December 10, 2023

MAHAGURU58

The Truth must be told no matter what so Justice can live!

Video Pemimpin PKR menghasut BERSHIT 3.0

Azmin Ali Timbalan Presiden PKR

Rakaman ucapan Azmin Ali ~ Timbalan Presiden PKR @ individu yang kini sedang menjadi bahan tajuk utama media2 negara sedang menghasut peserta protes BERSHIT 3.0 pada Sabtu 28hb April 2012 nan lalu:



Jika zaman dahulu tak ramai di antara kita yang mampu merakam video semudah hari ini. Sekarang hampir setiap manusia baik yang masih di usia kanak2 mahupun sampai usia tua kertu masing masing ada telefon bimbit yang canggih, mampu merakam video setiap kejadian dengan semudah ABC dan kemudiannya memuatnaik ke laman You Tube untuk tatapan global!


Makanya pihak yang tak mengaku menghasut para pembantah tempohari tidak boleh semudah itu untuk menafikan segala perbuatannya!


Boleh sahaja membuat kajian terperinci mengenai kesahihan rakaman ini melalui pengkajian forensik siber untuk memastikan sahih ke tidak rakaman audio visual ucapan hasutan Azmin Ali yang menyatakan pada penyokong2 BERSHIT 3.0 seperti dibawah ini:


” Tuan-tuan, jangan bergerak, sebab sebentar lagi kita akan masuk ke Dataran Merdeka. 

Mereka kepung kita,tetapi bila jumlah kita sudah ramai kita akan kepung mereka (Polis Di Raja Malaysia)!”



Jika itu bukan hasutan untuk membakar semangat para pembantah BERSHIT 3.0 untuk masuk merempuh sekatan dan halangan Polis , saya tak tahu nak cakap apa lagi?


Zaman sekarang, sesiapa pun tak mudah kelentong begitu begini sebab bukti nyata terpampang jelas di skrin komputer masing masing! Siap dengan audio lagi! Belum lagi di ambil kira akan rakaman HD!


Makanya biar lah bagaikan baung merungut rungut membantah ditangkap sang nelayan, akhirnya kedalam kuali juga lah sampainya nanti?


Insya Allah!



Tak gitu Dato Seri Hishamudin Tun Hussein Onn? Menteri Amaran 1Malaysia….

Hits: 0