Chow Kit’s Got Talent!!!
I came across Fishmonger Bei Kim Hwa at Stall No.190, Chow Kit Wet Market, KL as he was happily singing a song and also whistling as he went about doing his business.
I sensed a photo / video op and immediately whipped out my Nikon S620 digital camera and started recording his impromptu performance.
Mr. Bei Kim Hwa sportingly sang the song above for me when I asked him to perform for the camera and his fellow fishmongers encouraged him further!
He said that he usually sang karaoke and this particular song was from one of the VCD’s he listened to.
He has a nice soothing voice and I enjoyed listening to and watching him sing. If you happen to visit the Chow Kit Wet Market and come across him at Stall No.190, tell him that he’s on You Tube and show him your support!
Chow Kit’s Got Talent! The Singing Sensation, Bei Kim Hwa!
Hits: 1
assalamualaikum mahaguru, bercakap pasal Chow Kit, ada sesuatu yang saya nak share
tahukah mahaguru, majoriti bilik pelacuran di sana ada ayat 1000 dinar dan ini sgt memalukan dan menghina ayat suci itu
pihak berwajib hv to do something to stop this, saya berjaya masuk dan dapatkan gambar yang dimaksudkan
u can visit my blog for detail, harap dapat sebarkan, terima kasih.
Salam
Wa'alaikumsalam Shahril,
Terimakasih kerna sudi memaklumkan saya akan dunia disebalik tabir di kawasan yang Shahril maksudkan.
Saya bukan tak tahu bahawa di seberang jalan itu kawasan 'marbahaya' tetapi sengaja tidak mahu menginjakkan kaki ke kawasan 'lampu merah' atas sebab sebab sedia maklum.
Bukanlah menganggap diri Tok Mamu ni suci tara mana tetapi sengaja mahu mengelakkan diri dari berhadapan dengan para penggiat dunia persundalan seperti Shahril maklumkan.
Saya lebih selesa berkunjung ke pasar basah Chow Kit melihat ragam hidup manusia yang kebanyakan mereka berasal dari Republik Indonesia.
Saya memang tertarik dengan kepelbagaian suku kaum Indonesia dan ke gigihan mereka berniaga mencari rezeki di bumi tanahair kita ini.
Kerajinan mereka memang jauh meninggalkan warga Malaysia.
Mereka sanggup bekerja siang dan malam, membanting tulang mencari rezeki tanpa menghiraukan keadaan kawasan persekitaran pasar Chow Kit yang tidak sebersih mana.
Orang orang Melayu tidak bersemangat seperti mereka. Ini hakikat.
Saya seorang yang mempunyai hobi mengambil gambar ~ fotografi.
Maka saya sering menjadikan mereka ini sebagai model model tak berbayar saya.
Mereka senang di hampiri. Mudah mesra. Tidak sombong. Curiga tetap ada tetapi tidak egois.
Saya menghargai kehadiran mereka mengisi ruang kehidupan Chow Kit.
Walau berbeza kewarganegaraan, mereka tetap saudara seagama kita melainkan segelintir kecil yang bukan beragama Islam.
Dunia persundalan yang Shahril dedahkan memang wujud sejak sekian lama.
Saya tak selesa mahu menghampiri kawasan itu kerana tidak elok bagi kita berada didalam kawasan 'red light area'.
Demi menjalankan tugas sebagai seorang wartawan penyiasat, Shahril terpaksa kesana.
Nak buat macam mana, walau sundal atau pondan, mereka tetap beragama Islam.
Dosa pahala, memang mereka sedar tetapi keadaan yang memaksa mereka.
Bukannya mereka itu memang galak sangat nak menyundal atau melacur tetapi keadaan kehidupan masing masing yang pernah dikecewakan seseorang yang mereka percayai, dikhianati pasangan atau menjadi mangsa sumbang mahram.
Mungkin ada dikalangan pelacur dan pondan ini mengambil sikap ' alang kepalang terlanjur, biar sampai mati atau tak larat, mereka menenggelamkan diri kedalam lembah hina itu kerana masyarakat kita memang tak akan menerima kehadiran seseorang yang sudah terlajak berzina.
Walau bertaubat nasuha sekalipun, resam masyarakat Asia tetap akan memandang serong dan menghina sipolan terbabit.
Adik beradik dan saudara sendiri pun belum tentu mahu menerima mereka kembali.
Jadi mereka berkerat rotan; berpatah arang menurut kehendak diri, memilih untuk terus ada didalam dunia nafsu serakah tersebut.
Saudara seorang yang berani dan cekal menghadapi segala kemungkinan menyiasat dunia di sebalik tabir ini.
Memang tidak akan mudah untuk melakukan kerja seperti apa yang saudara berkecimpung ini.
Tapi bak kata pepatah Inggeris,' Someone's gotta do it!'
Tentang penggantungan ayat ayat Quran dan 'ayat pelaris' itu, maka pihak berwajib yakni Jabatan Agama Islam Negeri adalah pihak yang patut mengambil tindakan.
Mereka pula perlu mengkoordinasi serbuan mereka dengan pihak PDRM dan KPWKM serta DBKL.
Ada banyak perkara perlu diselaraskan sebelum pencegahan dapat di lakukan.
Tetapi, Shahril pun tahu bahawa ianya akan berulang kembali.
Bagaikan lalang habis terbakar, sesudah itu akan bertunas semula.
'Pusingan kehidupan yang ganas'.
Yang kita boleh buat hanyalah berusaha sedaya kita untuk membantu menasihati diri dan masyarakat kita agar menjauhi maksiat yang diri kita sendiri belum tentu akan selamat dari tempiasnya juga.
Na'uzubillahiminzalik.