Zaman kegemilangan Boria Pulau Pinang. Lagenda2 Boria seperti Pi’ee, Allahyarham M.Shariff dan Maidin memang terkenal satu Malaysia dengan kebolehan mereka membawakan lagu boria bersulam lawak jenaka yang bersih sesuai untuk menjadi tontonan sekeluarga.
![]() |
Pi’ee dengan Arwah Pak Daud dan rakan lawak Boria Sungai Pinang |

![]() |
Pi’ee, Omar Hashim dan Maidin |
Boria zaman dulu dulu memang cukup menghiburkan. Yang sekarang ni saya tengok kelam kabut dengan susunan muzik dan senikata yang kadang kadang merapu dan merepek meraban.
Dulu tak ada wanita atau kanak kanak perempuan didalam kumpulan ‘kelasi boria’. Sekarang dah cacamarba!
Usaha Pak Omar Hashim @ Omara untuk membawa boria kembali ke zaman kegemilangannya patut dipuji tetapi jika boleh hendaklah mengikut mutu dan cara zaman dulu dulu.
Rentak boria tak patut di ubah dengan cara keterlaluan menurut lagu lagu yang entah apa apa di zaman sekarang.
Boleh buat perubahan didalam lirik tetapi hendaklah berirama sesuai dengan tarian dan persembahan boria asli. Baru lah akan ada para peminat boria kembali menyanjung dan menyokongnya.
Untuk mengikuti perkembangan boria, silalah mengunjungi blog Omara @ Warisan Boria disini.
Majulah Boria Pulau Mutiara!
Hits: 22
Assalamualaikum Mahaguru58,
Saya sungguh gembira melihat Mahaguru sudi masukkan kisah BORIA dalam blog Mahaguru ni.
Tkasih kerana sudi masukkan link blog saya juga di sini.
Pesanan Mahaguru megenai boria amat baik sekali. Disamping boria moden hari ini, saya cuba menghidupkan boria Asli kembali.
Sekali lagi terima kasih. Saya pernah nampak Mahaguru masa di hari pengkebumian Allahyarham Nasir P. Ramlee di Tanah Perkuburan Jalan Ampang tahun 2008 dulu.
Wa'alaikumsalam Abang Omar.
Saya sebagai anak jati Penang memang cukup terkilan melihat Boria kita semakin di lupakan pihak berwajib.
Usaha hendaklah dijalankan untuk mengembalikan dan mengekalkan keaslian Boria Pulau Pinang dan tidak cuma menjadi medan propaganda dan membodek kerajaan sepanjang masa.
Boleh di selitkan unsur unsur dakwah dan nasihah untuk menyedarkan ummah!
Insya Allah melalui usaha yang jitu dan berkesan, Boria Penang boleh mendapat tempat kembali di sisi masyarakat kita.
Marketing nak kena kemaih dan rancak!
Nak jumpa Abang Omar sembang lanjut.
Selamat berpuasa Bang!
Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Hormat dari cheq,
Haji Zainol Abideen @ Tok Mamu.