December 8, 2023

MAHAGURU58

The Truth must be told no matter what so Justice can live!

Taman Rimba Ampang semakin musnah ~ Kerajaan Selangor buat apa?

Taman Rimba Ampang, Selangor Darul Ehsan.
Selasa, 15hb Mei 2012.

Jika anda seorang penggemar suasana alam semulajadi seperti saya, sudah tentu anda akan merasa terkejut dan terkilan menyaksikan kemusnahan ekologi di Taman Rimba Ampang, yang terletak di Hutan Simpan Bukit Belacan dan kawasan tadahan air disana!


Pagi tadi saya kesana untuk mengambil gambarfoto didalam jelajah fotografi saya dan saya amat sakit hati melihat air sungai disana yang dahulunya amat jernih bertukar menjadi keruh dan prasarana di Taman Rimba Ampang telah hancur musnah angkara kealpaan pihak yang sepatutnya bertanggungjawab keatas taman rimba ini!

Jalan didalam Taman Rimba Ampang ini juga sudah mulai berlopak dan tebing tebing jalannya sudah mulai runtuh! Lopak didalam gambarfoto di atas ini menunjukkan bahawa pihak Jabatan Perhutanan Selangor sudah lama membiarkan ia semakin dalam dan tidak ada kerja2 penyelenggaraan yang telah dilakukan!

Sayang seribu kali sayang! Kawasan riadah dan Taman Rimba Ampang nampaknya menjadi mangsa angkara kecenderungan pihak berkuasa di Selangor sibuk benar berpolitik sehingga tidak ada masa nak menjenguk dan mengambil tahu akan nasib Taman Rimba Ampang ini!


Ahli Parlimen PKR Ampang Zuraida Kamaruddin sering benar keluar didalam media bising tentang itu dan ini tetapi nampaknya terlepas pandang akan keperluan menjaga kemudahan untuk orang awam di kawasan parlimen yang diwakilinya?

Taman Rimba Ampang ini dahulunya cukup cantik dan menjadi tumpuan ramai untuk berkelah dan beriadah! Flora dan fauna yang terdapat disana menenangkan fikiran para pengunjungnya tetapi kini cuma tinggal kenangan!


Saya amat berharap dengan pendedahan ini pihak2 berkuasa Kerajaan Selangor terutamanya Jabatan Perhutanan Selangor akan segera menangani kemusnahan yang sedang berlaku di Taman Rimba Ampang sebelum ianya hancur sama sekali!

Sayangilah khazanah alam semulajadi kita sebelum ianya jadi bagaikan padang jarak padang tekukur seumpama kawasan Tanah Tinggi Lojing di Kelantan Darul Naim yang dibawah perintah PAS!

Janganlah dok nganga dan ngap segala sumber kekayaan hutan semulajadi sehingga jadi botak seperti di atas ini!


Tadi saya dengar bunyi ‘chainsaw’ sedang digunakan untk menebang pokok disebalik kawasan tadahan air dihujung Taman Rimba Ampang yang ditutup kepada orang awam.


Apakah sedang berlaku disana?


Pembalakan haram ke? Siapa yang ampunya angkara ni wahai Kerajaan Selangor? 


Cuba siasat akan siapakah dia yang dok songlap khazanah rimba di sini? 


Hits: 4