December 3, 2023

MAHAGURU58

The Truth must be told no matter what so Justice can live!

Salam Ramadhan kepada pembaca blog Mahaguru58!

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Tuan tuan dan puan puan, saudara se Islam dengan ku,
Ingin saya menyusun jari sepuluh, memohon maaf dari saudara saudari para pembaca blog Mahaguru58 ini sekiranya ada salah dan silap saya selama ini terhadap diri tuan puan yang saya amat hormati sekelian.

Di waktu yang sama ingin saya mengucapkan Selamat Berpuasa kepada setiap pembaca blog Mahaguru58 ini yang beragama Islam dan berusaha untuk memartabatkan bulan yang teramat mulia ini dengan melaksanakan segala amal ibadah yang termampu kita lakukan dengan penuh ikhlas dan tawadhuk terhadap Ilahi, Allahu Rabbi yang menciptakan kita semua.

Besarlah harapan saya agar setiap pemimpin kita baik yang berdaulat di istana2 mahupun yang bermastautin di kediaman2 rasmi Seri Perdana dan yang sedarjat dengan nya untuk kembali ke Jalan Allah Subhanahu Wa Ta’ala didalam ertikata yang sebenar benarnya.

Sesungguhnya bukan susah untuk mendaulatkan Islam dibumi Semenanjung Tanah Melayu ini. Hendak seribu daya. Bila tak ada kesungguhan didalam hati sanubari masing masing, maka segala halangan pun dibiar dan dibenarkan menjelma.

Makanya semakin kalut sesama Islam ditanahair tercinta ini dan musuh2 durjana mengambil kesempatan memecahbelahkan kita. Walaupun umat Islam merupakan majoriti penduduk di Malaysia ini namun perpecahan diantara kita memisahkan kita satu persatu dan memudahkan anasir2 kuffar menjalankan kerja2 dakyah halus mereka dengan menjanjikan itu ini kepada mereka yang menjadikan pangkat kedudukan duniawi ini sebagai matlamat hidup mereka.

Hasilnya, walaupun tanahair ini dikatakan sudah merdeka dari penjajah asing, hakikatnya kita masih belum benar benar merdeka untuk mendaulatkan Syiar Allahu Ta’ala didalam negara ini. Semuanya boleh berubah jika Duli2 Tuanku Sultan2 dan Raja2 Melayu bersatu hati untuk menjadikan Al Quran dan Sunnah Nabi Sallalahu Alaihi Wassallam sebagai Perlembagaan Malaysia dan menjadi pasak kepada pemerintahan negara.

Selagi ini tidak terjadi maka sampai Kiamat-lah kita akan hidup seperti sekarang. Islam hanya tempel tempelan dan jatidiri Melayu di tanahair nya sendiri akan berakhir seperti kebanyakan kaum2 yang telah lupus satu persatu dari menjadi tuan di tanah tempat tumpah darah mereka sendiri.

Islam adalah asas kehidupan kita semua. Baik bagi Raja2 dan Sultan2 Melayu sehingga kepada rakyat kebanyakan. Kita semua hamba2 Allah. Hidup dan matilah demi Islam dan bukannya menjadi sekutu mereka yang kuffur terhadap Allah!

Selamat berpuasa Ikhwanul Muslimin na wal Muslimat sekelian!
Haji Zainol Abideen @ Mahaguru58
Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh!

Hits: 0