December 4, 2023

MAHAGURU58

The Truth must be told no matter what so Justice can live!

Restoran Mamak 24jam tak payah pakai pengawal? Senang je cakap Tun!

Saya merujuk kepada komen Datuk Tun Hisan Tun Hamzah, Ketua Polis Selangor yang memberikan reaksi sedemikian berikutan cadangan Presiden Kongres India Muslim Malaysia @ KIMMA, Datuk Syed Kader Ibrahim setelah 2 kejadian samun oleh penjenayah bersenjatakan parang di sebuah restoran Mamak di Shah Alam baru baru ini.

Senang saja Ketua Polis Selangor berkata begitu sebab bukan dirinya yang terancam semasa berhadapan dengan perompak perompak berbangsa India itu!


Apa Tun Hisan nak cakap kalau diri beliau bersama ahli keluarga sendiri kena serang dan mungkin ditetak jika melawan atau cuba menahan barangan sendiri dirampas semasa rompakan sebegitu?

Tidak perlu pengawal di restoran mamak 

SHAH ALAM 11 Sept. – Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah (gambar) berkata, keadaan keselamatan di negeri ini termasuk di restoran mamak adalah terkawal walaupun berlaku dua kejadian samun di premis itu baru-baru ini.
Beliau sehubungan itu berpendapat pengusaha restoran berkenaan tidak perlu menempatkan pengawal untuk mengawasi keselamatan perniagaan mereka dan pelanggan.
“Mengenai pengawal keselamatan (bersenjata) itu, tak perlulah. Situasi terkawal,” katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Presiden Kongres India Muslim Malaysia (Kimma), Datuk Syed Ibrahim Kader semalam, yang mencadangkan restoran mamak dilengkapi pengawal keselamatan bersenjata bagi mengelak daripada menjadi sasaran penjenayah.
Cadangan itu susulan daripada dua kejadian samun yang dilakukan oleh sekumpulan lelaki bersenjatakan pisau dan parang di sebuah restoran mamak di Seksyen 15 pada 28 Ogos lalu dan Seksyen 24, selang dua minggu kemudian.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Zahedi Ayob ketika dihubungi hari ini berkata, pihaknya masih memburu suspek yang dipercayai warga tempatan.
“Saksi dan orang ramai diminta bekerjasama menyalurkan maklumat kejadian itu di balai polis berhampiran,” katanya.

Situasi terkawal? Hello brader?


Siapa yang mengawalnya?


Senang je cakap Tun sebab tuanhamba tak berada disitu. Lagipun tuan sentiasa dilindungi anggota polis lengkap bersenjata. Orang ramai terdedah kepada bahaya diserang dan ditetak para perompak kerana tak ada pengawal bersenjata mengawal kat restoran2 24 jam ni lah syeikh!


Kalau difikirkan memang tak masuk akal reaksi reaksi spontan dari orang orang yang hidup mereka tak menghadapi mara bahaya seperti Ketua Polis Selangor ni.


Saya ingin menyatakan bahawa bantahan 2 NGO Mamak yang tidak setuju dengan saranan Presiden KIMMA sebenarnya adalah disebabkan mereka memang tidak sebulu dengan Presiden KIMMA ini kerna masing masing ada agenda PhD @ Penyakit Hasad dan Dengki terhadap Presiden KIMMA tersebut. 


Mereka hendak menonjolkan diri masing masing sebagai ‘champion’ kaum India Muslim tetapi usaha kedua mereka tidak tercapai dek kerna Datuk Syed Ibrahim Kader sudah di lantik sebagai Senator dan beliau mendapat kepercayaan UMNO dan BN untuk bersama sama didalam Kerajaan Persekutuan Malaysia. Terkilas ikan di air hamba dah tahu jantan betinanya!


Saya desak supaya PRESMA teruskan usaha mengupah pengawal bersenjata untuk menjaga keselamatan restoran2 24 jam ini dan usah peduli tentang komen tak boleh pakai dari Ketua Polis Selangor ini yang tak akan berada disana melindungi tuan puan selepas waktu pejabat!


Bukan dia yang nak bayar gaji pengawal?


Sepatutnya pegawai pegawai polis bijak dan prihatin sebelum berkata sesuatu? 


Janganlah bercakap tanpa berfikir akan natijahnya beb!!!

Hits: 0