Semalam saya ke Bandar Sri Permaisuri, didalam kawasan Parlimen P 124 Bandar Tun Razak dimana Ahli Parlimen nya adalah YAB Tan Sri Khalid Ibrahim dari PKR.
Sungguh menyakitkan hati melihat kerosakan teruk pada jalan jalan didalam Bandar Sri Permaisuri itu kerana terdapatnya lopak lopak berisi air dan persekitaran kawasan yang sangat kotor dan tidak ada tanda tanda bahawa kawasan itu diselenggarakan dengan baik oleh pihak berkuasa tempatan terutamanya oleh Ahli Parlimen P124 Bandar Tun Razak yakni Tan Sri Khalid Ibrahim!
YAB tu maknanya apa?
Yang Amat Bengap?
Yang Amat Baloq?
Yang Amat Basai?
Apa dia?
Tak nampak macam Yang Amat Berusaha kerana lopak semakin besar dan mendalam.
Penuh berisi air kotor dan kawasan persekitaran semakin busuk.
Nak jadi Ahli Parlimen semasa PRU ke 12 bukan main hebat! Sampai saya sendiri mengundi untuk Tan Sri Khalid sebab tak nak undi calon MCA Tan Chai Ho yang saya tak pernah nampak ada buat kerja di kawasan itu sejak saya berpindah ke Bandar Tun Razak pada tahun 2003.
Makanya saya undi Tan Sri Khalid sebab hendakkan perubahan dan sesama Islam. Tapi nampaknya dua kali lima saja dengan si Tan Chai Ho.
Menjadi Ahli Parlimen bukan setakat nak gah kesana sini memakai lambang logo Ahli Parlimen kat depan kereta mewah masing masing bro!
Kawasan Parlimen nak kena jaga infrastrukturnya.
Jalanraya, sistem perparitan, lampu jalan, kemudahan2 asas nak kena selenggara dengan baik.

Bukan dengan tangan YAB sendiri tetapi melalui arahan dan kerahan kepada pihak pihak berkuasa tempatan berkenaan.
Nak kena turun padang beb bukan duduk kat pejabat berhawa dingin atau main main mata dengan Liz Wong ke apa? < usikan bermakna tu…
Sekali sekala nak kena sua kepala kat kawasan parlimen. Kami nak juga jumpa Ahli Parlimen yang kami undi.
Bukan dok seronok terbang ke Aspens, Colorado, USA main salji anak beranak sementara lopak lopak kat Bandar Sri Permaisuri semakin membesau dan tanah runtuh pula kat Hulu Langat!
Perubahan apakejadahnya yang Tan Sri bawa untuk kami penduduk Parlimen Bandar Tun Razak?
Tu, Kompleks Komuniti Bandar Tun Razak semakin hari semakin mati apa cerita bro?
Buat kerja lah YAB. Kalau tidak sepenggal sajalah Tan Sri merasa jadi wakil kami kat sini.
Kalau boleh kami nak wakil BN yang mewakili umat Islam disini pada PRU ke 13?
Itupun kalau nak undi kami le….
Jika letak wakil parti MCA, tak ada le peluang BN nak memerintah kat kawasan sini.
Dengar tak?
Hits: 0
Bro..
As MB of Selangor, he is doing a good job..
jalan berhampiran rumah saya, sebuah kawasan di pinggiran Damansara dijaga rapi diturap jalannya dengan baik..
Pernah saya komplain dkt ADUN YB, tong sampah depan balai polis, bau busuk mak ai..minggu seterusnya tong sampah itu dialihkan ke tempat lain..
Kami disini panggil
YAB = Yang Amat Berbaloi..
Kesian orang KL..federal government siapa punya la bro…
jangan dok buat tak paham no…hehehe
Ya..lagi satu..si menteri wilayah muka tak malu tu apa cer? HAMPIR KESELURUHAN kerusi wilayah PR menang, tapi menteri yang kontrolnya siapa, menteri PR kah???
Anwar Ibrahim dok buat kempen cat flat2 lama dekat Selangor, si menteri tu pon dok mengecat jugak…
Bro,
Kompleks komuniti bandar tun razak, terutama kat area taman mulia, kes pecah kereta dan mcm2 jenayah bro.
Klu kompleks komuniti tu aku rasa dah jadi mcm tempat budak2 sekolah lepas gian hisap gam.
Bagus pendedahan ni baru semua wakil rakyat bukak mata.
Terus terang saya katakan bahawa saya rasa Menteri Wilayah ni hanya gila glamor. Tak ikhlas buat kerja. Hanya nak muka dia keluar didalam akhbar dan disiar kat kaca tv atau laman web.
Kebanyakan mereka ini sebenarnya dok drama swasta saja. Bermuka muka dan tak boleh diharap.
hamsor
saya di kajang pun sama,sejak pakatan menang,jalanraya,sungai2 malah bila kita buat aduan ke laman aduan selangor,tak lebih 2 hari selesai masalah.alhamdulilah.kesian mahaguru,pergila jumpa menteri wilayah BN tu?malah dun semenyih dan dusun tua yg umno menang pun tidak di anaktiri kan seperti di bandar tun razak.mahaguru kan suka round,pergila tengok
ya ka?
Cuba pulak datang Pandan Indah, Pandan Mewah, Taman Muda, Taman Putra, Bukit Teratai dan kawasan sekitar serta Kampung Cheras Baru… Belum lagi Bandar Baru Ampang…
Dah tiga tahun komplen, jangankan batu jalan, bau bitumen pun takdak… tu baru jalan, belum lagi tikus dan pasar babi yang semakin ke tepi jalan!
Yang sohehnya, ini bukan kawasan BN, bukan juga terletak di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang Menterinya adalah Nong Chik…
Meh la tengok… sejak pakatan menang konon… piiiiraaah!
Assalamualaikum…
Saya pun selalu di lokasi ini. Pada pandangan saya, mungkin kerjasama Tan Sri Khalid dengan DBKL kurang sikit disebabkan masalah tertentu (mungkin juga politik). Tetapi DBKL dilihat lembab mengatasi masalah sebegini. Saya tinggal di sempadan Selangor KL dan dapat melihat situasi yang amat berbeza antara KL dan Selangor. Di Selangor, agak pantas jika aduan dilakukan manakala di KL agak lambat.
Apa pun, hanya Allah yang tahu siapa yang tak buat kerja dan siapa yang ikhlas
kalau DBKL tak nak repair, Khalid Ibrahim tak boleh buat apa jugak. Nak guna peruntukan kerajaan Selangor, nanti puak puak UMNO report SPRM lak kata rasuah macam kes lembu korban dulu tu….
Sejak dipegang PKR, xnmpak apa2 pembaharuan, pembangunan, peningkatan yg dibawa oleh beliau. Saya lahir dan membesar di kampung Konggo (Nama lama bdr Tun Razak), xpernah nmpk beliau buat pembngunan. yg ada hanya kesinambungan dari YB yg dulu….
Saya penduduk btr sejak 1985. Masih tinggal di sini. Dan bekerja di petaling jaya. Mmg nampak perbezaan Yg ketara. saya lalu jalan kat permaisuri setiap hari. Mmg truk. Jalan di pj sekejap saja diturap. Maybe dbkl lambat membuat kerja.