December 9, 2023

MAHAGURU58

The Truth must be told no matter what so Justice can live!

Abdul Rahman, 61, mati mengejut depan HERO Bandar Sri Permaisuri, Cheras, KL

Saksi kejadian sedang memberi keterangan pada anggota PDRM tentang apa yang telah berlaku?
Isteri Arwah diminta anggota PDRM untuk beralih tempat dari duduk disisi jenazah arwah suaminya
Abdul Rahman, 61 mati mengejut depan Pasaraya HERO Bdr Sri Permaisuri
Mayat Allahyarham Abdul Rahman dihadapan Pasaraya HERO Bdr Sri Permaisuri, Cheras, KL
Mayat diselimut anggota PDRM

Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un.
Dari Allah kita datang, kepada Nya kita kan kembali.

Bila masanya? Saat dan ketikanya? Tempat dan keadaan ajal kita?

Wallahu’alam bissawab.

Pagi tadi semasa saya ke Pasaraya HERO di Bandar Sri Permaisuri, Cheras, KL, saya melihat orang ramai sedang berkumpul di hadapan pasaraya tersebut.

Seorang lelaki tua sedang duduk dikaki lima depan pasaraya tersebut dan kelihatan dua orang anggota polis sedang berusaha memulihkan lelaki itu yang kelihatan seperti pengsan dengan kedua matanya terpejam dan berlunjur kaki bersandarkan kaki seorang awam yang turut membantu didalam rawatan kecemasan terhadapnya.

Seorang perempuan tua @ isterinya sedang berkata bahawa suaminya ada penyakit darah tinggi.

Saya bertanya samada sudah dipanggil ambulans?

Salah seorang anggota polis itu berkata sudah. Ambulans didalam perjalanan. Saya turut berdoa agar pakcik itu akan pulih dan terus berjalan masuk ke pasaraya sebab sudah sebegitu ramai orang yang sedang mengendalikannya.

Sebentar lagi kedengaran siren ambulans bingit bergerak ke arah lokasi orang tua tersebut. Sejurus kemudian selepas memeriksa keadaan orang tua itu, paramedik yang memeriksa keadaan pakcik itu memaklumkan pada semua yang berada disitu bahawa orang tua itu sudah tidak bernyawa lagi dan petugas ambulans itu pun beredar pergi meninggalkan jasad orang tua itu kerana ianya sudah jadi kes polis. Mati mengejut!

Saya turut bersama orang awam membacakan Surah Al Fatihah untuk arwah dan bertanya akan nama simati pada isterinya yang kelihatan tidak seperti keadaan waris waris simati selalunya yang akan terkesan dengan kematian sebegitu? 


Mungkin ia masih didalam keadaan terkejut dan belum sedar akan hakikat sudah kehilangan insan yang menjadi suaminya sekian lama ini? Bak kata frasa Inggeris ‘The reality has yet to set in!’

Beliau tabah menjawab soalan soalan anggota polis tentang keadaan kesihatan arwah suaminya dan memaklumkan bahawa mereka tinggal di Taman Ikan Emas, Cheras.

Sejurus selepas itu, hadir seorang lelaki tua yang mengaku sebagai biras arwah. Beliau pergi membuka selimut yang menutup wajah arwah, memandang wajah arwah dengan kesayuan, bertafakur sejenak dan menutup kembali wajah simati. Ia kemudiannya menelefon saudara mara mereka memaklumkan akan kematian mengejut Abdul Rahman, 61 tahun, pesakit penyakit darah tinggi. 

Ajal maut kita kan sampai tanpa kita dapat menjangka! 


Hendaklah kita senantiasa sedar akan kemungkinan kita akan mati pada bila bila masa sahaja dan tanpa sebarang makluman terlebih dahulu melainkan mereka yang dijatuhkan hukuman maut oleh mahkamah diatas jenayah berat yang dilakukan oleh mereka.


Jatuh wajib diatas kita sebagai umat Muhammad Sallalahu Alaihi Wassallam untuk menjalani hidup ini dengan penuh berwaspada. Sedar akan dimana kedudukan kita dicelah celah kehidupan penuh pancaroba baik didalam kota kotaraya mahupun di daerah luar bandar ataupun jauh dipedalaman.


Selaku umat Islam, hendaklah kita seboleh mungkin menjauhi tempat tempat yang boleh membawa aib bagi kita sekiranya diserbu pihak berkuasa. 


Seorang alim tara mana pun akan rosak nama baiknya jika ditangkap sedang bermaksiat walau tinggi diatas puncak persada kehidupan mewah dan eksklusif berpuluh bintang sekalipun! 


Mudah2an kita dijauhi bencana sebegitu. Insya Allah.



Maka hendaklah kita senantiasa berwaspada akan Al Malaikatul Maut yang dikatakan memantau kita 70 kali didalam sehari…


Bayangkanlah hakikat bahawasanya seharian kita hanya ada 24jam. Berapa kali kah didalam sejam Sayyidina Izra’il Alaihis Salam ‘ushar’ kita dok buat apa?


Tu tak kira lagi CCTV Allah Subhanahu Wa Ta’ala @ Malaikat Raqib dan Atid yang ‘rekod’ High Definition tahap ‘out of this world’ akan segala amalan kita baik mahupun yang buruk?


Nak pakai ‘loyar’ macam mana syeikh bilamana setiap perbuatan kita akan ditayangkan multimega screen 360 darjah di Yaum al Mahsyar nanti disaksikan oleh seluruh makhluk ciptaan Allahu Ta’ala?


Tak tahu nak cakap macam mana lagi bro…


Jem otak nak bayangkan senario sebegitu!



Seboleh bolehnya hendak lah kita berdoa agar kita dikurniakan kematian didalam keadaan Husnul Khatimah.


Amin Ya Rabbal Alamin.

Marilah kita bersama sama menghadiahkan bacaan Surah Al Fatihah buat arwah.

Al Fatihah!


Marilah kita mengambil iktibar akan kematian yang akan datang menjemput kita bila bila masa sahaja dari detik dan ketika ini:

Hits: 0