December 10, 2023

MAHAGURU58

The Truth must be told no matter what so Justice can live!

Pelancaran Perhimpunan GERAK AMAN Perkasa esok!!! Ada Permit Polis!

Bagi anda yang mahu bersama sama dengan gerakan 37 NGO Melayu, Islam dan lain lain didalam perhimpunan Pelancaran GERAK AMAN, maka jangan lupa menghadirkan diri di Kelab Sultan Sulaiman, Kg Baru, Kuala Lumpur esok!

Waktu perhimpunan bermula pada jam 3 sehingga 5 petang. Insya Allah!

Sila hebahkan tentang program majlis pelancaran GERAK AMAN ini kepada setiap rakan dan taulan serta rakan rakan media sosial anda seperti FB dan Twitter.




Salam tahniah dan ribuan terimakasih saya ucapkan kepada pihak IPD Dang Wangi terutamanya kepada Tuan ACP Mohamad Zulkarnain bin Abdul Rahman, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur. Jasa tuan amat kami hargai!

Jika anda memandu kesana, lebih elok tiba awal jika nak dapatkan lot parking.

Yang naik motosikal pasti tak ada masaalah. Jumpa anda disana!  

Bagaimana nak kesana?

Tak jadi masa’alah.  Sila rujuk kepada peta dibawah ini.

Sekalung penghargaan kepada Chegubard yang telah memaparkan peta ini diblognya. Terimakasih Chegu! Peta nya sangat bagus. Good job bro!

Hits: 0