Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Saudara saudari seIslam denganku sekelian.
Didalam kajian saya tentang keadaan politik tanahair kita, saya mendapati bahawa kini orang orang yang kaffir didalam Pakatan Pembangkang dan juga didalam parti komponen Barisan Nasional sedang menentukan arah tuju pentadbiran negara kita terutamanya didalam hal ehwal dan urusan Agama Islam kita sendiri!
Sebagai contoh, kita semua sedia maklum akan tentangan pihak parti DAP didalam Pakatan Pembangkang dan juga MCA didalam Barisan Nasional seia sekata didalam penentangan mereka terhadap cadangan menegakkan perundangan Syariah dan pelaksanaan Hukum Hudud baik oleh parti PAS yang dahulunya mahu menegakkan sebuah sistem Daulah Islamiyyah di Malaysia ini dan ‘ajak ajak ayam parti UMNO‘ selaku parti dominan yang menerajui Kerajaan Persekutuan Malaysia sekarang ini.
Cuba lihat firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala berikut didalam Surah Ash Shu’raa Ayat ke 21 didalam Al Quran Al Karim:
Bismillahirrahmanirrahim Dengan nama Allah, Maha Pengasih, Maha Penyayang |

Am lahum shurakao sharaa uu lahum minad deeni ma lam ya zhan bihi Allahu * walawla kalimatul fasli laqu thiya baynahum* wa-inna ath thalimeena lahum*azaabun aleem
Patutkah mereka mempunyai sekutu-sekutu yang menentukan – mana-mana bahagian dari ugama mereka – sebarang undang-undang yang tidak diizinkan oleh Allah? Dan kalaulah tidak kerana kalimah ketetapan yang menjadi pemutus (dari Allah, untuk menangguhkan hukuman hingga ke suatu masa yang tertentu), tentulah dijatuhkan azab dengan serta-merta kepada mereka (yang berbuat demikian). Dan sesungguhnya orang-orang yang zalim itu akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
Sudah berzaman Allahu Ta’ala memperingatkan kita agar tidak mengambil orang orang kaffir didalam menentukan dasar dan arah tuju kehidupan kita tetapi di Malaysia ini orang orang yang mengaku diri beriman dengan Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan Rasulullah Sallalahu Alaihi Wassallam begitu mudah lupa akan larangan Allah ini dan berkongsi kuasa dan membiarkan pula rakan rakan sepakat mereka mencampuri urusan hal ehwal Agama Islam yang kita anuti?
Nak kata pemerintah kita ini bodoh tahap bangang nanti ada yang murka tak tentu arah terbakar hati dan jiwa mereka tetapi dek kerana kebodohan itu jua yang menyulit dan menyukarkan kehidupan duniawi kita ini yang hidup di bumi bertuah Allahu Rabbi ini!
Saya hairan kenapa Ketua Agama Islam yakni Yang Di Pertuan Agong baik yang dulu mahupun sekarang ini boleh membiarkan Presiden MCA iaitu Dato Seri Dr Chua Soi Lek mengeluarkan kenyataan bahawa sekiranya Hukum Hudud dilaksanakan oleh PAS, maka pasaran saham akan jatuh merudum dan para pelancung akan kurang melawat negara ini seterusnya menyebabkan ekonomi Malaysia terjejas!
Sila rujuk kepada laporan akhbar The Star Online disini.

Bilamana sebut Hudud sahaja maka pihak2 yang memang terlibat didalam salah laku dan jenayah begitu begini mula fobia dan trauma membayangkan tangan2 pencuri yang kudung!
Makanya MCA pun ghairah mengadakan forum untuk memperbincangkan soal Hudud dan implikasinya terhadap orang orang yang bukan Islam diMalaysia ini!
Siap ada kartun lagi!

Peluh dingin mengalir membasahi belakang para penzina dan pelaku maksiat memikirkan natijah membiarkan hukum hudud Allah dilaksanakan dibumi Malaysia ini!
Apatah lagi dengan Chua Soi Lek, yang memang mengaku bahawa dia lah yang didalam video seks bersama seorang ‘kawan’ nya didalam kes yang heboh seantero tanahair kita ini dahulu?
Agaknya dia kecut perut memikirkan bahawa jika Hukum Hudud dilaksanakan diMalaysia ini nanti, sebagai penzina yang terbukti maka dia sendiri mungkin akan kena rejam sampai mati sebab tu yang membantah bagai nak rak?
Cuba kita lihat pula pandangan mereka yang dibawah ini tentang Hudud:
Ikut pada pandangan saya lah ; saya rasa ramai yang dok degil dan enggan untuk berusaha melaksanakan Syariah Allah di bumi Malaysia ini disebabkan masing masing ada perkara yang tak semenggah dikerjakan mereka?
Iyelah tuan! Berani jika benar dan takut terketar kepala lutut sekiranya tahu bahawa diri masing masing memang ada bersalah!
Setakat dunia ni bolehlah terlepas beb! Akhirat nanti? Nak buat macam mana? Nak tunda2 kes macam DSAI?
Fuyoo! Kawan tu kira memang hebat! Boleh masuk Malaysia Book of Records sebagai tuanpunya kes jenayah yang paling banyak ditunda kes sampai orang pun naik mangli nak mengikuti kes liwatnya!
Alih alih Pendakwa Raya yang mengendalikan kes sodomi ke2 DSAI boleh pusing konar baring 360 darjah beb kini menjadi Peguam Bela Anwar! Hebat! Hebat! Al fulus empunya pukulan! Kes Sodomi ke2 terkubur begitu saja tuan kerana orang ramai berkeyakinan bahawa segala yang telah berlaku ini mempunyai kaitan diantara asbab asbab mengapa pendakwaan kali kedua bagaikan tak lut disebabkan ada nya kepentingan2 pihak2 tertentu yang menentukan hasil pembicaraan dimahkamah!
Berbalik semula kepada tajuk perbincangan.
Bagi saya selaku Blogger Muslim, saya nampak kesepakatan diantara MCA dan DAP didalam menjadi batu penghalang kepada pelaksanaan sistem Syariah didalam Malaysia.
Kelesuan pihak kerajaan terutamanya UMNO sendiri didalam berdolak dalih didalam soal Hudud juga ada kena mengena dengan cara kehidupan kebanyakan para menteri yang berkuasa dan juga dengan ‘lifestyle of the rich and infamous’ di Mamluk al Malaisie ini.
Buka saja ‘Malaysia Tatler’ dan anda semua boleh melihat paparan kehidupan penuh glamor aristokarat2 dan orang2 bergelar didalam negara kita terpampang megah tanpa silu dan segan terhadap sekatan2 Ad Deenul Islam!
Tak payah nak gi selak atau skodeng beb! Mereka yakni yang bergelar wanita wanita baik di kediaman2 eksklusif mahupun yang hidup di istana istana gah bergambar mendedahkan aurat ikut sesuka! Semua mata mata yang tidak berizin bebas menonton setiap pelusuk tubuh dan anggota badan mereka yang terdedah kepada lensa jurukamera.
Yang muda belia sehingga pada si tua kertu yang tak sadar sadar~ ‘istana kata pergi ~Al Kubur kata ‘Mari kemari!’
Makanya ingin saya menyeru agar para pemerintah di Malaysia ini baik yang dari Kerajaan Persekutuan Malaysia pimpinan UMNO mahupun yang Kerajaan2 Negeri pimpinan PAS untuk mencari titik persamaan dan berusaha menunaikan tanggungjawab tuan2 selaku Ulul Amri yang mengaku beriman dengan Allahu Ta’ala dan bukannya dengan Chua Soi Lek, Karpal Singh atau Lim Kit Siang atau Lim Guan Eng untuk segera bermuhasabah dan bertaubat terhadap Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan berusaha seboleh mungkin untuk memartabatkan Islam sebelum diri tuan tuan dikunjungi Sayyidina Izra’il Alaihis Salam untuk mencabut ruh tuan2 kembali ke Rahmat ataupun Azab Allah!
Harap maklum bahawa didalam temujanji bersama Malaikatul Maut itu nanti, tidak ada sebarang protokol yang akan diguna atau diterima pakai.
Tak ada kowtim punya. Kebel dan ‘connection VVIP’ juga tak akan dilayan.
Tak akan ada sebarang penundaan. ‘Qullu nafsin iza iqatul maut!’
Setiap yang bernyawa pasti akan mati. Tuanku, Tengku, Tun, Tan Sri, Dato Seri begitu begini dan apake benda pun lagi termasuk tuan haji atau hajjah apatah lagi yang tak masuk dalam list ~ senarai orang orang yang mengaku beriman kepada Allahu Rabbi tetapi kepada seribu satu tokong, guru, baba, dsbnya?
Ingat sebelum kena. Bertaubat sementara sempat.
Jika tidak, ‘It’s too late bro! There’s nothing I or who the hell ever can do?’
Sekian. Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Hits: 0
More Stories
Vivek @ Vivekanandhan, 59, [1961-2021]. Tamil Iconic Comedy Actor has died of a heart attack.
Serangan Anti-Asia semakin menular di Amerika Syarikat! Warga Malaysia harus sedar diri!
Selamat Pengantin Baru Anak Saudara Kami, Nur Fatin Nabila & Helmy Adnan!