
DYMM Sultan Muhammad V @ Al Sultan Kelantan ditabalkan sebagai Sri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Malaysia yang ke 15 nanti!
Baginda mempunyai segala ciri ciri sesuai dengan seorang pemerintah yang akur pada perintah Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan berperibadi menurut apa yang di-anjurkan oleh Rasulullah Sallalahu Alaihi Wassallam.
Baginda terakam didalam sejarah negara kita berani bertitah mempertahankan kedaulatan Ad Deenul Islam dan kedudukan orang orang Melayu sebagai mereka yang berhak mutlak ke atas tanahair kurniaan Allah ini.
Raja Melayu begini yang patut memerintah Malaysia!
Umat Islam Malaysia memerlukan seorang Sultan dan Raja Melayu seperti DYMM Sultan Muhammad V @ Sultan Kelantan sekarang ini yang juga merupakan Timbalan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong kita.
Sudah sering kita menyaksikan Duli Tuanku Sultan Muhammad V @ Sultan Kelantan sekarang ini tampil dengan cara kezuhudan baginda dengan mengenepikan protokol istana bilamana berdamping dengan rakyat kebanyakan.
Raja Melayu dan Sultan2 yang lain sering dikaitkan dengan kontroversi bermewah mewahan secara terlampau dengan mengumpul beratus ratus kenderaan impot mewah, istana istana tersergam dan seribu satu macam perkara lagi tetapi tidak dengan Duli Tuanku Sultan Muhammad V @ Sultan Kelantan kita ini.
Tuanku Muhammad Faris Petra pernah bertitah menyuarakan kebimbangan baginda tentang kedudukan orang orang Melayu yang seolah tercicir disebabkan kaum2 lain lebih dominan dari segi politik dan ekonomi tanahair. Sila baca laporan akhbar ini.
Umat Islam seMalaysia seharusnya sedar akan bahaya membiarkan keadaan ini berterusan. Kebimbangan Tuanku Sultan Muhammad V ada kebenaran dan asasnya.
Cuba lihat sahaja betapa bisingnya mulut2 para pemimpin pembangkang dari Pakatan DAP dan PKR bila sahaja ada usaha untuk menegakkan kedudukan dan kedaulatan orang2 Melayu dan Agama Islam didalam sistem pentadbiran negara kita?
Pemimpin PAS tak mampu buat apa apa untuk menegur keceluparan pemimpin2 DAP seperti Karpal Singh dan anaknya Gobind Singh Deo, Lim Kit Siang dan anaknya Lim Guan Eng serta mulut2 puaka pembenci Islam yang lain!
Titah Tuanku Sultan Muhammad V ini harus menjadi peringatan dan penggerak semangat orang2 Islam seMalaysia!
Saya memang tertunggu tunggu bilalah saatnya Sultan Muhammad V akan ditabalkan sebagai Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong kita ke 15 nanti?

Yang dok ada sekarang tak boleh diharap untuk memperjuangkan apa apa sebab Negeri Pulau Pinang dan Seberang Perai yang dibawah jajahan takluk Kesultanan Kedah itu sendiri gagal dituntut masuk kembali kebawah perintah Baginda Sultan Kedah sejak Malaya merdeka dari penjajah British lagi!

Terus terang saya memang tak ada sezarrah pun harapan untuk melihat perkara itu berlaku selama Sultan Kedah sekarang terus ada. Jangan mimpilah nak menyaksikan Pulau Pinang dan Seberang Perai diambil kembali oleh Sultan Kedah ini! Ianya disebabkan oleh sikap lepas tangan Tuanku Sultan Kedah yang tidak berani menuntut hak baginda.
Sebagai seorang anak negeri Pulau Pinang sudah sekian lama saya ternanti nanti keajaiban itu berlaku tetapi saya rasa memang ‘gone case’. Melayu Pulau Pinang tinggal tak seramai mana pun.
Yang dok huha bising membela ketuanan Melayu disana cuma tinggal sekaum saya sahaja dan kebanyakan yang dok bising tu pun tak boleh diharap. Masing masing ‘lebih kuah dari sudu’ dan jenis dok lorat nak mengisi tembolok masing masing saja!
Melayu Asli Pulau Pinang ramai dah pakat pindah ke Seberang Perai meninggalkan pulau disebabkan tak tahan dengan peningkatan kos kehidupan disana.
Nasib lah!
Marilah bersama sama kita mendoakan kesejahteraan dan kepanjangan umur bagi Duli Tuanku Sultan Muhammad V ~ Tuanku Muhammad Faris Petra @ Sultan Kelantan dan Timbalan Yang Di-Pertuan Agong Malaysia kita ini.
Amin! Ya Rabbal Alamin.
Saya juga berharap agar Perdana Menteri kita nanti semasa DYMM Sultan Muhammad V menjadi Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Malaysia sudah beralih kuasa kepada YAB Tan Sri Hj Muhyiddin Haji Yassin atau YB Dato Seri Dr Hj Ahmad Zahid Hamidi!
Insya Allah!
Hits: 0
More Stories
Vivek @ Vivekanandhan, 59, [1961-2021]. Tamil Iconic Comedy Actor has died of a heart attack.
Serangan Anti-Asia semakin menular di Amerika Syarikat! Warga Malaysia harus sedar diri!
Selamat Pengantin Baru Anak Saudara Kami, Nur Fatin Nabila & Helmy Adnan!