December 11, 2023

MAHAGURU58

The Truth must be told no matter what so Justice can live!

Najib Turun Padang ~ Rosmah Mansur jeling tajam ~ Album ke 3 ~ BR1M



Bersambung lagi siaran Album ke3, rakaman gambar2foto acara PM Najib Tun Razak menyampaikan bantuan tunai RM500 pada mereka yang layak dan telah berdaftar diri pada Jumaat 20hb Januari 2012 yang lepas.


1Malaysia! India, Melayu, Cina. Sama sehati dan sewarganegara Malaysia.


Suka tak suka, inilah dia simbol orang Malaysia. 3 kaum utama didalam negara majmuk ini. 


Tidak boleh kita menidakkan kewujudan mana mana dari mereka sekarang ini. Sebut saja Malaysia, maka ketiga bangsa ini akan berketerampilan dihadapan. Melayu, Cina, India, dan lain lain bangsa menjadi pasak tanahair ini. Sampai Kiamat. 

Maka hendaklah kita semua belajar untuk bertoleransi sesama kita dengan menghormati garis garis sempadan agama, budaya dan resam masing masing. Saling bantu membantu didalam perkara kebajikan bersama. Malaysia Boleh!

Blogger Rezqeen Hill (Kanan) bersama rakannya semasa turun padang ke Bandar Tun Razak membuat rakaman dan mengumpul data untuk siaran diblognya disini. Sahabat Mahaguru58. Mudah2an dapat ketemu lagi di acara2 yang lain dimasa depan. Insya Allah!

Wajah Dato Syed Abdul Rahman Al Habshi, Pengerusi Badan Gabungan Persatuan Penduduk, Rukun Tetangga dan NGO Bandar Tun Razak. 

Ini gambar Dato Syed Abdul Rahman bersama kekasih hatinya yang sempat saya rakam. Ada nasihat yang sempat disampaikan kepada pasangan dua sejoli ini. Mudah2an akan dituruti mereka dan diredhai Ar Rahman Ar Rahim. Amin. 🙂
Hero 1Malaysia berucap dengan penuh semangat kepada para hadirin. Seperti biasa Najib berulang kali bertanya kepada yang hadir samada suka ke tidak menerima bantuan tunai sebanyak RM500? Maka bersorak lah sekelian yang sudah berdaftar dan layak terima fulus sebanyak itu! 

Ramai penerima BR1M yang tak sudah sudah meluahkan rasa syukurnya mendapat duit sebanyak itu buat julung julung kali itu didalam hidup mereka dari kerajaan.


Rosmah Mansor menjeling tajam pada lensa kamera Tok Mamu! Oh!…Inilah dia ?? Hehehehe….
Giliran Haji Najib pulak ‘usyar’ Tok Mamu! Apa agaknya sedang berputar didalam kepala PM 1Malaysia? Hehehehe…
Ada sesiapa bawa ubat sakit kepala?
Hajjah Rosmah dok jeling tajam kat Tok Mamu lagi…
Masa untuk turun dari pentas dan ke khemah beri bantuan..



Teringat saya akan ungkapan lama dari negara China akan kelebihan mengajar seseorang itu mengail ikan dan dapat makan selama hidupnya dari diberi makan seekor ikan untuk sehari itu cuma?

Terpulanglah pada yang berkenaan.





Teringat iklan Petronas! Muniandy Chinnadorai!!! Paatee….Yeah dawg! Let’s party!…hehehehe…











Hits: 1