
Alhamdulillah! Syukur ke hadrat Ilahi!
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Dato Seri Ismail Sabri mengumumkan bahawa Kabinet Kerajaan BN Malaysia mengambil keputusan tidak akan ada kenaikan harga bagi Minyak Petrol RON 95, Disel dan Gas Memasak LPG buat masa ini.
Kerajaan BN Malaysia menanggung sabsidi sebanyak RM18 Bilion untuk menampung harga ketiga tiga bahan tersebut demi menjaga kepentingan rakyat.
Khabar gembira bagi seluruh rakyat Malaysia ini dilaporkan oleh portal Agenda Daily disini. Begitu juga laporan akhbar The Star disini.
Harga RON 95 kekal pada RM1.90 seliter. Disel RM1.80 seliter dan Gas LPG pada RM1.90 sekilogram. Begitu juga dimaklumkan bahawa tarif elektrik dikekalkan pada kadar semasa.
Hidup Dato Ismail Sabri & Kabinet BN Malaysia! Terimakasih!
Syukur Alhamdulillah sekali lagi saya ucapkan diatas khabar yang melegakan ini. Sebagai seorang pemandu kenderaan persendirian, saya ingin rakamkan ribuan terimakasih kepada Dato Seri Ismail Sabri dan Kerajaan BN Malaysia diatas pertimbangan ini.
Mudah2an dikekalkan harga harga semasa ini dan jika boleh ditingkatkan penguatkuasaan pengawalan penjualan petrol di stesen stesen minyak negara kita dipersempadan negara terutamanya di sekitar Johor Bahru.
Setiap hari berpusu pusu kenderaan persendirian dari Republik Singapura datang mengisi minyak di serata stesen stesen minyak kita.
Perangai kiasu mereka jangan cakap lah! Amatlah menyakitkan hati!
Bagaikan orang kemaruk! Bergelagat bagaikan orang keturunan Tuan Haji Bakhil bin Lebai Kedekut! Hahahahahaha! Buat malu Lee Kuan Yew je! 😛
Cheapskate??? Har! Har! Har! Har!
Lihatlah sendiri:
Hits: 0
More Stories
Vivek @ Vivekanandhan, 59, [1961-2021]. Tamil Iconic Comedy Actor has died of a heart attack.
Serangan Anti-Asia semakin menular di Amerika Syarikat! Warga Malaysia harus sedar diri!
Selamat Pengantin Baru Anak Saudara Kami, Nur Fatin Nabila & Helmy Adnan!