Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Bilamana Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin dilantik sebagai Yang Di-Pertuan Agong ke 13 pada tahun 2006 dahulu, saya bersyukur ke hadhrat Ilahi kerana akhirnya kita mendapat Raja Permaisuri Agong yang kedua tahu menutup aurat baginda bila muncul dikhalayak ramai selepas Tuanku Siti Aishah, Raja Permaisuri Almarhum Sultan Salahudin Shah, Sultan Selangor sebelum ini.
Tidak lupa saya turut mengaminkan doa para khatib semasa Solat Jumaat untuk kesejahteraan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong selama Tuanku Sultan Mizan bertugas memikul amanah memimpin negara.
![]() |
Tuanku Siti Aishah, Raja Permaisuri Agong pertama berhijab di dalam Malaysia |
Ada kalanya saya merasa terkilan bilamana Baginda Sultan Mizan tidak tegas bersuara menangani hal ehwal urusan Agama Islam tatkala pemimpin kaffir harbi didalam negara kita berani mempersoalkan kedudukan agama Islam atau berkata nesta terhadap institusi agama rasmi negara? Namun, saya serahkan perkara itu kepada pertimbangan Allahu Ta’ala untuk menghakimi ‘Ketua Agama Islam’ negara ini di Yaum al Mahsyar nanti.
Kekhuatiran saya mengenai nasib dan masa depan umat Islam seMalaysia untuk jangkamasa 5 tahun akan datang, bertambah sebaik sahaja diumumkan bahawa Sultan Kedah telah dilantik memegang jawatan sebagai Yang Di-Pertuan Agong Malaysia ke 14 bermula semalam.
Ini disebabkan kegagalan baginda untuk memastikan yang Raja Permaisuri akur terhadap Perintah Allahu Ta’ala didalam Surah An Nur ayat ke 31 yang mewajibkan mana mana perempuan yang sudah mencapai akli baligh untuk menutup aurat masing masing bila di hadapan mereka yang bukan muhrim bagi nya seperti diwahyukan dibawah:

Waqul lilmu/minati yaghdudnamin absarihinna wayahfathnafuroojahunna wala yubdeena zeenatahunna illa mathahara minha walyadribnabikhumurihinna AAala juyoobihinna wala yubdeenazeenatahunna illa libuAAoolatihinna aw aba-ihinnaaw aba-i buAAoolatihinna aw abna-ihinna awabna-i buAAoolatihinna aw ikhwanihinna aw baneeikhwanihinna aw banee akhawatihinna aw nisa-ihinnaaw ma malakat aymanuhunna awi attabiAAeenaghayri olee al-irbati mina arrijali awi attifliallatheena lam yathharoo AAala AAawratiannisa-i wala yadribnabi-arjulihinna liyuAAlama ma yukhfeena min zeenatihinnawatooboo ila Allahi jameeAAan ayyuhaalmu/minoona laAAallakum tuflihoon
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.
Sadaqallah hal Adzhim!
Perintah Allah didalam Surah An Nur ayat ke 31, Al Qur’anul Karim.
Amat malang sekali bagi umat Islam negara ini bilamana kita menyaksikan pelanggaran terhadap perintah Allahu Ta’ala ini oleh mereka yang menjadi isteri kepada Ketua2 Agama Islam negara Malaysia semberono sahaja tampil duduk dengan megah didalam Majlis Santapan Di Raja sempena Upacara Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong ke14 dengan tidak menutup aurat masing masing secara sempurna selayak kedudukan masing masing sebagai Raja Permaisuri negeri masing masing dan juga isteri Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong terkini!
Apakah Duli Duli Tuanku berkenan tidak tahu akan kewajipan baginda masing masing untuk memastikan permaisuri tuanku tuanku berkenaan menutup aurat dengan sempurna bila hadir didalam upacara majlis rasmi kerajaan dan negara?
Saya khuatir bahawa pelanggaran terhadap perintah Allahu Ta’ala ini akan di ikuti kebanyakan mereka yang juga merupakan isteri para pembesar negara yang lain?
Isteri Perdana Menteri dan juga isteri Menteri Penerangan sudah pasti riang gumbira mendapat Raja Permaisuri Agong bersanggul karan kerana mereka sekian lama ini semberono sahaja keluar dikhalayak ramai tanpa hijab atau jilbab!
Nak kata mereka miskin tak mampu membeli kain tudung, harta masing masing melimpah ruah tak cukup tas tangan untuk menyimpannya?

Saya sudah bertekad bahawa sekiranya keadaan ini tidak ditangani oleh Ketua2 Agama Islam berkenaan dengan kadar segera untuk menurunkan tangan dan tidak akan mengaminkan do’a kesejahteraan bagi mereka yang terbabit semasa Solat Jumaat atau mana mana majlis yang meraikan mereka.
Saya rasa sekelian mufti dan penasihat agama istana istana berkenaan GAGAL mentarbiyyah kaum kerabat di raja dan para pembesar pemerintah negara ini.
Sia sia sahaja masing masing gah berbangga dengan ilmu pengetahuan mencakupi sekelian bab bab pengajian agama Islam tetapi ternyata lemah dan tidak berguna untuk membimbing yang terlibat.
Apatah lagi golongan ulama kaki ampu dan pembodek yang menghalalkan kelemahan para pemimpin negara berkenaan dengan mengeluarkan pelbagai alasan demi untuk mendapatkan apa apa keistimewaan dan kedudukan didalam susun galur siyasah pemerintahan negara?
Minta maaf le. Tok Mamu tak reti nak kipas mereka yang gagal memimpin isteri masing masing tetapi ada hati nak mengaku ketua begitu begini terutama didalam bab Agama Islam negara kita. Munafik bersifat begini!
Matlamat tidak menghalalkan cara beb. Sembang deraih lah macamana pun?
Yang haram tetap haram dan sia sia lah kehidupan sesiapa sahaja yang mendiamkan perkara melibatkan maruah umat Islam seperti ini hanya kerna takut kehilangan kedudukan atau darjat duniawi.
Buat pedoman kaum wanita yang mengaku dirinya beriman, ini saya lampirkan pedoman buat anda:
Sila ‘Right Click’ imej diatas dan kemudian klik ‘Open in a new tab‘ untuk melihatnya didalam saiz paparan yang jelas.
Ini pula kesalahan2 yang dilakukan oleh wanita Muslim Malaysia walaupun berjilbab kononnya?
Sila ‘Right Click‘ imej diatas dan kemudian klik ‘Open in a new tab‘ untuk melihatnya didalam saiz paparan yang jelas.
Sebarkan lah kepada semua rangkaian siber anda.
Mudah2an bermanfaat pada semua. Insya Allah.
Wabillahi Taufik Wal Hidayah.
Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
![]() |
“Kebenaran itu wajib dinyatakan jika Keadilan hendak di tegakkan!”
Haji Zainol Abideen @ Mahaguru58
Bandar Tun Razak
Kuala Lumpur
|
Hits: 1
Salam Tuan Haji..tahniah kerana berani bersuara dan menegur.
Semoga Allah SWT mengampunkan dosa2 kita semua dan kita menjadi antara mereka yang insaf serta sentiasa mencuba menjadi hamba Allah yang bertakwa.
Wallahhu'alam..kita hanya boleh menegur tetapi tidak boleh memaksa..dosa masing2.
Saya pun baru sahaja setahun dua ni bertudung..bukan dipaksa..lambat jugak saya, Tuan Haji.
Wa'alaikumsalam mamasita.
Sekurang kurangnya puan ada juga mahu bertudung menjaga kehormatan puan dari di nikmati secara percuma oleh mata mata yang tidak berhak?
Sayangnya golongan berkedudukan tinggi didalam negara degil tak kena tempat membelakangkan perintah Allahu Ta'ala?
Tahukah mereka akan azab Allah bagi mereka yang mendedahkan rambut dan belahan baju masing masing?
Mana mana isteri yang tidak menutup aurat dan suami pula tidak pernah menyuruh isterinya menutup aurat bila keluar ke khalayak ramai untuk mematuhi perintah Allah malahan berbangga pula kecantikan isterinya yang mendedah aurat dilihat oleh lelaki yang bukan mahram, maka lelaki begini digolongkan sebagai lelaki DAYUS dan diHARAMkan oleh Allah untu memasuki syurga walaupun sang suami rajin mengerjakan segala rukun Islam tetapi didalam masa yang sama sang suami ini telah derhaka dan menolak tuntutan rukun Iman.
Ada gambarajah menunjukkan kesalahan kesalahan oleh wanita Muslim sekarang di sini:
http://inertz.com/wp-content/uploads/2009/07/aurat.jpg
Walau diri dah berusia sekalipun, aurat tetap aurat dan hendaklah dijaga.
Zaman sekarang sering kita dengar, wanita tua yang dah tak berseri tara mana pun di rogol oleh laki laki yang kemaruk seks!
Berwaspadalah wahai kaum wanita dari azab neraka Allah!
Teruskan berjilbab. Ganjarannya adalah kehormatan yang tinggi bagi mu baik di dunia ini mahupun di akhirat nanti.
Insya Allah.
Wassalamualaikum mamasita. Stay firmly on the path of Allah SWT!
He will provide for you in ways that u never imagined! Insya Allah.
Selama Ustaz Azizan menjadi Menteri Besar Kedah, adakah beliau sudah menegur Sultanah Kedah kerana tidak bertudung? Sekiranya sudah, Ustaz Azizan kiranya sudah melaksanakan tanggungjawabnya menegur. Tetapi sekiranya beliau belum menegur, mungkin beliau juga akan dipertanggungjawabkan.
Apa-apa pun, marilah kita doakan agar Raja Permaisuri Agong yang baru ini menerima hidayah daripada Allah Subhanahu Wa Ta'ala agar baginda Permaisuri tergerak hati untuk bertudung dan menutup aurat.
assalamualaikum
Tuan haji….tahniah atas tulisan yang luhur dan jujur ini….semoga tuan haji akan dilimpahi rahmat Allah swt hingga akhirat…amin
Disconcerting and disappointing.
I thought Malaysia is an Islamic country.
This is the wrong example.
Assalamualaikum Tuan Haji,
Terdapat pendapat yang mengatakan rambut bukan aurat seperti rencana di outside the box (bukan beliau menyuarakan pendapat), apa komen Tuan Haji, semuga kita semua dijalan yang benar. InsyaAllah.
Wa'alaikumsalam Cicit Dang Rombeh,
Akan saya jawab soalan tuan didalam bentuk artikel beserta nas2 Al Quran selepas ini, Insya Allah.
Ikuti jawapan saya disana.
Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Alhamdullillah Tuan Haji, takut ada yang ragu-ragu, semuga kita tidak lari aqidah, saya tak sabar nak menunggu rencana tersebut.
Assalamualaikum Cicit Dang Rombeh,
Artikel berkenaan sudah saya tulis dan terbitkan disini:
http://mahaguru58.blogspot.com/2011/12/rambut-wanita-apakah-ia-termasuk.html
Mudah2an bermanfaat kepada semua.
Insya Allah.