Hidup kita warga Malaysia yang beragama Islam semakin hari semakin dihimpit keadaan bagaikan ditelan mati emak ; jika diluah mati bapak angkara pengkhianatan yang sedang dilakukan mereka yang kononnya adalah ‘Ulul ‘Amri didalam negara ini.
Setiap hari ada sahaja perbuatan dan kenyataan mereka ini yang membuatkan ramai dikalangan masyarakat negara ini sakit hati.
Ada seorang pembaca blog saya baru menelefon saya sebentar tadi meminta saya tolong menyejukkan hatinya yang sedang membara setelah mengetahui akan sikap Najib Tun Razak yang bukan sahaja tidak ada ‘hak tu’ untuk menegur si harami # 1 kat Malaysia ni, sikamjat Namewee, tetapi boleh pula berkata bahawa Namewee tu ada kelainan pada dirinya?
Kalau dah jenis tak ada ‘hak tu’ memang jenis mengelat dan ‘play safe’ bila berkata tentang musibat se ekor ni yang terang2an telah menghina bangsa, agama dan negara kita tetapi boleh pula dijulang, dipuja dan dipuji mereka yang kononnya adalah pemerintah kerajaan negara ini?
Mana tak sakitnya hati hati kebanyakan masyarakat negara ini disebabkan petualangan maarof maarof sintok ini yang masing masing perasan diri adalah negarawan kita?
Makanya saya memilih untuk bermufarakah akan diri ini dari menyokong lagi yakpursalam2 ini yang terang terangan tidak lagi memiliki maruah dan harga diri sebagai pembesar2 orang2 Melayu di tanahair ini.
Dari hidup berpemimpinkan orang orang yang sudah tidak lagi mempunyai walau sekelumit rasa amarah bila sibangsat seperti Wee Meng Chee boleh lepas bebas semberono me’lanchiouw’kan mana mana individu saudara seIslam dengan kita, maka sudah jelas bahawa diri ini tidak lagi boleh menerima mana mana penyokong anak haramjadah ini sebagai ketua negara!
Mereka mungkin berkuasa gitu gini tetapi didalam hati ini, sudah tiada lagi rasa hormat dan mahu menyokong petualang dan pengkhianat ummah seperti penyokong harami se ekor itu!
Maka saya memilih untuk menumpukan perhatian saya hanya kepada jalan menyampaikan risalah agama dan sedikit sebanyak ilmu pengetahuan yang boleh saya sampaikan kepada para pembaca dan penyokong Syariat Allahu Ta’ala didalam ruang masa yang masih berbaki didalam kehidupan saya di alam fana ini.
Lebih banyak faedahnya saya berusaha membantu mana mana pihak yang mahu tahu tentang agama Islam yang syumul dari saya bersekongkol dengan mana mana pengkhianat terhadap jatidiri bangsa, agama dan tanahair ini.
Seboleh mungkin, saya mahu terus menjelajahi bumi semenanjung ini dan menjalinkan ikatan Ukhuwwah Al Islamiyyah dengan saudara seagama saya dari membuang masa menegur pihak pihak yang ‘sum mum buk mum om yom fahum laa yarr ji uun’.
Alangkah baiknya jika mereka yang mengaku mahu menegakkan Syariah Allah dibumi semenanjung ini turut bermufaraqah dari pakatan mereka bersama kaffir harbi harami dan munafiqun yang ada?
Nak mengharapkan ‘ulul ‘amri yang dok ada untuk mendaulatkan Syiar Islam kat Mamluk al Malaisie ini?
Tunggu ajelah bila kaduk dah naik junjung dan semua yang dok rajin benar mengampu dan memenuhi seribu satu tuntutan dari ‘ular ular lidi’ yang bersekutu dengan harami se ekor itu menjadi ‘naga’ dan membaham para pengkhianat yang saya maksudkan tadi?
Sejarah tetap akan berulang.
Sementara itu pandai pandailah kalian mencari ketenangan diri masing masing. Nak harap Tok Mamu menyejukkan hati saudara, minta maaf le!
Daku sendiri tengah membara ; makanya daku berhijrah, menjelajahi bumi ini mencari damai kerna sudah tidak mampu lagi membendung sakit didalam hati menyaksikan petualangan sebegini.
Hanya pada Allah Rabbul Alamin daku mampu berserah!
La haula wala quwwata illa billah hal aliyyil adzhim!
Hits: 0
Assalamualaikum, Mahaguru, mana posting tuan terhadap pengiktirafan PM kita terhadap anak cina namewee? tuan x de komen apa2 ke?
Wa'alaikumsalam nonbal,
Takkan le tuan terlepas pandang akan luahan kekecewaan saya didalam artikel artikel saya sejak kebelakangan ni?
Kekadang kita tak perlu nak menulis memanjang tentang petualangan Najib tun Razak dan para pencacainya!
Resam orang timur adalah menggunakan kata kata penuh berkias dalam berbicara.
Jika tak faham juga, makanya masih perlu di asah daya kefahaman bila membaca artikel.
Insya Allah.