December 11, 2023

MAHAGURU58

The Truth must be told no matter what so Justice can live!

Syariah tertegak di Brunei Darussalam ~ Kesultanan2 Melayu Malaysia bila lagi?

Titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Sultan Brunei Darussalam Tuanku Al Sultan Jeneral Haji Sir Hassan al-Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah di atas menunjukkan bahawa walaupun Duli Tuanku Sultan Brunei memerintah sebuah negara Melayu yang kecil tetapi yang paling kaya raya dengan hasil minyak petroleum, Baginda mempunyai kesedaran yang cukup tinggi sebagai seorang Raja Melayu yang benar benar berdaulat dikalangan Duli Duli Tuanku Sultan2 Melayu yang masih berkuasa di rantau Nusantara ini.


Hamba ingin bertanya, ‘Bilakah pula kesembilan  Duli2 Tuanku Sultan2 Melayu yang bertakhta di sembilan buah negeri di Semenanjung Tanah Melayu akan berani bertitah sedemikian pula?’


Jika hendak harap parti2 politik yang dahulunya bertemakan ‘Islam’, takut tinggal harapan sahaja kerana mudah melatah pabila disergah Maharaj Karpal Singh Zindabar, Pengerusi DAP merangkap kuasa sebenar Pakatan Pembangkang!

Hendak harap UMNO menegakkan Syariah Islam, PM sekarang Dato Seri Najib terlalu ghairah melayan puak pencacai Kaffir MCA didalam BN yang sering mengugut dan menggertak beliau walaupun dari segi politik mereka umpama bateri hilang kuasa yang sudah luput tarikh dan hanya sesuai di kitar semula oleh tauke ‘recycling’ yang duduk ditepi jalan dengan botol2 plastik serta timbang kilo mereka?


Nak buat macamana?


Duli2 Tuanku Sultan2 Melayu di Malaysia tidak bebas untuk bertitah sama seperti Sultan Brunei Darussalam kerna terikat dengan kekangan kuasa Raja Berperlembagaan!


Merdeka hanya pada nama. Tidak bebas tara mana.


Bukankah negara kita sudah mengaku merdeka dari penjajah British sejak 1957?


Apakah Parlimen Malaysia mahu terus terikat dengan kongkongan Perlembagaan sekular yang dikarang dan di deraf oleh Suruhanjaya Lord Reid Kolonial British?


Apa ertinya kemerdekaan kita sekiranya masih terjajah dengan kehendak British?


Merdeka bersyarat?


Tak merdeka dengan sesungguhnya lah, ya?


Merdeka didalam sangkar penjajahan British secara teknikal perundangan sivil.


Didalam hal ini, Sultan Brunei ternyata adalah satu satunya Sultan dan Raja Melayu yang benar benar berdaulat didalam ertikata sebenarnya di dalam dunia ini.


Daulat Tuanku! Patik doakan Tuanku berjaya!!!



Salam Tok Mamu dari Makkah al Mukarramah, Arab Saudi.

Hits: 0