Berapa ramaikah dikalangan pegawai pegawai agama di dalam negara ini yang memakan gaji buta setiap bulan?
Bagi anda yang mempunyai statistik akan jumlah mereka ini cuba buat semakan!
Kenapakah Tok Mamu berkata begitu?
Iyolah!
Setiap kali bersolat Jumaat, sebaik selesai sahaja Tok Imam memberi salam, maka maarof maarof sintok ni tak kira le yang berserban berjanggut sejemput mahupun segenggam atau yang jenis tak ada kawalan terbiar berserabai langsung mengalahkan Taliban kat Afghanistan atau yang dah terang terang jenis ‘Muslim Jumaat’ akan bingkas bangun bagaikan sudah hendak ‘terkucil’, semberono keluar berpusu pusu mencari pintu masjid!
Iye! Hero hero ni akan bersegera beredar keluar dari masjid sebaik sahaja Tok Imam selesai memberi salam.
Tak adanya berhenti untuk berzikir serangkap dua, mengaminkan doa2 yang menyusul tak le lambat tara mana!
Tak sampai 3 minit pun Tok Imam membaca wirid2 sesudah solat.
Tetapi puak puak ‘Jahil Jumaat’ ini akan bergegas keluar macam bini kat rumah sudah hendak beranak atau rumahnya sudah mula terbakar!
Yang saya kata pegawai pegawai agama didalam negara ini makan gaji buta adalah disebabkan sekian lama saya dok hidup kat bumi Malaysia ini belum pernah lagi saya menyaksikan mana mana pegawai pegawai masjid baik yang dilantik oleh kerajaan negeri mahupun hak yang persekutuan berusaha mentarbiyyah puak puak ‘Jahil Jumaat’ ini untuk menghayati erti dan maksud diperintahnya Allahu Ta’ala akan kita yang mengaku diri sebagai Muslim ini untuk berkumpul, bersatu duduk mendengar akan isi khutbah yang disampaikan kemudiannya untuk bersolat Jumaat bersama sama kemudiannya duduk sekejap berwirid dan mengaminkan doa yang dibaca Tok Imam masjid mahupun surau!!!
Namun sehingga ke Jumaat tadi, saya perhatikan sama sahaja. Tak kiralah samada di mana mana negeri kat Semenanjung ini, kebiasaan ‘Jahil2 Jumaat’ ini sama sahaja.
Tarbiyyah lah macam mana pun ; perangai golongan ini tetap sama.
Tak kiralah yang datang pakai serban tujuh lilit ke, atau ketayap zaman Tok Nadoq, mahupun yang serkop songkok Acheh mahupun hak Melayu baru tinggi sekaki lebih, gaya gaya samdol ni semua sama.
Tak ada peluang ke untuk ‘Jahil Jumaat’ ini berubah?
Tak ke mereka tahu atau diperingatkan bahawa Hari Kiamat itu bakal berlaku pada hari Jumaat?
Tak kecut segala benda ke mengetahui bahawa hari Jumaat seperti ini lah kelak akan menyaksikan gunung gunung beterbangan?
Tak pernah ke hero hero ‘lipas kudung’ ni baca akan tafsiran Surah Surah didalam Al Qur’anul Karim bahawa setiap Jumaat itu bakal menyaksikan janji Allah seperti di terangkan didalam Surah Al Qari’ah :

AlqariAAa
The Striking Calamity –
Hari yang menggemparkan,

Ma alqariAAa
What is the Striking Calamity?
Apa dia hari yang menggemparkan itu?

Wama adraka ma alqariAAa
And what can make you know what is the Striking Calamity?
Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan hari yang menggemparkan itu? –

Yawma yakoonu annasu kalfarashialmabthooth
It is the Day when people will be like moths, dispersed,
(Hari itu ialah: hari kiamat), hari manusia menjadi seperti kelkatu yang terbang berkeliaran,

Watakoonu aljibalu kalAAihnialmanfoosh
And the mountains will be like wool, fluffed up.
Dan gunung-ganang menjadi seperti bulu yang dibusar berterbangan.

Faamma man thaqulat mawazeenuh
Then as for one whose scales are heavy [with good deeds],
Setelah berlaku demikian, maka (manusia akan diberikan tempatnya menurut amal masing-masing); adapun orang yang berat timbangan amal baiknya, –

Fahuwa fee AAeeshatin radiya
He will be in a pleasant life.
Maka ia berada dalam kehidupan yang senang lenang.

Waamma man khaffat mawazeenuh
But as for one whose scales are light,
Sebaliknya orang yang ringan timbangan amal baiknya, –

Faommuhu hawiya
His refuge will be an abyss.
Maka tempat kembalinya ialah “Haawiyah”

Wama adraka ma hiya
And what can make you know what that is?
Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui, apa dia “Haawiyah” itu?

Narun hamiya
It is a Fire, intensely hot.
(Haawiyah itu ialah): api yang panas membakar.
Puak puak ni selamba derk je keluar semberono tak mempedulikan sunnah Rasul Sallalahu Alaihi Wassallam dan tertib Jumaat!
Jangan persalahkan Allahu Ta’ala bilamana Jumaat akan datang mungkin Jumaat yang dikatakan itu sebagai hari dimana segala nikmat dunia ini dan kemegahan manusia akan hancur lebur hilang bagaikan debu debu beterbangan di udara?
Ketika itu apakah anda akan kalut kelam kabut nak keluar masjid dan surau juga?
Bawa bawalah beringat wahai saudara sesama Islam denganku. Hayatilah setiap saat dan detik yang masih ada didalam peruntukan nafas yang masih Allah Subhanahu Wa Ta’ala berikan pada kita!
Apakah Akhirul Qalam kita? Akhirul Amal kita? Adakah pernah kita mahu memikirkannya? Tak kiralah kita ini siapa?
Kita belum tentu akan selamat dari kekalutan Qiyamat nanti!
Hits: 0
selalunya…kebanyakkan yang keluar itu pekerja ofis…kena check-in balik kan? lunch pun termasuk dalam masa itu kan?
kalau student itu..ye saya mengaku..memang kena tarbiyah
Sebaik-baiknya saudara hayati terjemaah surah Al-Jumuah ayat 9-11.
[9]
Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya),
[10]
Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat).
[11]
Dan apabila mereka mengetahui kedatangan barang-barang dagangan (yang baharu tiba) atau (mendengar) sesuatu hiburan, mereka bersurai (lalu pergi) kepadanya dengan meninggalkan engkau berdiri (di atas mimbar – berkhutbah). Katakanlah (wahai Muhammad:” Pahala – balasan) yang ada di sisi Allah, lebih baik dari hiburan dan barang-barang dagangan itu; dan Allah sebaik-baik pemberi rezeki.
Yang ditegur oleh Allah swt adalah bagi mereka yang meninggalkan khutbah atau melalaikan khutbah. Tidak kepada selepas bersolat. Perlu faham Allah swt menyeru hambaNya bersegera menyambung kerja harian mereka selepas selesai bersolat. Bukan bermalas-malasan.
Selalu terjadi di Masjid-masjid ketika solat Jumaat ada orang yang datang lambat dan suka parking kereta bersepah sehingga menutup jalan kenderaan lain. Dan selalu keluar lambat disebabkan disambungnya dengan solat sunat hingga menganggu kegiatan orang lain. Mungkin jemaah yang tersekat itu tidak sampai hati untuk membunyikan hon. Tapi kita tahu hati mereka sakit disebabkan kelewatan jemaah yang tak berhati perut ini. Jadi dimana datangnya pahala pada perkara sunat yang dikejarkan itu sedang dia membuat dosa kepada manusia. Doa yang mustajab adalah ketika antara dua khutbah. Dan solat sunat yang amat digalakkan adalah sunat diwaktu malam. Tidak menggangu manusia yang lain. Wallahualam.
Inilah susahnya nak tegor Muslim kat Malaysia! Melenting tak tentu pasal!
Ada saya tegah yang nak bekerja gi sambung kerja?
Hello brader. Yang saya tujukan adalah pada mereka yang tua mua, kerja sendiri atau yang dah pencen.
Kalau nak pikirkan lah, takde gunanya nasihat kaum yang suka mengambil mudah dengan amal ibadat!
Ada seorang maarof sintok hantar komen kata berwirid ni amalan kaum Mamak!
😛
I malas nak layan u all le.
Senang saja labu. U nak terjun dengan labu labu u ye?
Silakan! Silakan!
Bagai menuang air ke daun keladi.
Useless beb!