakan pemaju Erakemas Sdn Bhd!


Carian saya di Google memaparkan maklumat berikut mengenai pemaju ini. Siapakah mereka disebalik syarikat BUMIPUTERA ini yang mahu menghalau penduduk asal perkampungan Melayu yang boleh dikatakan diantara yang tertua di negeri Pulau Mutiara?



ERAKEMAS SDN. BHD.

 Bangunan Lip Sin, 2-3-4, Lebuh Pekaka Satu, Sungai Dua, Gelugor, Pulau Pinang, 11700
 +60 (0)4 659-5998


Read more: http://www.malaysia.com/directory/professional-services/non-residential-buildings/pulau-pinang/Erakemas_Sdn._Bhd._120072.html#ixzz24LpB5rPA




Saya telah menemui laporan blog Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang, Saudara Iszuree Ibrahim yang mewakili parti PAS berkenaan perkara ini disini. 


Ini dia laporan beliau tentang kes Perkampungan Batu Uban yang menjadi persoalan:


Sunday, July 8, 2012

Fwd: Status Projek 3 blok kondo dan projek pemajuan di Kpg Batu Uban. 

Pemaju Era Kemas Sdn bhd. (Lot 6388,6389,6390)

Berikut adalah jawapan kepada persoalan status kelulusan projek yang telah ditolak MPPP.
Masalah yang timbul adalah :
1) Pemaju telah meyakinkan penduduk dengan mengatakan kelulusan projek telah diberi oleh MPPP malah mengunakan Nama saya sebagai Ahli Majlis dalam mempengaruhi penduduk untuk keluar dari tanah projek dengan pampasan yang meragukan dan tidak seberapa iaitu sewaan Rm800 x 12 bulan setahun yang dibayar sekaligus dan wang perpindahan sebanyak RM3000.
2) Keraguan berkaitan keluasan rumah ganti yang dipersetujui diperingkat awal adalah 750 kp , namun sebaliknya penduduk mendapat surat yang mengatakan keluasan rumah adalah 650kp. Malah Pegarah urusan Era Kemas pernah mengakui secara lisan kepada saya ( ketika kebetulan bertemu dalam satu majlis ) dimana beliau telah bersetuju menawarkan keluasan rumah LMC seluas 750 kp kepada penduduk ,dimana ketika itu saya mempersoalkan apakah benefit yang penduduk dapat jika plan projek beliau diluluskan setelah beliau memohon bantuan saya selaku Ahli Majlis dalam mempercepatkan kelulusan projek di Kampung Batu Uban

Inilah yang menimbulkan persoalan keikhlasan pemaju , dimana tawaran kewangan yang diberi yang tidak seberapa ini dibuat ketika bulan Ramadan dan Syawal hampir tiba dan penduduk umpama termakan tawaran hari raya ini tanpa berfikir panjang.

Kebanyakan penduduk yang kurang pengetahuan tanpa usul periksa dari MPPP telah menerima dan melakukan tandatangan persetujuaan untuk duduk diluar kampung dan sebahagian yang tidak setuju menuntut rumah transit dikawasan tapak projek sebagai jaminan jika projek gagal mendapat kelulusan maka mereka masih bertapak di kawasan kampung ini.

Persoalannya bagi yang mendapat imbuhan Hari Raya ,apakah akan terjadi bila mereka menyewa di luar tanah projek jika projek gagal atau pemaju Era Kemas menjual pula tanah kepada pemaju lain ??? jawapannya siapa untung dan siapa yang rugi..Fikir fikirkan lah wahai orang Melayu!!!!

Merujuk kepada gambar dibawah satu perjumpaan pada 30/6/12 sesi dialog dan penerangan Ahli majlis bersama penduduk yang terlibat seramai 48 orang .Hadir sama Ahli Majlis MPPP Iszuree Ibrahim , Hj Rashid Asnon dan pengarah jabatan Perancangan MPPP Tuan Haji Roslan Ramli .

Penerangan berkaitan hak hak pemaju dan penduduk telah diterangkan dan selain itu Pengarah Perancangan MPPP Hj Roslan telah menerangkan bahawa plan projek bukan dipohon oleh syarikat Era Kemas tetapi sebaliknya oleh Syarikat Lengkap Impresif dan permohonan projek ini di Tolak oleh MPPP dan selain itu beliau menerangkan prosedur prosedur yang perlu dipatuhi oleh Pemaju sebeluam mendapat kelulusan MPPP.

Dalam perjumpaan ini penduduk telah bersetuju melantik saya sebagai penasihat yang dicadangkan oleh Hj Yussof selaku Pemangku Pengerusi badan bertindak tanah projek ini.Selain itu persetujuan juga telah dibuat oleh penduduk supaya semua perjumpaan dibuat di Dewan JKKK Batu Uban.

Pemaju yang telah mendapat maklumat berkaitan perjumpaan pada 30/6/12 telah tergesa gesa cuba mengatur perjumpaan dengan saya secara tertutup namun saya menolaknya dan mencadangkan setiap perjumpaan hanya dibuat bersama jawatankuasa bertindak untuk mengelak segala fitnah.

Setelah gagal mendapat kerjasama saya untuk berjumpa ,Pada 4/7/12 pemaju telah dengan tergesa gesa mengedarkan jemputan untuk bertemu penduduk pada 7/7/12 di Dewan Pemuda Umno (yang bersebelahan dengan Dewan JKKK Batu Uban). Hj Yussof telah membantah dan mohon ditukar venue ke Dewan JKKK tetapi bila persiapan dibuat di Dewan JKKK pada 7/7/12 , Pengarah Urusan Era Kemas telah mengadakan pertemuan di Dewan Pemuda Umno (tanpa mengendahkan permohonan Hj Yussof dan saya selaku Ahli Majlis supaya pertemuan dibuat di Dewan JKKK).

Akhirnya Hj Yussof memohon penangguhan mesyuarat setelah pemaju gagal mendapat kata sepakat dari penduduk yang telah terbahagi kepada 2 kumpulan dan mencadangkan perjumpaan dibuat di Vistana Hotel pada 15/7/12 tanpa melibatkan Ahli Majlis.

Kita lihatlah kesudahannya siapa yg untung dan siapa yang rugi?

Sent from my iPad

Begin forwarded message:

From: roslan ramly <roslanramly@gmail.com>
Date: 30 Jun 2012 6:56:07 PTG GMT+08:00
To: Iszuree <iszuinfotech@gmail.com>
Subject: Fwd: Status Projek 3 blok kondo dan projek pemajuan di Kpg Batu Uban. Pemaju Era Kemas sdn bhd. (Lot 6388,6389,6390)

Dari semakan didapati, tiada permohonan dikemukakan bagi projek 3 blok kondo di batu uban setinggi 33 tgkt oleh pemaju era kemas. Di batu uban, projek  yg lulus adalah di bawah warisan pinang iaitu pemajuan 2 blok kondo. Sementara itu permohonan oleh pemaju Lengkap Impresif telah ditolak.

On Saturday, June 30, 2012, Iszuree wrote:


From:
 Iszuree bin Ibrahim <iszuree@mppp.gov.my>
Date: 30 Jun 2012 5:56:52 PTG GMT+08:00
To: “roslan@gmail.com” <roslan@gmail.com>
Subject: Fwd: Status Projek 3 blok kondo dan projek pemajuan di Kpg Batu Uban. Pemaju Era Kemas sdn bhd. (Lot 6388,6389,6390)

Saya perlu pengesahan hitam putih melalui email untuk diedarkan kepada 48 orang penduduk.

Sent from my iPad

Begin forwarded message:

From: <iszuree@mppp.gov.my<mailto:iszuree@mppp.gov.my>>
Date: 30 Jun 2012 10:57:07 PG GMT+08:00
To: Patahiyah Bt Ismail <hiyah@mppp.gov.my<mailto:hiyah@mppp.gov.my>>
Cc: Tuan Hj Mohd Rashid bin Hasnon <mohdrashid@mppp.gov.my<mailto:mohdrashid@mppp.gov.my>>, Roslan Bin Ramly <roslan@mppp.gov.my<mailto:roslan@mppp.gov.my>>, Yew Tung Seang <tsyew@mppp.gov.my<mailto:tsyew@mppp.gov.my>>
Subject: Status Projek 3 blok kondo dan projek pemajuan di Kpg Batu Uban. Pemaju Era Kemas sdn bhd. (Lot 6388,6389,6390)

Puan YDP,
Saya di maklumkan oleh penduduk Batu Uban yang terlibat atas tanah projek ini bahawa Pemaju telah mendapat kelulusan OSC bagi projek dibawah, Saya mohon Pengesahan segera sebab saya akan mengadakan perjumpaan dengan penduduk malam ini bersama YB Raveen Adun Batu Uban.

Penduduk diarah  keluar 1/9/12 dan penduduk dijanjikan pampasan  RM4000.00  serta sewaan rumah diluar tanah projek selama setahun dibayar up front sebanyak RM9’600.00.

Saya meragui keikhlasan Pemaju dan pemaju telah menggunakan nama saya bahawa projek ini diluluskan dan diberi rumah ganti MLC dengan kos 72’000.00 bersama lot parking percuma tanpa black and white .

Saya mohon YDP dapat memberi pengesahan segera .

Dibawah adalah maklumat tanah dan pemaju.

(Status Projek 3 blok kondo dan projek pemajuan di Kpg Batu Uban.
Pemaju Era Kemas sdn bhd. (Lot 6388,6389,6390)
Tuntutan 48 penduduk di atas tanah projek tidak mendapat persetujuan penduduk
Penduduk dijanjikan ganti rumah dan diminta keluar tanpa hitam putih.
Pemaju Lengkap impresif Sdn Bhd mungkin adalah pemaju yang akan develop projek ini.)

Terima Kasih
Iszuree Ibrahim
Ahli Majlis MPPP

Sent from my iPad

Demikian lah laporan dari Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang, Saudara Iszuree Ibrahim:



JAWATAN YANG DI SANDANG

Jawatan dalam Kerajaan

Setiausaha JKKK Batu Uban 2008-2011
Ahli Majlis – Majlis Perbandaran PP 2010-2012
Jawatan Dalam Parti Islam SeMalaysia Sesi 2011-13
Ajk Pas Cawangan Batu Uban
Timbalan Yang Di Pertua PAS Kawasan Bayan Baru
Timbalan Setiausaha Badan Perhubungan Pas Negeri
Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Pas Negeri

Sudah terang lagi bersuluh bahawa setiap pemaju yang rakus ini tidak ambil peduli akan natijahnya kepada kedudukan orang2 Melayu di Pulau Pinang yang semakin lama semakin kurang dari pulau yang menjadi rebutan diantara BN dengan DAP yang sudah semakin kuat kedudukan mereka disana kerana majoriti penduduk negeri Pulau Pinang kini adalah orang2 Cina. Sudah menjadi seperti kedudukan orang2 Melayu di Republik Rakyat Singapura.

UMNO melakukan kesilapan besar bila memeterai perjanjian dengan GERAKAN yang diterajui pemimpin politik Cina. Walaupun UMNO memenangi lebih banyak kerusi di dalam pilihanraya2 selepas Merdeka, kerusi Ketua Menteri Kerajaan Negeri Pulau Pinang diserahkan kepada GERAKAN yang gagal menyelamatkan kedudukan ‘Free Port’ yang dinikmati Pulau Pinang dan kemudiannya satu demi satu industri perkilangan yang dimiliki syarikat2 antarabangsa ‘angkat kaki’ dari Zon Bebas Perindustrian di Bayan Lepas berpindah ke Thailand dan negara2 lain di rantau Asia.


Ekologi di persekitaran laut Timur Laut Pulau Pinang musnah dengan keputusan Koh Tsu Koon selepas ia menjawat kedudukan Ketua Menteri meluluskan tapak pembuangan sampah di persisiran pantai Jelutong, kampung saya.


Tercemar sebegitu teruk sampai ke hari ini. Memusnahkan segala kehidupan laut dan menjahanamkan pantai Jelutong sampai rosak teruk.


UMNO umpama Pak Pandir yang ‘menang sorak ; kampong tergadai’ bila menyerahkan Pulau Pinang kepada kempimpinan haprak didalam GERAKAN!


Akibatnya? BN kalah teruk didalam PRUke 12 dan DAP kini berkuasa penuh keatas pulau yang sudah berpenduduk majoriti sebangsa dengan Kit Siang sekeluarga dan dinasti ‘Maharaj’ ‘Cross my dead body’ Karpal Singh ‘Jaiho’.


Apa jadi pada orang2 UMNO? Gerombolan Mamak yang rakus mengambil alih kepimpinan UMNO Negeri Pulau Pinang sekaligus membiarkan kaki raplah jingga seperti peniaga barangan kulit Mohd Gani Abdul Jiman buat macam macam ‘stunt’ sarkis dengan mengusung keranda, buat kek tahi, menghadiahkan bikini dan seribu satu macam perlakuan biadap dan kurang ajar mencemarkan lagi nama dan maruah UMNO yang sudak teruk dimata penduduk negeri Pulau Pinang!


Beginikah cara untuk memenangi semula hati penduduk dan pengundi di Pulau Pinang? Perlakuan biadap dan kurang ajar keterlaluan seperti yang dibuat gerombolan diatas akan hanya menambahkan kebencian pengundi dari menyokong BN!


Melakukan segala perkara seperti di atas TIDAK akan merubah keadaan dan disebaliknya hanya akan MENGUKUHKAN kedudukan DAP dan Ketua Menteri Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang dipegang Setiausaha Agong nya Lim Guan Eng dari kalah didalam PRUke13 yang akan datang!


Kita sendiri naik menyampah dengan kebiadapan terlampau si peniaga kulit ini dan gerombolan mangkok hayonnya! Mana mungkin BN boleh mendapat apa apa ‘political mileage’ dari perbuatan ‘kamjat’ ini semua?


UMNO Pulau Pinang boleh diam, memberi muka kepada Gani Jiman ni buat onar dan mencemar maruah orang2 Islam disana. Takkan tak reti nak ‘sound’ si Gani dari terus menjatuhkan maruah Melayu disana???

Dia buat segala onar ni sebab ada kaitan dengan perniagaan dia di Komtar yang terjejas bila Kerajaan Negeri melarang penjualan diaras tertentu kompleks itu. Bukannya sebab dia nak menjuarai kepentingan orang2 Melayu disana! Takkan UMNO Penang tak celik kot tentang perkara sebenar huruhara si Gani ini?

Siapakah yang hendak sokong puak tak bertamadun seperti ini? Kera2 kat ‘Waterfall’ tak seganas geng raplah jingga ni!



Yang nyata, setiap pemaju yang sedang berusaha melenyapkan kampong2 tradisi Melayu di Pulau Pinang terdiri dari mereka yang tamak haloba dan kejam tak berhati perut. Matlamat mereka hanya untuk menjadi kaya raya diatas tangisan si miskin dan lemah tak berharta disana.

Mereka tak peduli samada Melayu terus hilang dari bumi Pulau Pinang! Yang menjadi matlamat mereka hanya wang, wang dan semata mata wang! Pergi jahanam dengan kepentingan Melayu Penang!



Soalan cepumas. Mahukah UMNO menyelamatkan keadaan?

Hits: 14