December 8, 2023

MAHAGURU58

The Truth must be told no matter what so Justice can live!

Anwar Ibrahim ~ Kenapa Pakatan Rakyat tak akan membiarkannya jatuh..

Bagi setiap pemerhati politik, Anwar Ibrahim buat masa ini adalah satu satunya teraju utama pakatan 3 parti pembangkang Malaysia yang berlainan asas perjuangan mereka didalam usaha menjatuhkan Kerajaan Persekutuan Barisan Nasional. Inilah realiti semasa politik.


Pakatan Rakyat akan tumbang dan berkecai sekiranya Anwar disumbat kembali ke penjara!

Segala perjuangan DAP, PKR dan PAS akan menjadi sia sia bilamana Anwar didapati bersalah meliwat Saiful Bukhari. Segala susah payah mereka memerangi Barisan Nasional sekian lama ini akan hilang ditiup angin bagaikan debu berterbangan di angkasa.


Bukan setahun dua percubaan mereka menjatuhkan BN. Bukan seminggu dua mereka impikan memegang kuasa mutlak Kerajaan Persekutuan Malaysia. 

Boleh dikatakan sepanjang umur mereka, impian utama setiap pemimpin DAP, PKR dan PAS adalah untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia.


Andainya Anwar kembali merengkok didalam sel penjara, maka turut terpenjaralah setiap impian Lim Kit Siang, Karpal Singh, Haji Hadi, Nik Aziz, Mat Sabu, Nizar dan yang lain lain.


Bukan sedikit orang orang yang cuba memastikan Anwar jatuh tergolek bagaikan orang yang pincang kakinya sejak ia dipecat, di tarik segala pangkat dan kejayaan yang dicapainya sesudah putus talian perhubungan diantara Mahathir dengannya.


Nafsu dan perebutan kuasa menjadi pencucuh semarak api permusuhan di-antara Mahathir dan Anwar. Ianya berterusan merentasi era pemerintahan Abdullah Badawi dan kini pada zaman Najib Tun Razak.


Bukan mudah memerangkap Anwar. Ia terlalu licik untuk disabitkan dengan salahlaku seksualnya.

Dato Trio yang cuba menangkap salahlaku seks Anwar melalui rakaman video melakukan kesilapan besar dengan rakaman hitam putih dizaman teknologi ‘HD’ yang mungkin dapat memaku sasaran mereka ke palang pesalah tanpa secebis keraguan lagi!


DAP, PKR dan PAS kini bergantung nasib terhadap apa sahaja yang akan berlaku pada Anwar Ibrahim.


Saat Anwar disabitkan kesalahan tuduhan liwat yang sedang ia hadapi kali kedua ini sudah pasti menghancurkan Pakatan Rakyat.


Sebenarnya istilah ‘Pakatan Rakyat’ itu tidak tepat sama sekali.


Bukan kesekelian rakyat berpakat bersama sama ketiga tiga parti politik pembangkang itu.


Andainya kesemua rakyat memang bersama mereka sudah tentu Kerajaan BN tidak ujud sehingga hari ini.


Anwar Ibrahim sanggup melakukan dan mengatakan apa sahaja didalam usahanya menduduki kerusi PM di Putrajaya.

Ia sanggup menggadaikan prinsip perjuangan agamanya bersama ABIM dengan  memberi sokongan pada mana mana golongan yang berusaha mengikis kedudukan Ad Deenul Islam didalam negara ini.



Ia sanggup berkata bahawa Tanah Semenanjung ini bukan milik Melayu.

Ia sanggup berbuat apa sahaja demi memajukan dirinya dimata pembangkang setelah terlepas peluang menggantikan Mahathir sebagai PM ke 5.


Sudah jelas kah bahawa apa sahaja nasib Anwar didalam menghadapi kes liwat ini turut merupakan nasib Pakatan Rakyat untuk terus ujud didalam arena politik Malaysia.


Merumuskan keadaan, boleh lah kita andaikan bahawa bilamana kes ini dibicarakan dimahkamah, berdirinya Anwar didalam kandang pesalah atau kandang saksi adalah sama sahaja bahawa PR sedang menghadapi masadepan yang sama sesuram dengan Ketua Pembangkang.


Oleh sebab itulah mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk memastikan ia tidak mudah disumbat kembali ke Penjara Sg Buloh atau mana mana penjara lain didalam negara.


Mungkin itulah juga jawapan kenapa Melayu PKR sanggup mencemarkan kesucian Masjid Amru Al As baru baru ini?


Apalah ertinya kesucian masjid bagi mereka yang bergantung harapan dan masadepan mereka pada nasib Anwar Ibrahim, manusia yang di anggap sebagai ‘Anugerah Tuhan’ oleh isterinya Wan Azizah, Presiden PKR?


Nasib Wan Azizah serta seisi keluarganya turut berada didalam keadaan genting dan bakal musnah sekiranya Anwar disabitkan kesalahan liwat didalam pertuduhan kali kedua ini dan melibatkan Saiful Bukhari pula!


Apakah yang akan berlaku pada Anwar Ibrahim dan Pakatan Pembangkang?


Sama samalah kita tunggu kesudahannya.


Insya Allah.

Hits: 0