December 9, 2023

MAHAGURU58

The Truth must be told no matter what so Justice can live!

Adam Corrie ~ Pelakon Malaysia – Usahawan Just Muffins ~ Wangsa Walk

Siapa tak kenal muka brutal ini didalam industri perfileman negara kita?


Hahaha..inilah dia wajah watak KL Gangster @ ‘Dragon’. 


Adam Corrie Lee Abdullah, 43 tahun, adalah seorang pelakon dan koreografer tarian yang sudah terkenal didalam industri perfileman dan TV Realiti diMalaysia.


Muka memang bengis giler tetapi bagi mereka yang kenal betul betul dengan Adam ni, boleh dikatakan jauh berbeza peribadi sebenar anak kelahiran Pulau Pinang ini dengan karektor ganas yang sering diberikan kepada beliau oleh pengarah2 drama dan filem tempatan.


Nak buat macam mana? Tengok aksi Adam :





Dah anugerah Allahu Ta’ala sebegitu kepadanya. Ada pepatah Inggeris yang berbunyi : ‘Don’t judge a book by its cover‘ bermaksud’ Janganlah menilai seseorang itu melalui penampilannya’.



Adam Corrie mungkin berwajah bengis tetapi jiwanya amat sensitif dan lembut. Semalam semasa saya berbual bicara dengan beliau, keikhlasan diri nya menghayati hidup sebagai seorang Muslim terserlah pada raut wajah suami kepada Fazima Fuad, 34. Fazima berblog disini. Fazi Cakes.



Sinar Harian ada menyiarkan cerita tentang kehidupan Adam Corrie dan isteri beliau yang tercinta, Fazima Fuad disini



Sebenarnya setiap mualaf itu mempunyai pelbagai kisah yang berbeza dan Mahaguru58 percaya bahawa jika ada kesempatan waktu suatu hari nanti, Adam akan sudi berkongsi kisah perjalanan hidupnya  sebelum ia menjadi seorang Muslim kepada saat ia mengucap dua kalimah syahadah dan bersama kita kini selaku umat Nabi Muhammad Sallalahu Alaihi Wassallam.

Sebenarnya kita semua harus mengucapkan syabas dan tahniah kepada Adam suami isteri kerana memulakan bisnes kedai cupcakes seperti ini. Sejarah menunjukkan bahawa industri perfileman dan drama tv tempatan tidaklah menjanjikan kehidupan serba mewah kepada para penggiat seni tempatan. Jarang kita menyaksikan mana mana pelakon atau seniman filem menjadi kaya raya dan hidup senang sesudah melalui zaman kegemilangan mereka didalam bidang yang penuh cabaran, pancaroba dan P.H.D. di Malaysia ini.


PHD yang saya maksudkan bukannya pencapaian tertinggi didalam dunia akademik tetapi sebaliknya merujuk kepada Penyakit Hasad Dengki yang sudah sinonim dengan masyarakat Melayu khususnya atau kaum kaum manusia amnya?

Adam Corrie sebagai pemain sepaktakraw Thailand dalam filem ‘Libas’ yang akan dilulus tayang nanti

Tak mudah untuk mencapai kejayaan dari segi material didalam dunia filem dan drama tv Malaysia. Hanya mereka yang terlibat secara langsung atau tidak didalam industri ini tahu betapa sukarnya untuk mencapai kejayaan di persada seni tanahair!


Maka, eloklah kita meraikan usaha Adam Corrie bersama isteri beliau Fazima Fuad untuk berusaha membuka kedai kek dan pelbagai makanan dan minuman segera bagi mencari rezeki secara halalan bil toyyibban bagi menampung keperluan kehidupan mereka sekarang dan di masa depan nanti.


Berikut pula adalah episod Jimmy Shanley bersahur bersama Adam Corrie pada Ramadhan tahun 2008:




Bersama lah kita mendoakan kebahagiaan dan kemakmuran Adam Corrie Lee Abdullah bersama isterinya Fazima Fuad. Amin.

Adam Corrie bersama para peminat yang seronok bergambar bersama KL Gangster 😛

Bagi anda yang mahu membantu mereka dengan menempah kek dsbnya untuk keperluan majlis majlis keraian anda, sila hubungi Adam atau Fazima di fazifuzzycakes@gmail.com

Sesungguhnya Muslim itu bersaudara dan sebaik baik Muslim adalah mereka yang membantu saudaranya didalam perkara perkara kebajikan dan didalam urusan perniagaan serta pekerjaan2 yang halal.


Semoga Allah Subhanahu Wa Ta’ala merahmati kita semua. Amin.

Hits: 7