Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Saudara saudari Muslimin na wal Muslimat yang saya kasihi.
Sudah saya membaca bantahan tentang isi kandungan tazkirah Azmil Mustafa @ pelakon era tahun 1980an yang dikenali melalui filem ‘Ali Setan’ didalam beberapa blog tempatan.
Cumanya sebab saya belum menonton rakaman video tazkirah itu dan mengikuti apa yang dikatakan telah diucapkan Azmil, maka saya telah memilih untuk tidak mengulas apa apa.
Semalam ada seorang rakan Facebook saya telah menghubungi saya melalui sistem ‘chat’ Facebook dan memberikan saya pautan alamat url video tazkirah terbabit dan meminta saya menulis dan memberikan pendapat dan pandangan saya.
Alhamdulillah! Pucuk di cita ; ulam mendatang.
Saya mohon tuan/puan menonton dahulu video di atas dan kemudian kita bincang sama sama.
Insya Allah!
Hits: 3
aku cuma nak cakap sikit soal mamat ni !!!
"OTAKNYA SEDANG SAKIT"
"JIWANYA SEDANG TENAT"
Pada pandangan saya, dia meluahkan kekecewaan dalam hidupnya. Mungkin ini kaffarah baginya bagi pelbagai perkara semasa bergiat dalam lakonan dulu.
Pengisian ilmu memang tiada, sekadar untuk berkongsi pengalaman, mungkin itulah yang dia lakukan dalam sesi ceramahnya.
apa yg disebutkan oleh Azmil Mustafa, bg sy sebenarnya mencerminkan realiti org Melayu/Islam yg menjadi bangsat di negara tumpah darahnya sendiri…lihatlah Utusan Malaysia semlm,20 Ogos, gaji graduan Melayu plg rendah di pasaran, pdptn majikan Melayu plg rendah di pasaran. Sedarkah kita 31 Ogos sebenarnya tarikh kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu (PTM)…tp di mana Melayu???
Sheikh mahaguru, ada satu lagi tazkirah yang disampaikan oleh beliau pada 17hb. Ogos nuzul Quran di masjid yg sama, dgn caci nista, kelemahan fakta, saya terfikir apa nak jadi dgn institusi masjid, dijadikan medan utk melepaskan fahaman diri sendiri w/pun diselitkan dgn ayat al-quran. Kasihan kpd beliau, saya harap beliau belajar lagi tak cukup dgn hanya 5 tahun di Syria utk akhirnya menyalah dan menghina sesama sendiri. Wassalam.
Fahaman Islam nya sempit, sedangkan Islam itu luas. Nilai la sendiri, tepuk dada tanya akal.
Mahaguru. Saya sendiri telah mendengar ceramah beliau. Komen saya seperti dalam pos saya ini:
http://www.maarofkassim.com/2011/06/bila-orang-tak-bertauliah-diberi.html
Kalau ikut fahaman beliau, umat Islam mesti belajar ilmu agama sahaja. Kalau umat Islam belajar agama sahaja, siapa pula nak menegakkan hukum kifayah?
Saya ingat Ustaz2 yg tumbuh bak cendawan lepas hujan ni pergi back to basic dulu.Jgn emosi sangat sentuh bab negara Islam, bab kafir, bab Perlembagaan Persekutuan, bila macam ni jemaah tak boleh accept.Yg suka merapu dgn isu politik ni biasanya parti politik mcm PAS.Itu pun diorang dah slow down sejak berjemaah dgn DAP.Cuba tengok dlm tabligh dan Arqam masa mula naik dulu, sikit pun tak sentuh bab politik melainkan dakwah sj.
Saya biasa dengar siaran radio IKIM dari mualaf yg masuk Islam dan terus aktif berdakwah.Bila masuk bab politik, diorang cuba sedaya upaya mengelak isu ini kerana takut jadi panas dan terkeluar topik.Barangkali, orang melayu kita kena belajar dari diorang.Kalau nak ceriter politik, nak ceriter kepartian buat lah di luar masjid.
As Salam- Lau ana ada ketika itu.. ana akan sokong beliau ( Azmil ) dan minta dia turun dari kerusi roda ..jangan guna laptop dan jangan guna mikrofon serta balik lepas ceramah kena jalan kaki.. sebab kemudahan2 itu dibuat oleh orang2 " KAFIR "..nnti bertambah bodoh lagi orang melayu ni…( Isi ceramah dan maksudnya baik cuma cara penyampaian dan pemikiran yg dibawanya sempit )..wallahualam….
Pada tuan sajen dan lain2, cuba dengar balik ceramah dia dalam 15 minit pertama, dia ceriter dia sakit jantunglah , upah rawatan sampai RM 20,000.00,terbatuk2, nampak lemah, pernah pengsan sampai 3 jam masa ambil wuduk.Saya ingat sat lagi dia pengsan lagi kut, nampak dah teruk sangat.Ya pakai kerusi roda lagi, Masya Allah kesian teman nengoknya.
Alih2 entah apa jenis batri rechargeable yg dia pakai terus bersemangat menghamburkan "kata2 indah", macam orang tak pernah sakit jantung dan tak pengsan2..itu yg nak tergelak aku tengok.Nasib baik dia tak bangun dari kerusi terus sihat je berdiri!Munkin bateri jenis kuasa halus yg dah meresap dalam badan dia kot..
Salam Tok Mamu,
mungkin ini cara dia berdakwah dan menerangkan ilmu dan isu..
Dia dulu asalnya memang cakap macam ni..mungkin dia dah give-up dgn melayu dan tak kena dengan realiti melayu yg dah serasi dengan KFC, Mac D, CofeeBuck, AF Astro,Festival, Apco dll tapi yang penting Islamnya OK..masuk syurga tu keputusan Allah..
Masya-Allah sungguh berani ustaz ini dlm menegakkan kebenaran.