December 10, 2023

MAHAGURU58

The Truth must be told no matter what so Justice can live!

PM Najib ‘Turun Padang’ Parlimen Bandar Tun Razak. Lensa Mahaguru58.

Sepertimana yang telah saya janjikan sebelum ini, maka inilah dia rakaman gambar2 foto yang sempat saya ambil semasa PM Najib Tun Razak ‘Turun Padang’ ke kawasan Parlimen Bandar Tun Razak pada Jumaat 20hb Januari 2012 yang lalu. 


Lawatan Perdana Menteri ini adalah sempena beliau merasmikan majlis penyampaian duit bantuan RM500 kepada warganegara Malaysia yang berpendapatan RM3000 ke bawah bagi setiap keluarga.


Album1.

Banner PESAKA menyambut ketibaan PM.
Wah! Berbaju Mandarin Dato Syed Abdul Rahman ni! Deepavali nanti pakai kurta gamaknya? Apa apa pun tahniah sebab ada bakat nak mengalahkan ADUN DAP Teratai Jenice Lee yang rajin benar berposter selalu!
Warga tempatan yang sudah berdaftar diri untuk menerima bantuan RM500 mula datang untuk menerima baucar tunai berkenaan.
Pak Hamdzan anggota RELA ceria bertugas mengawal lalulintas dikawasan.
Polis trafik sibuk mengawal kenderaan kenderaan yang dipandu masuk ke kawasan padang bolasepak Seri Johor yang menjadi tapak majlis BR1M Parlimen Bandar Tun Razak.
Aksi sarjan polis trafik yang sempat saya rakam.
Takkan dah pening kepala brader? Ni baru sikit je trafik jem! Hehehehe…
Susah juga jadi anggota polis sekarang. Silap haribulan ada je nak menyaman bilamana terpaksa menguatkuasakan undang2. Rakyat Malaysia sekarang memang dah berubah. 

Dulu bolehlah mereka segan dan takut kat polis. Sejak ada golongan yang kaki lawan polis, ular lidi pun dah mula berlagak serupa naga! 

Patutnya bila tangkap para penjenayah, sekurang kurangnya biar meringkuk dalam lokap seminggu dua baru ada akai? 

Ini tidak! Tangkap tak sampai sejam dua, lepas! Macamana puak puak ni nak serik? Kuatkuasakan lah undang undang! Jangan takut! Kami sokong PDRM!
Wanita UMNO Bahagian Bandar Tun Razak? Yang berbungkus kepala depan pokok tu isteri Raja Nong Chik, kalau tak salah saya?

Orang ramai berbaris untuk mengambil makanan yang disediakan.
Seronoknya dapat belon Angry Bird!
Budak budak. Kalau dah dapat belon mesti lupa hal persekitaran! 🙂
Renung siapa tu Cik Kak oi? 😛
Makcik ni mesti lawa zaman muda muda dulu! Hehehehe….
Tampak jelas kegembiraan pada wajah Cina tempatan ini sebab dapat makan free. Agak agaknya mahu dia jika Najib turun padang selalu! Dapat makan percuma sokmo! 🙂
Kan saya dah cakap? Memang seronok brader kita ni dapat makan free!

Apa apa pun, saya ucapkan ‘Xin Nian Kuai Le’ kepadanya dan juga semua masyarakat Cina yang menyambut Tahun Baru mereka.

Bersambung lagi nanti  di Album ke2. Insya Allah.

Hits: 0