Kelakarlah pula bunyinya cadangan Ketua Pengarang Utusan Melayu Datuk Zaini Hassan bilamana menyarankan supaya UMNO menubuhkan Sayap Ulama UMNO @ ‘SUU’ untuk menggantikan peranan ‘ullamak’ parti PAS yang sudah membelakangkan agenda dan matlamat asal mereka untuk menubuhkan sebuah negara Islam di Mamluk Al Malaisie ini!
Apa tidaknya?
Kalau disingkatkan cadangan Sayap Ulama UMNO itu menjadi akronim maka akan terdengarlah sebutan ‘Ulama SUU’.
Haiyo brader! Ulama’ SUU’?
Kawan tahu ke makna ‘Ulama’ Suu’?
Ulamak Suu’ membawa maksud ulamak tak leh pakai! Useless!
Jenis yang tak boleh di ikut. Tak ada asas keilmuan yang sepatutnya ada pada seseorang ulamak.
Jauh bezanya bro antara Ulama Suu’ dan Ulama Muktabar! Muktabar tau bukan murtabak! Bagi clear skit tentang perbezaan itu! 🙂
Beberapa orang ulamak muktabar didalam senarai saya adalah seperti :
1.Al Fadhil Tuan Guru Professor Dato’ Dr.Harun Din Al Hafiz Al Haj
2.Al Fadhil Ustaz Dato’ Hj. Shamsuri Hj. Ahmad
3.Al Fadhil Ustaz Dato’ Abdullah Bukhari ~ Imam Besar Masjid Kapitan Keling Pulau Pinang
4. Yang Berbahagia Dato Wan Muhammad Dato Syeikh Abdul Aziz @ Bekas Ketua Pengarah JAKIM
Ada ramai lagi ustaz ustaz dan ilmuan agama yang menjadi sumber rujukan saya dan saya amat hormati pandangan dan pendapat mereka yang berusaha menegakkan syiar Islam dibumi bertuah ini.
Berbalik semula kepada cadangan penubuhan Sayap Ulama UMNO ini. Jika tak silap saya, cadangan asal Majlis Ulama UMNO ini dibuat oleh Ustaz Fathul Bari Mat Jahya dari UMNO Arau, Perlis.
Sering saya mendengar dan membaca akan saranan Ustaz Fathul Bari bahawa sebaik cara untuk menegur pemerintah adalah dengan memegang tangan pemerintah dan menasihatinya secara peribadi.
Ingin saya bertanya secara umum : “Mahukah sang pemerintah mendengar nasihat dari orang kebanyakan seperti kita?”
Akan sampaikah seseorang warga biasa, tak berkedudukan tinggi, tak bergelar begitu begini dihadapan namanya, tak menaiki kereta mewah menjalar, dibenarkan masuk, bertemu sang pemerintah, boleh pula dapat bersemuka, duduk berpegang tangan sang pemerintah, mampu berbisik kat telinga menegur sang pemerintah akan salahlaku beliau dan menasihatinya secara berhemah???
Hallo brader! Ya Habibi! Ya Maulana! Segala diatas mungkin akan berlaku dan menjadi kenyataan didalam senario cerita fiksyen dan drama rekayasa filem yang digarap untuk tayangan melalui televisyen atau tayangan di pawagam!!
Tok Mamu nak pelawa barangsiapa yang bermimpi di siang hari ini untuk melaksanakan segala apa yang diperkatakan ini terlebih dahulu sebagai bukti bahawa apa yang dicadangkan nya BOLEH DILAKSANAKAN didalam keadaan politik dan sistem pentadbiran hari ini di Mamluk Al Malaisie ini!!!
Do it Man!!!
Prove to us that you can practice what you just preached!!!
I’ll take off my serban, ketayap or songkok to you and give you my bow of respect!!!
With all my heart!!! Wallahi! Wabillahi! Wattalahi!
No joke! You can print this out and keep it as evidence of my solemn promise to do so and accord to you Mahaguru58’s mark of respect for your success…IF YOU CAN REALLY, TRULY CARRY THIS OUT!!!
Nak sembang deraih ni Syeikh, memang no problemos. Nak ampu setinggi langit pun tak jadi hal, beb!
Didalam suasana Akhirul Zaman ni, memang kita semua tahu bahawa manusia sanggup melakukan apa sahaja demi sesuap nasi. Demi pangkat dan kedudukan. Demi glamor semata mata. Dan apakejadahnya saja!
Bak kata arwah pakcik Astro tu ~ macam macam ada!
Bagi saya lah, menegur pemerintah ini melalui platform media inilah yang termampu warga seMalaysia lakukan mengikut ruang dan peluang yang ada.
Nak gi jumpa PM kat Putrajaya tu, tuanhamba dipersilakan. Boleh terlepas ke ke ruang pejabat PM macam tu saja brader?
Hehehehe..nak drama swasta pun agak agak lah syeikh. Mission Impossible bro!
Lainlah kalau brader kamceng sama PM. Inner Circle dan segala tok nenek kaw team, etc.
Isyh! Isyh! Isyh! Isyh!
Tersasar sudah sembang Tok Mamu petang petang Jumaat ni. 😛
Berbalik pada cadangan Sayap Ulama UMNO atau nama glamornya ~ ‘Ulama Suu’…hehehehe…Tok Mamu rasalah suatu cadangan yang Majlis Tertinggi UMNO mesti ‘reject’ awal awal lagi.
Kenapa Tok Mamu kata lagu tu?
Hallo brader…Majlis Tertinggi UMNO akan setuju ke ada geng lebai dan serban berkedudukan lebih tinggi dari mereka menentukan dasar dan mengemudikan parti UMNO menurut kerangka dasar Syariah dan Syariat Allahu Ta’ala?
Susah kepala otak ni nak cuba membayangkan senario sedemikian benar benar terjadi didalam keadaan semasa parti politik nasionalis UMNO sedang berada?
Unthinkable beb!
Kalau memang mahu Majlis Tertinggi UMNO meluluskan penubuhan Majlis Ulama UMNO atau Sayap Ulama UMNO untuk menuju ke arah penubuhan Negara Islam Mamluk Al Malaisie ini seperti dicadangkan Ustaz Fathul Bari Mat Jahya dan disemarakkan lagi oleh Datuk Zaini Hassan, Ketua Pengarang Utusan Melayu itu, maka kami rakyat Malaysia akan mendoakan kebahagiaan semua maa’rof sintok yang terlibat dengan seikhlas ikhlas hati kami.
Insya Allah.
Namun, teringat pula akan pepatah Inggeris berikut:
‘Easier said than done, bro!’
Sementara menunggu kucing bertanduk itu, Tok Mamu ingin mempersilakan semua yang dok sembang deraih berkenaan untuk memulakan sesi pegang tangan Dato Seri PM dan menasihati beliau serta Sanggul Sanggul Karan yang terlibat!
Gua support lu kaw kaw brader!
Takbir!!!
Allahu Akbar!!!
Hits: 1
Apa salahnya jikalau UMNO mempunyai Sayap Ulama UMNO jika ia lebih membawa kebaikan kepada umat Islam. Dan jika PM kita sekarang ini dikatakan tidak mendenga nasihat daripada umum, bagaimana dengan Smabutan Hari Pahlawan yang meletak kalung bunga di tugu telah dimansuhkan juga sambutan Hari Kemerdekaan pada bulan Ramadhan yang diserdahanakan?.Mengapa perkara tersebut perlu dimustahilkan sedangkan belum mencuba?
haii payah betul ulamak pas ni. mula sekali kerajaan tak de ke ulamak kat pentadbiran dia. yg penah aku dengar tu ada dr lagi. siap ada menteri khas. dorang ni jenis tak cari glamer buat fatwa yg bukan2 seperti ulamak muktabar pas. tapi tetiba aje ada bank islam. tetiba aje pajak gadai islam. tetiba aje peneraju dlm perbankan islam. ulamak yg membantu membina tabung haji yg tak perlu tunggu org sponcer gi haji. yg mampu behujah melembutkan pendirian dr maza dlm bidaah dalallah nya. tak payah lah nak menghina. umno ni umarak. tapi sentiasa ada ulamak yg membantu. itu sebab malaysia ni negara islam lain pun hormat. ada jasa yg telah dibuat bukan hanya angan2. dlm sesuatu ape pun mesti ada yg ambik kesempatan. dasar jelas kalu ada bukti masuk makamah. org yg mula alim boleh berubah. ada hadith nya. hidup sebagai ahli surga bila mati ahli neraka. munafik kata nabi baca alquran lebih bagus dari sahabat. pakai serban janggut maki hamun tu mengikut setan. tak payah bedalih. ayat kat atas tu dalilnya. ada ulamak salaf tu org dok takbir tu dia kejor ngan pedang. dia tau munafik. payah org pas ni.
tn mahaguru58….ayoooo posting kali agak pedas sket…
tp sy kurang setujula ngan pandangan tn…memang la klu org kebanyakan dan biasa2 aja yg g hantar proposal r nak nasihat pak menteri susah la skit…sepatutnya kita hantar org yg sesuai (org yg ada pengaruh dan dihormati oleh pak menteri) untuk memberi teguran dan nasihat kepada pak menteri….itu barulah care…
Tuan koloGnyer,
Sekali sekala kena pepah cili padi bro!
Baru lah ada RASAAAA sikit.
Asyik tempoyak tak sudah sudah, boring lah bro…hehehehe..
Bukan apa? Hamba tak berapa seronok dok dengar kita ni tak boleh tegor pemerintah begitu begini oleh puak puak yang mungkin nak mengambil hati VVIP ni!
Nak tunggu kesempatan pegang pegang tangan PM, bisik bisik nasihati beliau kat telinga, bagai di sarankan… boleh berlaku ke?
Ingat ni drama minggu ini ke nak boleh jadi benda macam tu?
Nak sembang pun kena pakai akai sikit beb.
Ni bukan wayang beb..ini realiti.
Makanya Tok Mamu tak ada cara lain melainkan tegor di ruang ini secara terus dari hati nurani jiwa hamba Allah yang teramat faqir ini kepada Sang Pemerintah.
Tok Mamu tak reti nak berdondang sayang didalam bab nasihat pada yang berkenaan.
Straight to the jugular sir!
No dilly dallying about it.
tn mahaguru58….menyentuh bab cara menegur nie…
pd pandangan sy kita nie org Islam/Melayu dlm menegur atau memberi pandangan kepada pemerintah amat lemah sekali…maksud saya cara dibuat lebih kepada usaha perseorangan..ini menyebabkan kerajaan memandang sepi kepada teguran/proposal sebegini..bagaikan anjing yg menyalak bukit..anjing duk serak suara..bukit teguh tidak beranjak…
berbanding non-muslim terutama kaum cina yg menggunakan pengaruh persatuan untuk menyuarakan sesuatu perkara kepada kerajaan…cara sebegini saya lihat lebih berkesan dan berbekas kepada kerajaan untuk mengambil tindakan atas teguran/cadangan yg diberikan…bagaikan tsunami menghempas daratan…sekali hempas berubah rupa daratan…
menyebabkn sy selalu terfikir adakah non-muslim lebih memahami nilai2 Islam akan intipati kekuatan kesatuan/kesepaduan berbanding org2 muslim itu sendiri…