December 10, 2023

MAHAGURU58

The Truth must be told no matter what so Justice can live!

Prof Dato Dr Harun Din Al Haj ~ Calon Mursyidul Am PAS yang lebih tepat!



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Sudah lama saya berpendapat bahawa Yang Mulia Tuan Guru Al Fadhil Prof Dato Dr Harun Din Al Haj lebih sesuai memimpin Parti Islam seMalaysia memandangkan ketinggian keilmuan Agama Islam beliau berbanding dengan kesekelian mereka yang digelar sebagai ulamak diMalaysia.


Beliau seorang akademik dan fasih berbahasa Arab, Inggeris dan Melayu. 


Ceramah ceramah dan kuliah kuliah Prof amat berkualiti isi kandungannya dan terbukti antara yang terbaik didalam negara kita berbanding dua tiga kerat ‘ullamak’ lain yang lebih kuat mengata mencaci orang dari mengajar ilmu agama Islam!


Salam tahniah Prof! You are the best! A true gem amongst us!





Begitu terhormat peribadi Al Fadhil Tuan Guru Prof Dato Dr Harun Din Al Haj sehingga beliau begitu disegani oleh kebanyakan manusia di Malaysia ini melainkan segelintir mereka yang memang sampai kiamat tak akan senang selagi tak mencari kelemahan orang lain.





Walaupun zaman ini zaman internet dan para pengendali blog politik begitu lazim menulis dan menghasilkan artikel menempelak keegoan sesetengah pemimpin politik baik dari UMNO mahupun PAS, belum lagi saya melihat mana mana blogger mencaci cerca Tuan Guru Prof Dato Dr Harun Din sepertimana mereka menghentam Mursyidul Am PAS Dato Nik Aziz Nik Mat!


Kekadang memang tak selesa melihat cara Nik Aziz digambarkan begitu begini oleh pereka grafik yang turut menjadi blogger tetapi bak kata pepatah, seseorang itu yang rajin mengeluarkan pendapat yang tak berasaskan hukum hakam Islam tetapi lebih condong kepada kepentingan politik duniawi terpaksa menerima natijah tindak tanduknya itu.


Saya sudah putus harap melihat penyatuan ummah didalam negara ini semasa hayat saya kerna saya lihat kedua belah pihak terlalu keras memusuhi diantara satu sama lain selagi kepimpinan sekarang ini terus berkuasa.


Harapan saya agar Tuan Guru Prof Dato Dr Harun Din dipanjangkan usia, di sihatkan tubuh badannya dan akan dilantik sebagai Mursyidul Am PAS mengembalikan kekuatan ummah didalam satu gagasan Muslimin seMalaysia tidak lama lagi.


Bilamana ada ura ura untuk menggantikan Prof Dato Dr Harun Din dari menjadi Timbalan Mursyidul Am PAS, saya dah rasa PAS membuat kesilapan paling besar didalam sejarah perjuangan politik mereka.


Kalau tak sedar akan kelebihan Prof Dato Dr Harun Din yang telah mendidik dan membimbing jutaan muslimin dan muslimat serantau melalui kuliah kuliah beliau yang berpaksikan kepada kebenaran Islam maka PAS akan hanya diterajui oleh mereka yang cakap tak serupa bikin dan bagaikan ayam sabung yang sibuk berkokok berderai derai tetapi ekornya busuk pekung bergelumang najis!


Jangan dibiarkan kemelut sekarang menjahanamkan nasib dan masadepan ummah hanya kerana ada yang tak sedar diri terus mahu mencengkam kerusi pucuk pimpinan walaupun sudah tak berkudrat lagi!


Itupun jika sayangkan umat Islam le. Kalau tidak tanggung sahaja natijahnya berebut kuasa duniawi. 


Karang jadi macam kes ‘Menang sorak ..kampong tergadai!’


Mudah2an Tuan Guru Dato Dr Harun Din di iktiraf dan dilantik sebagai Mursyidul Am PAS sementara beliau masih berupaya lagi.

Amin.


Hits: 0