December 2, 2023

MAHAGURU58

The Truth must be told no matter what so Justice can live!

Melayu Mudah Murtad? Benarkah?

Assalamualaikum.


Sejak kebelakangan ini, ketenteraman dalam negara kita di ganggu gugat dengan isu pihak Gereja Kristian Katolik yang dikatakan dengan sengaja menimbulkan kontroversi melalui usaha mereka membawa masuk Bible yang diterjemahkan didalam Bahasa Melayu.


Antara suara suara bantahan yang kita dengar adalah bahawa ini ternyata satu usaha untuk memurtadkan golongan orang orang Melayu Malaysia yang dikhuatiri tidak akan dapat membezakan diantara ajaran suci Al Islam dengan dakyah Kristian kerana mereka juga mempergunakan istilah ‘Allah’ sebagai gantinama Tuhan 3 dalam 1 @ Trinitas dan boleh membawa kepada kekeliruan ummah.


Saya sangsi akan kesahihan atau kewajaran pendapat ini.

Gambar seorang Melayu yang dikatakan murtad. Lihat salib yang dipakainya.

Kenapakah Melayu Muslim boleh terkeliru tentang yang mana satu Allah Subhanahu Wa Ta’ala, Tuhan Sekelian Alam yang kita sembah dan beriman dengan Nya dengan tahyulan ‘tuhan tuhan Trinitas 3 dalam 1 sembahan Kristian?


Tidak wajar bagi seseorang Muslim begitu mudah sekali terpedaya dengan apa yang dibawa ajaran Kristian Katolik kerana asas akidah kita adalah begitu jelas sekali.


Bilamana dipertanyakan kepada Rasulullah Sallalahu Alaihi Wassallam akan siapakah Dia Allah Tuhan yang Maha Esa sembahan baginda oleh kaum kaffir Quraisyh, maka Baginda Rasul Sallalahu Alaihi Wassallam menerima wahyu dari Allahu Rabbi didalam bentuk penurunan Surah Al Ikhlas yang menjelaskan dengan terperinci dan sebaik mungkin akan hakikat tentang sifat sifat Allah?




112:1
Transliteration

Qul huwa Allahu ahad

Sahih International

Say, “He is Allah , [who is] One,

Malay

Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;

112:2
Transliteration

Allahu assamad

Sahih International

Allah , the Eternal Refuge.

Malay

“Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;

112:3
Transliteration

Lam yalid walam yoolad

Sahih International

He neither begets nor is born,

Malay

“Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;

112:4
Transliteration

Walam yakun lahu kufuwan ahad

Sahih International

Nor is there to Him any equivalent.”

Malay

“Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya”.




Tak ada ruang bagi sebarang kekeliruan untuk timbul didalam hati sanubari setiap Muslim Melayu atau bangsa apa sahaja untuk terpesong dari landasan Iman yang sejati tentang Allah Subhanahu Wa Ta’ala, satu satunya Tuhan Maha Suci yang kita Muslimin dan Muslimat seluruh dunia sembah.


Barangsiapa Melayu Muslim yang mengadu keliru tentang perbezaan ketara diantara Allah yang Satu dengan ‘Tuhan Tuhan Trinitas 3 dalam 1, perlulah pergi belajar lebih mendalam lagi tentang Fardhu Ain dan Bab Tauhid didalam ajaran ajaran asas Agama Islam.


Jika keliru, jangan terus tenggelam punca akan yang mana satu ajaran sebenar tentang siapa Dia Tuhan kita dengan ajaran ajaran ciptaan manusia yang tersasar dari apa yang dibawa oleh nabi nabi dan rasul rasul Allah kepada mereka.


Mana mana Muslim baik lelaki ataupun perempuan, muda mahupun yang tua perlu berusaha belajar tentang asas asas kepercayaan kita berpandukan ajaran ajaran Islam sebenar yang berteraskan kebenaran akidah dan manhaj bawaan Rasulullah Sallalahu Alaihi Wassallam dan bukannya apa apa ajaran yang dibawa oleh mana mana individu lain dalam dunia ini.


Hanya Nabi Muhammad ibni Abdullah, Penghulu sekelian rasul rasul dan nabi nabi yang di utuskan Allah Tuhan kita bagi segala isi langit dan bumi untuk segala zaman.


Kemungkinan peluang untuk sesorang yang berbangsa Melayu dan lahir sebagai seorang Muslim membesar tanpa panduan dan bimbingan agama didalam negara kita Malaysia adalah amat tipis sekali peluangnya melainkan individu Melayu terbabit hidup secara bukan kelaziman Melayu lain.


Ianya mungkin boleh berubah sifat dan sikap sebagai Melayu Muslim yang biasa sekiranya sejak kecil lagi ia dibesarkan didalam suasana yang bukan berteraskan kesempurnaan tatacara hidup sebagai seorang Muslim didalam Malaysia.


Teristimewa macam mana pun kehidupan dan keadaan bagi seseorang individu Muslim yang membesar didalam segala kemewahan dan hidup seharian dikalangan golongan elit yang jauh dari penghayatan sebarang amal ibadat yang dituntut pelaksanaannya didalam ajaran ajaran agama Islam, selagi ianya berada didalam Malaysia, ianya tetap akan terdedah kepada maklumat yang berkaitan dengan Islam, satu satunya agama yang diwahyukan oleh Allah, Rabbul Alamin kepada sekelian manusia. 


Bermula dengan apa yang diperturunkan Allah Subhanahu Wa Ta’ala kepada satu satunya manusia yang pertama sekali diciptakan Allahu Rabbi secara zahir yakni Ayahanda sekelian manusia, Nabi Adam Alaihis Salam.


Cuba tuan tuan dan puan puan berfikir sejenak akan ajaran apa kah yang diperturunkan secara terus dari Allah Subhanahu Wa Ta’ala kepada Adam, manusia pertama yang diciptaNya?


Apakah ada kemungkinan Tuhan Semesta Alam kita ini akan mengajar Adam untuk sembah sesuatu selain dari Ia sendiri?


Saya dengan sepenuh hati dan jiwa saya ini ingin menyatakan buat berulang ulang kali bahawa satu satunya agama yang di ajarkan Allah Subhanahu Wa Ta’ala kepada Adam Alaihis Salam tidak lain tidak bukan hanya Islam!


Hanya Islam!!!


Tidak ada apa apa agama lain yang di ajarkan Allah, Tuhan Sekelian Alam kita ini, baik yang zahir mahupun yang ghaib selain dari ISLAM!!!


Segala kefahaman selain Islam ini timbul setelah anak cucu Nabi Adam Alaihis Salam mula tersasar, terpisah dari pengawasan Nabi Allah Adam Alaihis Salam setelah mereka diperintah oleh ayahanda mereka untuk berhijrah, berpindah dari semenanjung Arab dimana ayah dan ibu mereka Sayyidatina Hawwa Radhiallahu Anha berkediaman iaitu di Makkah al Mukkarramah.


Lembah suci dimana Baitullah @ Ka’abah didirikan buat pertama tama kalinya oleh Adam Alaihis Salam untuk beribadah terhadap Allah seperti diperintah kepadanya.


Dari Makkah, sekelian anak cucu Nabi Adam Alaihis Salam berhijrah ke segenap pelusuk muka bumi ini dan bermastautin dimana mana bumi yang mereka berkenan.


Ini sudah masuk ke bab kefahaman spiritual berasaskan tasawwuf kerana melibatkan keyakinan saya terhadap segala apa yang telah berlaku dizaman zaman dahulu sebelum ada sebarang usaha merekodkan segala peristiwa peristiwa bersejarah itu.


Sudah tentu akan ada pihak pihak tertentu mempersoalkan pendapat saya ini tetapi terpulanglah kepada kemampuan masing masing untuk mentelaah dan merumuskan tentang lipatan sejarah peradaban manusia zaman lampau.


Sebagai seorang Muslim, ini keyakinan saya bahawa beginilah yang telah berlaku dikala itu berasaskan apa yang ditinggalkan Nabi Sallalahu Alaihi Wassallam melalui intipati hadith hadith sahih Rasulullah Rahmatulil Alamin.


Tidak ada asas bagi mana mana kefahaman selain Islam untuk mendakwa bahawa apa apa yang mereka sembah itu adalah sebenar benarnya Tuhan yang wajib sekelian manusia sembah didalam ertikata seorang atau sesuatu yang telah diciptakan Allahu Rabbul Alamin untuk tersasar pergi menyembah ciptaan Allah yang lain atau sebarang khayalan mereka sendiri.


Maka saya tak nampak macamana seseorang Melayu Muslim Malaysia boleh terjebak didalam kerja kerja khurafat dan sebagainya sehingga sanggup dirinya untuk murtad dari perjanjian setiap Muslim dengan Allahu Ta’ala?


Kalau diri individu itu jatuh gila atau sewel, hilang pertimbangan dan merapu meraban angkara melayan tekanan perasaan dan seribu satu alasan berdrama swasta konon dah tak siuman, terpulang lah kepada sipolan terbabit untuk menanggung akibat dan natijah berpaling dari Allah Azza Wa Jalla.


Si polan terbabit mungkin boleh menipu orang orang disekelilingnya dengan mengaku sudah tak percaya kepada ujudnya Allahu Ta’ala sepertimana kita yang Muslim semua ini yakin dengan sebenar benarnya tetapi bilamana ia menghadapi saat dan ketika ajal mautnya nanti, maka bersedialah untuk berdepan dengan Malaikat Maut Sayyidina Izra’il Alaihis Salam!


Kemudian ruhnya akan disoal siasat oleh kedua Malaikat Malaikat Allahu Ta’ala didalam Alam Kubur, Sayyidina Munkar dan Naqir Alaihi Salatu Wassalam.


Ketika itu si polan akan menyaksikan segala janji janji Allahu Ta’ala terhadapnya.


Jangan ambil mudah bab murtad ini tuan tuan dan puan puan.


Azab siksa Allahu Ta’ala bagi mereka yang semberono menidakkan Nya amatlah dahsyat!


Kita kat dunia ni bilamana kena luka sedikit bukan main menggelitik mengadu sakit!


Bayangkan nanti segala azab siksa dan api neraka yang disediakan bagi mereka yang dengan sengaja dan waras memilih untuk mendua atau mentigakan Allahu Ta’ala?


Ini belum di ambil kira fahaman fahaman karut ciptaan manusia lain yang melibatkan tuhan tuhan dan dewa dewa khayalan yang berjumlah beratus mahupun beribu ribu jumlahnya?


Ada tuhan dapur, tuhan kandang, tuhan itu dan ini!


Mana mungkin adanya Melayu Muslim yang bengong tahap gila babi mahu memilih menyembah tuhan dongengan ilham kepala kepala otak manusia yang ada mata tetapi hakikatnya buta?


Ada telinga tetapi pekak macam nak mampos?


Ada otak dan akal tetapi diserabutkan dengan seribu satu macam tuhan rekaan yang dia sendiri menjadi tukang penciptanya?


Adakah Melayu yakpursalam yang mahu nak murtad dari agama Allah?


Kalau ada, maka bersedialah beb untuk merasai akibat dari kesesatan anda itu!

Gambar contoh wanita Melayu minum arak secara terbuka.

Ada dikalangan orang orang Melayu sekarang sudah tak segan silu melanggar perintah Allah dengan meminum arak secara terbuka, perempuan perempuan Melayu berpoya poya ikut suka tanpa segan dan rasa malu pada masyarakat umum. 


Bagi mereka yang rajin benar nak jadi pembela kepada usaha mubaligh mubaligh Kristian ini memurtadkan sesama umat Islam dari kalangan orang orang Melayu, maka mereka ini hanya menempah kesudahan yang tak akan menjanjikan keselesaan baik di dunia ini sendiri mahupun di alam barzakh dan seterusnya di alam akhirat nanti.


Silap haribulan, tak sempat mengucap beb!


Sementara itu, saya ingin menyeru akan sekelian blogger Muslim di Malaysia supaya menulis demi kerna Allah dan Rasul!


Usahakan supaya setiap artikel karangan anda akan ada manfaatnya nanti bilamana kita sudah tidak bernyawa lagi nanti.


Setiap patah perkataan yang kita taip dan kita karang demi memartabatkan Agama Islam sudah pasti akan di ambil kira dan dihisab sebagai usaha dan amalan kita buat membantu sesama manusia dan sesama Islam mengenali dengan lebih mendalam lagi tentang apakah dia agama Islam yang kita anuti ini?


Tak payah tunggu sampai diri itu menjadi sarjana dan professor madya itu dan ini untuk mula menulis dan berblog untuk kepentingan Allahu Ta’ala dan Rasul Sallalahu Alaihi Wassallam.


Nabi telah bersabda supaya kita menyampaikan daripadanya walau hanya sepotong ayat!


Kita dok mengarang gitu gini setiap hari bercerita tentang segala hal ehwal duniawi ini takkan tak sanggup untuk berdakwah melalui blog masing masing?

Azalina Jailani @ Lina Joy bersama peguamnya. Baca disini untuk maklumat lanjut.

Tentang dua tiga kerat Melayu yang tak sedar diri gatal bebenar nak murtad tu maka jawablah nanti bilamana Malaikatul Maut datang singgah. Contoh diatas.


Pemerintah kerajaan orang orang Melayu yang tak sedar sedar diri akan tugas dan tanggungjawab membendung usaha usaha puak kaffirin untuk meracuni pemikiran dan mencemar minda dan akidah orang orang Melayu yang terbiar disogok dengan segala macam bentuk hiburan hedonisma yang merugikan perlu bersedia pula untuk di panggang di atas bara api neraka diatas kelalaian dan kealpaan mereka untuk memelihara kesejahteraan iman dan amal umat Islam yang berada dibawah penguasaan sementara mereka ini.


Ketika itu segala pangkat dan kedudukan istimewa dunia ini tak akan membawa apa apa erti lagi bagi sipetualang dan pengkhianat amanah berkenaan.


Tak boleh dah nak pakai ‘cable’ besar tara mana pun atau nak tunjuk kad id VVIP ape ke benda pun!


Makanya setiap Melayu Muslim yang sedar diri hendaklah berwaspada akan cubaan pihak gereja Kristian Katolik nak menjalankan apa apa sahaja agenda mereka untuk membawa lebih ramai lagi bangsa Melayu menyertai mereka didalam menyembah Isa Alaihis Salam sebagai ‘anak Tuhan’!


Na’uzubillahiminzalik!


Saya menyeru setiap pendakwah Muslim Melayu supaya melipatgandakan usaha dakwah masing masing dan belajarlah segala bahasa kaum kaffirin yang boleh untuk membantu menerangkan akan apakah dia sebenarnya agama Islam ini?


Bagi yang makan gaji di jabatan jabatan agama Islam, tolonglah sedar diri sedikit bahawa tuan puan sebenarnya ditempatkan Allahu Ta’ala disitu dengan tujuan dan matlamat untuk berdakwah dan menegakkan hukum hakam Syariah Allah yang sebenar.


Bukan hukum syariah cap ayam terjemahan manusia.


Mudah2an tak akan ada dah mana mana Melayu yang gatal nak murtad selepas Azalina Jailani @ Lina Joy dan mangkok hayon si Badrul Hisyam @ Benjamin Stephen itu yang keduanya kini menjadi pelarian.


Ada pula yang mengugut nak murtad sebab dibelenggu kemiskinan dan menjadi bahan cacian. Sanggup ke dibakar api neraka nanti?

Segelintir orang orang Melayu Malaysia seperti di laporan akhbar di atas ini rapuh sangat ke iman dan akidah mereka sehingga berani mengugut nak murtad sekeluarga kerana tidak tahan dihina warga setempat kerna miskin?


Mat mat Bangla, Nepal, India, Vietnam, Myanmar, Indonesia dan pelbagai negara lagi berduyun duyun datang kemari mencari rezeki ada pula puak Melayu seperti ini yang eksyen drama swasta nak memurtadkan diri? 


Hairan bin ajaib sungguh!!! Cari makan lah tuan puan! Jangan cari pasal!!!


Melayu seMalaysia hendaklah belajar dari segala kesilapan dok bercakar sesama sendiri dan belajar merapatkan jurang perbezaan ideologi politik penghabis beras masing masing.


Yang kenyang adalah puak puak Kit Siang, Karpal dan sebilangan politikus Melayu beragama Islam yang sanggup bersekongkol dengan parti parti tajaan syaitan syaitan dan iblis laknatullah yang berupa manusia tersebut diatas.


Faham faham lah akan siapa yang saya kiaskan ini?


Takkan le Melayu sudah tak reti sindir pesan?


Wabillahi Taufik Wal Hidayah.


Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Hits: 31