December 10, 2023

MAHAGURU58

The Truth must be told no matter what so Justice can live!

Selamatkan Padang Kami! ~ YB2 PKR kena maki! (Dikemaskini)

Bilamana satu demi satu padang permainan di kawasan perumahan dirampas dari penggunaan orang awam dan dibina pusat2 perniagaan komersil diatasnya tanpa mengambil peduli akan keperluan penduduk setempat untuk mempunyai tempat untuk bersukan dan beriadah maka, perasaan marah mereka akan meletus juga!


Ahli2 Parlimen PKR seperti Azmin Ali dan Nik Nazmi terpaksa berhadapan dengan cetusan ketidakpuasan para penduduk SS7, Kelana Jaya yang tidak setuju dengan usaha pihak PKNS dan Kerajaan PKR Selangor merampas hak penduduk iaitu padang2 permainan di kawasan perumahan di Selangor!


Begitulah realiti bilamana kepentingan umum tidak menjadi keutamaan pihak parti2 pembangkang seperti PKR dan lebih menumpukan perhatian kepada kehendak kroni2 mereka! 


Pepatah lama berbunyi ‘Sesal dahulu pendapatan ; sesal kemudian tak berguna!
______________________________________________________________

* PS: Ada pembaca yang tidak mendedahkan identiti dirinya menuduh saya suka dengan perbuatan maki memaki penduduk2 di SS7, Kelana Jaya diatas dengan menyiarkan perkara ini. 


Buat makluman penghantar komen halimunan tersebut, tanggapannya amat salah sama sekali. Saya adalah seorang blogger yang melaporkan kejadian. Dimanakah bukti bahawa saya suka perbuatan maki memaki diatas ini?


Jika begitu tanggapan saudara, adakah setiap pelapor berita jenayah dan sebagainya yang dilakukan orang lain turut suka dengan kerja2 yang salah itu? 

Nak tuduh orang begitu begini memangnya mudah sekali tetapi nasihat saya adalah untuk bercakap menggunakan otak dan akal yang waras bukan main belasah saja!

Setiap pengamal media tidak kira sama ada media perdana atau media baru seperti blogger yang melaporkan tentang perkara yang terjadi dan dilakukan oleh pihak lain tidak boleh disabitkan dengan perkara yang ia laporkan. 

Menuduh blogger suka dengan perkara negatif yang ia laporkan adalah perbuatan yang menunjukkan si penuduh tidak matang sama sekali dan perlu belajar lagi tentang kehidupan.


Barangsiapa yang memfitnah seseorang lain dengan menyatakan sesuatu yang tidak ada asas dan kebenaran akan pasti disoal di Yaum al Akhirat nanti? 

Maka berwaspadalah saudara yang menuduh blogger ini sesedap mulut bahawasanya saudara sudah mengumam saudara seagama kamu dengan fitnah dan saudara perlu bertaubat dan meminta maaf dengan saya didunia ini lagi sebelum merana di Hari Pembalasan nanti.


Firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala didalam Al Quran Al Karim Surah ke 99 

Surah Al Zalzalah : Ayat ke7 dan 8:

99:7
 Faman yaAAmal mithqala tharratinkhayran yarah

Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! 

99:8
 Waman yaAAmal mithqala tharratinsharran yarah

Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!

 ~@~

Sadaqallah hal adzhim! 

Mudah2an saudara berfikir dahulu sebelum menuduh sembarangan!

Hits: 0