
Assalamualaikum.
Saudara saudari, rakan rakan blogger sekelian.
Sepanjang Ramadhan nan lalu, saya perhatikan bahawa beberapa blogger terus sahaja dengan menulis sama seperti yang mereka sudah lakukan didalam bulan bulan sebelum Ramadhan al Mubarak.
Tidak di ambil kira akan kesucian bulan yang paling mulia didalam kalendar @ takwim Islam kita.
Masih terus dengan kata nesta, caci cerca malah penggunaan kata kata kasar dan lucah terhadap seteru politik berjalan terus tanpa sebarang noktah!
Juga diterbitkan kata kata caci maki didalam ruang komen blog terbabit.

Apakah tidak sedar akan diri masing masing, baik blogger mahupun penghantar komen sedang berada didalam bulan kemuncak usaha usaha ibadah kita didalam setahun?
Kenapa lupa akan kemuliaan Ramadhan dimana kita diperintah mengekang hawa nafsu kita dan mensucikan jiwa?
Andai di takdirkan kita meninggal sebaik sahaja selesai menerbitkan kata nesta begitu, apakah kita mahu akhirul qalam kita merekodkan dosa sebegitu?
Perlu sombong sangat ke sampai merugikan peluang sekali sahaja dalam bulan paling mulia didalam setahun untuk membuka ruang dan peluang mensucikan jiwa kita?
Bukan tak boleh berbuat begitu didalam waktu lain tetapi ianya Ramadhan al Mubarak, wahai rakan rakan sekelian!
Bawa bawalah beringat wahai rakan blogger yang diingati. Mudah2an masih sempat kita bertaubat dari menyalahgunakan kemudahan berhubungan melalui laman maya ini yang dikurniakan Ilahi.
Hits: 0
More Stories
Vivek @ Vivekanandhan, 59, [1961-2021]. Tamil Iconic Comedy Actor has died of a heart attack.
Serangan Anti-Asia semakin menular di Amerika Syarikat! Warga Malaysia harus sedar diri!
Selamat Pengantin Baru Anak Saudara Kami, Nur Fatin Nabila & Helmy Adnan!