November 29, 2023

MAHAGURU58

The Truth must be told no matter what so Justice can live!

PM Najib Tun Razak singgah solat Jumaat di Masjid Azzubair Ibnul Awwam

Bandar Tun Razak, Cheras, Kuala Lumpur.
Jumaat 20hb Januari 2012.


PM Dato Seri Hj Mohd Najib Tun Abdul Razak telah singgah menunaikan Solat Jumaat di Masjid Azzubair Ibnul Awwam di kariah Bandar Tun Razak, Jumaat yang lepas.


Berikut adalah rakaman gambar2foto yang sempat saya rakam.


Masjid ini terletak di persimpangan 3 jalan menuju ke Taman Tenaga dan juga ke arah Bandar Sri Permaisuri serta ke kawasan penempatan rumah murah DBKL.

Arah menuju ke Bandar Sri Permaisuri. Adanya pokok2 di kiri kanan jalan ini memberikan suasana redup dan selesa bagi penduduk kawasan ini. Semoga DBKL akan terus menjaga alam persekitaran Parlimen BTR ini dengan menanam lebih banyak lagi pokok2 untuk kesejahteraan semua penduduk sini.

Anggota PDRM sedia bertugas mengawal keselamatan pemimpin tertinggi Kerajaan Malaysia. Saya ingin melihat lebih ramai anggota polis dari pelbagai bangsa bertugas bersama PDRM. Mana dia anggota polis berbangsa Cina, Sikh, Orang Asli, dsbnya? Kena promosi lebih ni…gaji dan elaun mesti baik punya!

Motosikal berkuasa tinggi milik Polis Di-Raja Malaysia. Memang canggih!

Sarjan Mejar Wan Zohori posing sekejap untuk lensa hamba. Terimakasih tuan!

Saudara Rizalman, Ketua Pemuda Bandar Tun Razak dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Beliau sudah kenal siapa hamba dan bila bersua sudah tak lokek senyuman! Terimakasih sudi bergambar!

Dato Syed Abdul Rahman AlHabshi, Pengerusi Badan Gabungan Persatuan Persatuan Penduduk, Rukun Tetangga dan NGO, Parlimen Bandar Tun Razak.
Beliau merupakan salah seorang pemimpin yang sedang naik di kawasan ini. 


Soalnya BN kawasan parlimen ini diterajui oleh MCA dan didalam PRU ke12, calon MCA BN disini @ Dato Seri Tan Chai Ho kalah kepada calon PKR, Tan Sri Khalid Ibrahim. Mahu ke MCA bertukar kawasan dengan UMNO untuk PRU ke13?
Entah le?

Para pengawal PM yang terdiri dari pelbagai bangsa mengawasi persekitaran. Semua yang mempunyai wayar bergulung ditelinga masing masing mungkin anggota UTK @ Unit Tindakan Khas PDRM yang saya rasa mempunyai ‘License to Kill’? Jangan cuba main main dengan mereka! 

Kelihatan Menteri Wilayah Persekutuan Dato Raja Nong Chik turut bersama PM.

Aiseyman! Orang tengah cium tangan, PM dok tengok kok lain! Rugi bro! 😛

Dapat Rizalman peluang untuk berkata kata dengan PM Najib! Yang lain dok tunggu giliran mereka pula! Tak lama pun. Beberapa saat sahaja. Lobi bro!

Nampak pegawai khas PM Najib merenung tajam ke arah saya. Lensa kamera ke atau Bazooka yang pak haji ni dok tala kat arah PM? Kena jaga. Hehehehe!

Menteri Agama @ YB Senator Dato Seri Mejar Jeneral (B) Hj Jamil Khir Baharom yang menjadi khatib dan imam solat Jumaat sampai untuk bersama sama dengan PM. Asyik berkerut je dahi Dato Seri Jamil! Rileks skit brader! 😀

Wajah anggota UTK pengiring bermotosikal kuasa tinggi PM. Memang steady!

Sudah selesai bertugas kat kawasan masjid. Sekarang menuju ke kawasan padang bolasepak di Perumahan Awam Seri Johor pula untuk majlis penyampaian bantuan rakyat 1Malaysia yang akan diresmikan oleh PM Najib.


Selepas ini jika sempat akan saya memuatnaikkan gambar2 semasa majlis BR1M pada hari yang sama. Ada gambar2 istimewa dan jelingan Rosmah Mansor yang memandang tepat ke lensa saya. Tunggu!

Hits: 1