December 11, 2023

MAHAGURU58

The Truth must be told no matter what so Justice can live!

Rais Yatim menang kes saman terhadap blogger ~ Tahniah Dato Seri!

Saya ucapkan tahniah dan syabas kepada Dato Seri Dr Rais Yatim diatas kemenangan kes saman beliau terhadap blogger Azimudin Ahmat berkaitan artikel memfitnah Dato Seri Dr Rais Yatim merogol amahnya!


Dari awal lagi saya memang tak percaya bahawa Rais Yatim ni jenis macam tu? Apakehalnya dia nak kemaruk seks sampai perlu merogol amah Indonesianya?


Kalau lah Dato Seri Rais Yatim nak menuruti hawa nafsunya merasa yang lain dari isterinya Datin Seri Masnah, bukan ia tak mampu untuk berkahwin dua tiga anak dara sekalipun???


Ia seorang menteri kerajaan persekutuan sekian lama ini. Dari zaman Mahathir lagi, ia sudah berkedudukan tinggi sebagai seorang menteri di Jabatan Perdana Menteri, pernah menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan, Menteri Tanah dan Pembangunan, Menteri Penerangan, Menteri Luar, dan selepas keluar dari UMNO dan Kerajaan pergi menjadi ahli Semangat 46 bersama Tengku Razaleigh Hamzah, lepas tu masuk UMNO semula dan kini jadi Menteri Penerangan, Komunikasi Multimedia, Kebudayaan dan Warisan Malaysia.


Apa kelas dia nak kemaruk gi merogol pembantu rumah dia pula? Ikuti penafian salah seorang amah Indonesia yang bekerja di kediaman Dato Seri Rais Yatim, rakan setugas Robengah yang difitnah telah dirogol Rais Yatim oleh puak puak yang mempunyai PhD terhadapnya:



PhD ni bukan pencapaian akademik tertinggi sesetengah manusia tetapi Penyakit Hasad Dengki yang memang termasyhur dikalangan warga serantau terutama mereka yang sesama bangsa dengan Rais Yatim.


Blogger tak boleh semberono saja menulis, menyiarkan artikel memfitnah menghina ia sebegitu!


Semasa heboh blogger blogger kat dalam negara kita sibuk mengulas dan memanjangkan cerita Rais rogol amah Indonesianya, saya tak mahu ambil ‘pot’ sebab saya tahu jauh didalam hati saya bahawa kawan ni tak lagu tu!


Saya memang tak sedikit pun rasa nak percaya berita berita itu sebab terlalu banyak andaian.


Berita dari sumber Migrant Care tu sendiri banyak kelopongan kesahihan cerita yang diandai andaikan dari mulut mulut orang.


Sepertimana saya pernah berkata dahulu, blogger perlu berhati hati dan berwaspada dari terikut ikut emosi dan nafsu amarah kita berdasarkan kecenderungan masing masing terhadap menyokong mana mana individu atau parti politik.


Bukan boleh kita membelasah saja mengandaikan sesuatu menurut keadaan semasa. Saya sendiri pernah tersilap didalam berblog mengenai sesuatu isu. Namun bilamana saya sedar kesilapan saya, maka saya akan meminta maaf pada individu terbabit dan jika perlu akan menarik balik artikel terbitan saya yang tersilap itu.


Terlajak perahu boleh undur tuan tuan dan puan puan rakan rakan blogger sekelian.


Terlajak ‘Enter‘ tak boleh ‘Backspace‘!


Makanya biarlah kes ini menjadi satu peringatan pada semua. Berwaspada lah kita dari menuruti tuntutan ego kita ikut suka sahaja.


Mudah2an bloggers seMalaysia akan lebih berhati hati dan mengambil tanggungjawab keatas setiap artikel penerbitan blog masing masing.

Klik disini untuk membaca laporan The Sundaily.my
Sumber foto

Tahniah Dato Seri! 


Walau luka fitnah Dato Seri dah sembuh, saya percaya parut batinnya tetap ada.


Berserahlah tuan pada Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Hanya Ia sahaja Maha Mengetahui akan diri kita sebenar benarnya.


Jika nak layan kerenah manusia, tak jadi hidup kita semua ni.


La haula wala quwwata illa billah hal aliyyul adzhim!

Hits: 0