Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Muslimin Muslimat sekelian,
Seorang sahabat maya baru saja mengirimkan emel bertanyakan perkara ini kepada saya?
Apakah rambut itu termasuk didalam pengertian aurat wanita?
Saya telah berjanji kepadanya akan menulis menerangkan tentang kemusykilannya ini maka inilah dia penerangan saya. Mudah2an semua yang sama keliru akan lebih jelas dan faham tentang bab ini selepas ini. Insya Allah.
Sesungguhnya keterangan tentang perkara ini sudah lama diwahyukan Allahu Rabbi kepada kita umat manusia melalui ayat ke 31 didalam Surah An Nur :

Waqul lilmu/minati yaghdudnamin absarihinna wayahfathnafuroojahunna wala yubdeena zeenatahunna illa mathahara minha walyad ribna bikhumurihinna AAala juyoobihinna wala yubdeena zeenatahunna illa libuAAoolatihinna aw aba-ihinnaaw aba-i buAAoolatihinna aw abna-ihinna awabna-i buAAoolatihinna aw ikhwanihinna aw baneeikhwanihinna aw banee akhawatihinna aw nisa-ihinnaaw ma malakat aymanuhunna awi attabiAAeenaghayri olee al-irbati mina arrijali awi attifliallatheena lam yathharoo AAala AAawratiannisa-i wala yadribnabi-arjulihinna liyuAAlama ma yukhfeena min zeenatihinnawatooboo ila Allahi jameeAAan ayyuhaalmu/minoona laAAallakum tuflihoon
Sahih International
And tell the believing women to reduce [some] of their vision and guard their private parts and not expose their adornment except that which [necessarily] appears thereof and to wrap [a portion of] their headcovers over their chests and not expose their adornment except to their husbands, their fathers, their husbands’ fathers, their sons, their husbands’ sons, their brothers, their brothers’ sons, their sisters’ sons, their women, that which their right hands possess, or those male attendants having no physical desire, or children who are not yet aware of the private aspects of women. And let them not stamp their feet to make known what they conceal of their adornment. And turn to Allah in repentance, all of you, O believers, that you might succeed.
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.
Saudara Saudari, Ikhwanul Muslimin na wal Muslimat tercinta sekelian,
Amat jelas didalam ayat ke 31, Surah An Nur diatas bahawa Allahu Ta’ala memerintahkan wanita wanita yang beriman untuk menutup belahan leher baju mereka yang merupakan tempat dimana payudara wanita boleh kelihatan dengan tudung kepala mereka!
Sudah terang lagi bersuluh bahawa Allah Subhanahu Wa Ta’ala Pencipta kita memerintahkan wanita beriman yang dewasa untuk menutup belahan leher baju mereka (cleavage) dari di pandang mata yang tidak berhak dan untuk menutup belahan leher baju mereka tersebut dengan kain tudung kepala mereka!
Kain tudung kepala itu menutup apa tuan tuan dan puan puan?
Bukankah rambut wanita?
Jika wanita itu botak sekalipun, masih perlu ditutup kepala dengan kain tudung.
Setiap dari kita yang waras akal fikiran dan normal didalam segala unsur semulajadi diri kita sebagai lelaki dan wanita dewasa pasti tahu akan tarikan semulajadi diantara lelaki dan wanita?
Tarikan seksual lelaki normal pada wanita ada 3 tempat yang menjadi tumpuan baginya.
Bilamana seseorang lelaki memandang akan diri seseorang wanita yang sempurna, maka ada 3 bahagian yang menjadi tumpuan pandangannya.
- Pertama yang akan dipandang kita adalah wajah wanita tersebut. Jika cantik, lelaki berkenaan tak kan pandang hak lain. Tetapi didalam sudut hukum, kita digalakkan tidak memandang berterusan. Takut berdosa. Seboleh mungkin, jangan pandang dengan nafsu. 🙂
- Kedua, bahagian payudara wanita akan menjadi tumpuan. Makanya ayat 30 Surah An Nur sebagai peringatan kepada lelaki yang beriman :
Transliteration
Qul lilmu/mineena yaghuddoo min absarihumwayahfathoo furoojahum thalika azkalahum inna Allaha khabeerun bima yasnaAAoon
Sahih InternationalTell the believing men to reduce [some] of their vision and guard their private parts. That is purer for them. Indeed, Allah is Acquainted with what they do.
MalayKatakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.
Allahu Ta’ala Maha Pencipta. Ia Maha Mengetahui akan segala dorongan hawa nafsu kita.
Bila kita memandang bahagian bahagian tubuh wanita itu seperti rambutnya yang ikal mayang, panjang menghurai menarik perhatian setiap lelaki normal. Maka akan tertariklah si lelaki berkenaan pada wanita tersebut.
Ini ‘sexual instincts‘ semulajadi bagi lelaki. Lainlah jika lelaki itu jenis ‘auw-auw’ @ pondan, maka ia tak akan tergoda ke apa terhadap wanita sebaliknya sang pondan itu akan berusaha gila gila untuk memelihara rambut nya supaya panjang macam perempuan yang asli!
Pendekata rambut itu adalah sebahagian aurat yang wajib ditutup dari pandangan mana mana lelaki yang tidak berhak ke atas perempuan dewasa itu!
![]() |
Pondan Siam |
Jika tidak, perlu apa Allahu Ta’ala memerintah wanita beriman untuk menghulurkan jilbab ~ kain tudung kepala ke atas perhiasan tubuh mereka?
Selain daripada rambut, perhiasan tubuh seseorang wanita adalah payudaranya. Bahasa kasar ~ tetek!
Tengok sahaja segala pondan yang dok ada. Berusaha bermati-matian untuk menyuntik dada masing masing dengan segala hormon yang ada untuk tumbuh membesar, menjadi payudara tiruan. Siap ‘operate’ lagi di Singapura atau Thailand untuk merubahkan penampilan masing masing menyerupai wanita!
Malah di Thailand, ada sesetengah pondan itu lebih cantik penampilan diri mereka dari wanita asli. Lihat contoh gambar di atas!
Makanya bagi sesiapa yang dok salah faham bahawa rambut wanita itu bukan aurat, sila belajar lagi.
Dan bahagian ketiga yang akan menjadi tumpuan laki laki normal adalah bahagian pinggul ~ punggung wanita.
Ingat!
- Wajah / muka
- Payudara / Tetek
- Pinggul/ Punggung
Right click kat atas imej di atas dan bila ia keluar didalam windows yang baru, maka klik sekali lagi kat atas imej itu nanti untuk melihat paparan ini dengan lebih jelas. Insya Allah.
Kredit imej kepada http://jannatulwardah.wordpress.com.
Kemudian ada pula kesalahan kesalahan didalam bertudung dan berpakaian yang kini semakin menjadi didalam negara kita oleh sebab remaja dan wanita Muslimah kita tak habis belajar tentang bab ini.
Ini agaknya diantara apa yang Nabi sebut akan datang suatu ketika dimana wanita itu berpakaian tetapi telanjang!
Tudung ada tetapi tak tutup bahagian payudara.
Berpakaian lengkap tetapi berbungkus aurat macam sarung nangka! Tak payah dok agak agak dah macamana bentuk rupa tubuh wanita berkenaan? Semua terserlah kepada pandangan umum.
Jangan salahkan sesiapa! Salahkan diri sendiri dan juga sesiapa sahaja yang menjadi suami/ ayah/ saudara kepada wanita terbabit kerana jahil tentang hukum hakam agama dan dayus menanganinya!
Maka, usahlah ragu ragu lagi akan perintah Allahu Ta’ala kepada kita, baik laki laki mahupun perempuan kerana sudah jelas perintahNya kepada kita untuk menjaga kehormatan kita masing masing.
Surah An Nur Ayat 30 untuk laki laki beriman dan Surah An Nur Ayat 31 untuk wanita beriman.
Tak payah nak konfius konfius lagi. Jika keliru juga, entahlah?
Saya ingin menegaskan bahawa saya tidak mahu berdebat atau berbincang lagi tentang perintah2 Allah Subhanahu Wa Ta’ala sebab ianya mudah.
Sila perhatikan maksud Perintah Allah didalam Surah Al Ahzab Ayat ke 36 ini:
Bismillahirrahmanirrahim. Dengan nama Allah, Maha Pengasih, Maha Penyayang. |

Wama kana limu/minin walamu/minatin itha qada Allahu warasooluhuamran an yakoona lahumu alkhiyaratu min amrihim waman yaAAsiAllaha warasoolahu faqad dalla dalalanmubeena
It is not for a believing man or a believing woman, when Allah and His Messenger have decided a matter, that they should [thereafter] have any choice about their affair. And whoever disobeys Allah and His Messenger has certainly strayed into clear error.
Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan – apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara – (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata.
Sadaqallah hal adzhim.
Setiap manusia yang mengaku beriman terhadap Allah tidak layak atau berhak mempertikaikan mana mana perintahNya!
Jika ada di antara para pembaca mahu berdebat tentang ini, dipersilakan anda berbuat demikian di Yaum al Mahsyar nanti bila berdiri didepan Allah!
Mamu ni jenis ‘Samiqna Wa ‘Ataqna!‘ Kami dengar dan kami ta’at. Berdebat tentang hukum hakam Allah ~ Maaf! Hamba tak layak. Menyampaikan perintah Allah, bisa di atur. Berdebat tentangnya? Tak dapat Mamu nak tolong lagi!
Seorang Mukmin tidak akan berani mempersoalkan Perintah Allah! Andaikata ada yang tak puas hati dan mahu engkar terhadap Suruhan Rabbul Alamin, terpulang kepada kehendak dirinya sendiri.
Di Akhirat nanti, sendiri tanggung lah brader /sista!
Wabillahi Taufik Wal Hidayah.
Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Hits: 0
thank u so much.he
PENJELASAN YANG RINGKAS, PADAT DAN TEPAT KEPADA PERSOALAN AURAT … SELAMAT KEMBALI TUAN HAJI!
A very BIG thank you to you Haji, for this much needed "tell-it-as-it-is" explanation. awat susah sangat orangnak paham? the ayat is so CLEAR!
Assalamualaikum Tok mamu,
Imam Baihaqi juga meriwayatkan hadith yang berasal dari pertuturan Asma’ binti Umays. Ia bertutur demikian:
“Rasulullah saw pernah masuk ke kamarAisyah binti Abu Bakar, sementara ia bersama dengan saudaranya Asma’ binti Abu Bakar, yang saat itu sedang mengenakan pakaian tipis yang bahagian lengannya longga. Ketika Rasulullah saw melihatnya, beliau segera bangkit dan kemudian keluar kamar. Aisyah lantas berkata sambil mengikuti Rasulullah saw. Rasulullah tampak seperti melihat sesuatu yang tidak disukainya sehingga Aisyah pun menghampirinya. Akan tetapi kemudian, Rasulullah saw masuk kembali. Baginda lantas ditanya oleh Aisyah, mengapa baginda sampai bangkit dan keluar? Baginda kemudian bersabda ‘Tidakkah engkau melihat keadaannya? Ia seperti bukan wanita muslimah yang seharusnya hanya menampakkan ini dan ini.’ Baginda berkata demikian seraya mengambil kain dan menutupkannya pada kedua tangannya sehingga yang tampak hanya jari-jemarinya. Baginda melilitkan kain tersebut dengan kedua tangannya ke arah kepalanya hingga yang tampak hanya bahagian wajahnya.”
Wallahua'lam.
http://www.deoband.org/2010/06/hadith/hadith-commentary/the-hijab-of-women-and-its-boundaries/
http://www.seekingilm.com/?s=niqab
http://www.al-faqih.com/?p=19
http://www.al-faqih.com/?tag=niqab
http://www.shariahprogram.ca/muslim-women/headscarf-hijab-niqaab.shtml
http://sunniyat.wordpress.com/?s=hijab
http://islamqa.com/en/cat/437
http://www.muftisays.com/qa/question/2343/niqaab-and-hijaab.html
http://www.idealmuslimah.com/dress/hijaab/226-tabarruj-display-of-beauty-
http://www.inter-islam.org/Lifestyle/hijaab.htm
http://www.rasoulallah.net/v2/document.aspx?lang=en&doc=11502
http://www.islamicawakening.com/viewarticle.php?articleID=1357
http://sisters.islamway.com/modules.php?name=News&file=article&sid=442
http://www.beautifulislam.net/cgi-bin/search.pl?Range=All&Format=Standard&Terms=hijab
salam, sambung sikit persoalan bagaimana jika suami tersentuh rambut isteri adakah batal wudhu'….jazakallah
http://www.sultan.org/books/hijab.pdf
Wa'alaikumsalam insanfakir,
Wudu' kita terbatal jika bersentuhan kulit dengan wanita yang bukan mahram kita.
Rambut, kuku dan gigi tidak termasuk didalam ertikata kulit maka tidak terbatal wudu' seseorang.
Wudu terbatal jika bersentuh diantara laki laki dan perempuan yang telah dewasa dengan bersyarat kedua mereka bukan muhrim, baik muhrim keturunan, pertalian sepenyusuan ataupun muhrim melalui perkahwinan.
Jadi menjawab soalan anda, tersentuh rambut isteri tak terbatal wudu' suami.
Wallahu'alam bissawab.
Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Tuan,
Kain tudung itu memang menutup kepala dan kadang-kala muka.
Ayat itu tidak menyebut tutup kepala tetapi menyuruh menutup cleavage, kerana itu yang menarik pandangan dan nafsu lelaki, jika dibanding rambut.
Tudung kepala disebut sebab tudung itu memang dah ada, seperti baju, kain, jubah dan sbgnya. Ini spesifik dan dari segi tatabahasa, tidak membawa maksud wajib memakai tudung, cuma wajib tutup cleavage.
Sememangnya wanita arab ketika itu, samada selepas atau sebelum kedatangan islam memakai tudung kerana keadaan sekeliling ( debu pasir ) dan juga sifat lelaki Arab.
Wanita jahiliah juga pakai tudung, atau khimar, maka adakah mereka ini pakai sebab ayat tersebut.
Perkara wajib ini biasanya spesifik bila jatuhnya hukum. maka bilakah umur wajib seorang perempuan itu menutup aurat? 12 tahun? 18 tahun?
Adakah wajib juga menutup rambut bagi golongan tua, nenek dan sebagainya? Jika tidak wajib, bila umur tak wajib? Kalau wajib kenapa?
Dan satu lagi, jika kita lelaki melihat wanita, apa yang kita paling lihat? muka, bibir, mata hidung, pipi dan bentuk badan, bukan? Jarang sekali kepada rambut dengan rasa nafsu. Jika kita lihat rambut pun, kita hanya admire kepada ikal mayangnya, jarang sekali ada nafsu kepada rambut.
Jadi apa logik tutup rambut? baik tutup saja muka, bibir etc. tapi ini tak disebut dalam Al-Quran.
Assalamualaikum carlos,
Saya baru saja meng'updatekan' artikel tersebut dan tidak sempat membaca komen anda disini.
Saya ni jenis Muslim yang tak berani mempertikaikan Perintah Allah. Saya ikut dan ta'at kepada Perintah Allah tanpa soal.
Harap dapat membaca rangkap :
"Saya ingin menegaskan bahawa saya tidak mahu berdebat atau berbincang lagi tentang perintah2 Allah Subhanahu Wa Ta'ala sebab ianya mudah.
Setiap manusia yang mengaku beriman terhadap Allah tidak layak mempertikaikan perintahNya!
Jika ada di antara para pembaca mahu berdebat tentang ini, dipersilakan anda berbuat demikian di Yaum al Mahsyar nanti bila berdiri depan Allah!
Mamu jenis 'Samiaqna Wa 'Ataqna!' Kami dengar dan kami ta'at.
Berdebat tentang hukum hakam Allah ~ Maaf! Hamba tak layak.
Menyampaikan perintah Allah, bisa di atur.
Berdebat tentangnya? Ma'af! Tak dapat Mamu nak tolong lagi!
Seorang Mukmin tidak akan berani mempersoalkan Perintah Allah!
Andaikata ada yang tak puas hati dan mahu engkar terhadap Suruhan Rabbul Alamin, terpulang kepada kehendak dirinya sendiri.
Di Akhirat nanti, sendiri tanggung lah brader /sista!"
Makanya Mamu serahkan pada diri tuan/puan untuk memilih mana satu yang tuan/puan mahu samada ta'at atau engkar terhadap Perintah Allah terbabit?
Wassalamualaikum.
memang sangat bermakna ertikel ni..insyallah…trima kasih sangat..^_^