December 10, 2023

MAHAGURU58

The Truth must be told no matter what so Justice can live!

Polis wanita China menembak penjenayah, menyelamatkan tebusan!







Hebat! Tak ada hu ha, drama swasta, hak asasi, yang itu, yang ini.


Siap dengan strategi dan kecekalan hati serta kebolehan menembak tepat! 4 das tembakan bertalu talu dalam tempoh cuma 3 saat!


Selesai perkara! Nyawa tebusan diselamatkan dengan cara tuntas! 


Itu dia kehebatan pegawai polis wanita Negara China yang terkenal dengan tidak memberi ruang dan peluang kepada para penjenayah serius didalam negara yang mempunyai bilangan penduduk terbanyak didalam dunia.


Jika disini, hebohlah nanti SUHAKAM, SUARAM, DAP, PKR, PAS dan NGO2 lebih kuah dari sudu mempertikaikan cara pegawai polis wanita ini menyelesaikan masaalah besar untuk menyelamatkan seorang tebusan yang tidak berdosa dengan cara menembak mati penjenayah itu!


Menyelamatkan nyawa, mengelakkan proses undang undang yang akan meleret leret bertahun tahun, membazir kewangan negara yang terpaksa mengeluarkan belanja puluhan malah ratusan ribu ringgit membiayai perbelanjaan sipesalah itu jika dipenjarakan bertahun tahun, keluar duit belanja perubatan, gaji pegawai pegawai penjara dan semua yang lain berkaitan dengan sistem perundangan dan kehakiman.


Saya tabik hormat kepada cara pegawai polis wanita China ini mengendalikan kes tebusan ini.


Kalaulah boleh pegawai pegawai dan anggota anggota polis Malaysia didalam PDRM diberikan kuasa untuk berbuat serupa tanpa sebarang bantahan dan gangguan dari mereka yang berkenaan diatas, saya percaya indeks jenayah serius negara kita akan menurun dengan mendadak didalam tempoh yang singkat dan kita semua boleh kesana kemari dengan selamat!


Macamana dengan Parlimen Malaysia?


Ada berani ke memperkasakan PDRM?


Sejak kebelakangan ini bukan main rajin benar puak puak berkenaan diatas nak mengkasikan pasukan Polis Di Raja Malaysia dan agensi agensi keselamatan negara kita dengan memprotes tak sudah sudah mempolemikkan segala perkara.


Tengoklah betapa hancurnya ketamadunan Britain dan United Kingdom baru baru ini bilamana polis mereka bagaikan tak mampu sama sekali untuk menangani saudara mara sepupu sepapat puak puak BERSIH 2.0 yang merusuh, merompak, menyamun, mencuri, membakar, menyerang orang orang awam, merosakkan harta awam, menghuruharakan negara penjajah pujaan hati Pakatan Pembangkang DAP-PKR dan PAS baru baru ini!

Bilamana Polis Britain tak mampu dan sanggup menegakkan undang undang, ketamadunan mereka yang dibangga banggakan hancur musnah rentung menjadi abu didalam sekelip mata.

Inikah yang di-impikan puak puak penganjur BERSIH 2.0 dan dalang dalang disebalik pertubuhan harami itu iaitu tak lain tak bukan segala ketua ketua perusuh yang terdiri dari pucuk pimpinan parti parti pembangkang disini?

Jikalah ada pegawai pegawai polis berani dan hebat seperti pegawai polis wanita Negara China ini yang bertugas semasa protes haram BERSIH 2.0 disini tempohari, agaknya kurang sedikit jumlah malaon malaon pengkhianat dan pengacau kedaulatan negara kita ~ Mamluk al Malaisie?

Kurang sikit pening kepala sebahagian besar warganegara Malaysia, kan?

Hits: 0