Dataran Merdeka kini menjadi medan bagi para petualang2 negara untuk menggunakan para pelajar kolej dan universiti bagi mencapai hasrat politik mereka!
Kita semua sedia maklum bahawa tuntutan penghapusan hutang pinjaman PTPTN ini diterajui golongan pelajar yang tidak terdiri dari mereka yang mencapai keputusan terbaik didalam peperiksaan akademik mereka!
Realitinya adalah pihak Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional telah menukar status pinjaman pendidikan tinggi tersebut menjadi biasiswa kepada para pelajar yang berjaya mencapai keputusan cemerlang didalam peperiksaan yang di ambil mereka!
Lihat bukti dibawah ini:

Pelajar2 yang paling cemerlang didalam negara Malaysia ini terdiri dari para pelajar berketurunan Cina! 8818 orang setakat 31 Disember 2011! Di ikuti oleh 2347 orang pelajar berketurunan Melayu dan cuma 456 pelajar berketurunan India. Bumiputera Sabah 50 orang. Sarawak 34 orang dan lain lain keturunan sebanyak 59 orang.
Sejumlah 11,764 orang pelajar yang cemerlang mendapat pembiayaan pendidikan tertinggi PTPTN secara percuma kerana mereka benar benar layak mendapat pengecualian dari perlu membayar kembali PINJAMAN pendidikan tertinggi yang diterima mereka!
Segelintir kecil pelajar yang sedang melakukan kerja gila di Dataran Merdeka sekarang terdiri dari mereka yang tidak tergolong sebagai pelajar cemerlang kerana mereka lebih banyak menumpukan masa dan perhatian mereka bukan kepada pelajaran di universiti dan kolej tetapi lebih kepada mengambil bahagian didalam protes itu dan ini yang di anjurkan pihak pembangkang dan petualang2 lain didalam negara!
Andainya pelajar yang tidak seberapa cerdiknya ini benar benar serius mahu mendapat pengecualian dari membayar balik PINJAMAN yang diberikan pihak PTPTN, maka mereka seharusnya kembali semula ke kelas di universiti dan kolej2 mereka dan BELAJAR untuk berjaya dengan cemerlang didalam keputusan peperiksaan pengajian di universiti atau kolej mereka bagi MELAYAKKAN DIRI mendapat pendidikan secara percuma!!!
Bukannya dengan cara mendirikan khemah di Dataran Merdeka, melukis dan membentang poster gitu gini, mengkalungkan bunga malai Hindu ke potret pemimpin negara, berdemonstrasi tak sudah2, membuang masa semua pihak dan mengharapkan PTPTN akan mengecualikan mereka dari perlu membayar balik pinjaman berpuluh puluh ribu ringgit dengan aksi aksi bangang mereka ini???
Cuba kita lihat siapakah dalang2 disebalik usaha bangang di Dataran Merdeka ini?
Gambar2 berikut adalah ehsan dari Minaq Jinggo, fotoblogger #1 Malaysia!





Beginilah rupa ‘role role model’ pujaan pelajar tak seberapa cemerlang ini! Jika diteliti akan ‘track record’ seseorang, tak adanya yang berguna bagi pembangunan negara! Melingkup lagi adalah!
![]() |
Budaya gelandangan yang mahu diketengahkan… |



Puak2 begini yang mahu ‘menawan Dataran Merdeka’ ala ala ‘Occupy Wall Street’ di New York menuntut segala galanya diberikan secara percuma kepada parasit2 ini!
Nak sangat percuma? Ha! Ambik ni…
![]() |
Pakaian2 terpakai sedekah penganjur protes ini…:P |
Ingat kehidupan duniawi semudah itu?
Makcik2 kat kampong dan bandar pun terpaksa bangun pagi pagi, memasak nasi lemak, membungkusnya dan keluar pergi ke tepi jalan untuk menjual makanannya itu bagi mencari rezeki bagi menampung keperluan dirinya serta anak2!
Semua orang yang mampu berdikari berusaha mencari rezeki masing masing mengikut kebolehan sendiri tetapi ada pula puak2 seperti didalam video ini hendak mentekedarah ‘free’???
Jika kita selidiki siapa lagi disebalik kerja bangang protes pelajar yang tak cemerlang di Dataran Merdeka ini maka kita boleh saksikan wajah2 pembangkang.
Saksikan sendiri dimana mana video yang ada disini. Asyik2 muka2 itu saja! Jenis nak semuanya percuma dan mudah! Padahal segala2nya perlu dibayar sekarang! Masuk tandas awam pun kena bayar 30sen! Kat KLCC ada tandas VIP kena bayar RM2.00! Parasit2 ini nak semuanya ‘free’!!!
![]() |
Amutha @ www.tulipspeaks.com |
Mujur ada lagi rakyat Malaysia yang waras dan bertanggungjawab!
Cuba baca apa yang ditulis dan diterbitkan seorang pelajar berbangsa India @ Amutha tentang tanggungjawabnya untuk membayar balik setiap ringgit pinjaman PTPTNnya! Laman blognya disini. www.tulipspeaks.com.
Nah! Beginilah sepatutnya mana mana pelajar yang bermaruah dan ada sifat bertanggungjawab patut beriltizam untuk memajukan diri dengan penuh semangat!
Bukannya mengharap segala benda disediakan secara percuma untuk diri sendiri yang belajar tak secemerlang mana pun???
Baliklah ke kampus masing masing dan tumpukan perhatian pada pelajaran untuk mendapat keputusan akademik cemerlang yang akan melayakkan diri mendapat pengecualian dari perlu membayar balik pinjaman PTPTN yang akan ditukar status ke biasiswa SEKIRANYA mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang!!!
Ini tidak! Memalukan mak bapak dan negara saja menjadi kaldai tungganggan puak2 pembangkang yang hendak merampas kuasa, menggulingkan kerajaan yang sah secara protes jalanan seperti di Mesir dan lain2 negara Timur Tengah yang masih huru hara sampai ke hari ini!
Tak suka kerajaan sekarang?
Hello brader! Bila tiba hari Pilihanraya Umum ke 13 nanti, engkau undi lah mana mana parti dan calon pemimpin yang engkau mahu!
Kan dah bertukar kerajaan di Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Perak dan Kelantan selepas PRU ke 12 pada tahun 2008 dahulu?
Ada BN sekat atau menidakkan keputusan pilihanraya itu?
Perak jatuh semula ke tangan BN sebab ada 3 orang ADUN Pakatan Pembangkang bertukar arah dan menyokong BN! Ini adalah cara sistem demokratik berfungsi.
Sesebuah Kerajaan Negeri terbentuk dengan majoriti perwakilan di Dewan Perundangan Negeri dan begitu juga dengan Kerajaan Persekutuan.
Kerajaan Malaysia terdiri dari mana mana gabungan perikatan parti2 politik yang memenangi pilihanraya dengan kelebihan perwakilan kerusi parlimen. Takkan itu pun tak tahu?
Tiba PRU ke 13, undi lah siapa yang masing masing suka? Tak adanya sesiapa nak membangkang dan menolak keputusan para pengundi diMalaysia ini.
Kita bukan seperti negara2 lain yang menidakkan keputusan rakyat. Algeria, Burma (Myanmar) dan negara2 lain telah melakukan begitu tetapi tidak di Malaysia.
Tak payahlah nak membuang masa meneruskan onar di Dataran Merdeka! Gi balik dan belajar untuk berjaya didalam pengajian masing masing.
PTPTN akan sedia mengecualikan anda dari perlu membayar semula pinjaman pendidikan anda jika anda LAYAK!
Tak gitu???
Hits: 0
speses teruk mmg mcm ni