Saya berkesempatan hadir solat Jumaat di Masjid Negara tempohari. Seperti biasa, perkarangan masjid melimpah ruah dengan ribuan umat Islam memenuhi segenap pelusok masjid utama negara kita.
Saya berasa syukur melihat begitu ramai sekali jamaah yang hadir solat Jumaat pada hari itu.
Mungkin seramai ini sebab ada yang datang ke Masjid Negara semata mata mahu bersama sama dengan mereka yang mahu mengadakan protes dan bantahan terhadap isu Bible Melayu? Begitu kata hati kecil saya ini…
Pertubuhan pertubuhan Pembela Islam menganjurkan satu perhimpunan aman dan bantahan terhadap keputusan Kerajaan Malaysia pimpinan Najib Tun Razak mengalah terhadap desakan pertubuhan gereja gereja Kristian negara ini yang membawa masuk 35100 naskhah Bible Melayu ke dalam negara!
Sebaik selesai solat Jumaat, seperti biasa berkumpul orang ramai ke ruang hadapan pintu utama masjid.
Ahli ahli PEMBELA pun membentangkan sepanduk sepanduk mereka dan Dr.Yusri Ibrahim memulakan acara perhimpunan dengan berhujah melalui corong pembesar suara menyatakan bantahan PEMBELA terhadap keputusan Kerajaan Malaysia mengizinkan Gereja Katolik menuntut 35100 buah Bible Melayu untuk diedarkan di dalam Sabah dan Sarawak serta janji Najib untuk tidak lagi menahan edaran Bible Melayu dari mana mana penerbitan Kristian!
Saya terkilan kerana dari jumlah ribuan jamaah yang memenuhi segenap pelusok ruang masjid ini ketika solat Jumaat tadi, hanya lebih kurang 100 orang sahaja Muslim yang sudi tunggu sebentar mendengar hujah hujah dari para pemimpin PEMBELA!
Saya tak nampak Pemuda UMNO, Pemuda PAS, PEKIDA, PERKASA dan lain lain pergerakan yang kononnya adalah barisan kepimpinan Melayu dan Muslim!
Yang saya nampak hanya bekas Ketua Wira Perkasa Saudara Arman Azha Abu Hanifah yang turut bersama sama PEMBELA menyuarakan protes terhadap keputusan Dato Seri Najib memberi izin terbuka kini kepada para mubaligh Kristian terutama di Sabah dan Sarawak untuk melaksanakan misi mereka sesuka hati dari sekarang!
Najib turut berjanji tidak akan menghalang pihak Gereja Kristian untuk membawa masuk apa apa lagi bahan penerbitan mereka ~ hanya kerana sekarang musim pilihanraya kecil di Sarawak!
UMNO, PAS dan lain lain parti politik dan NGO Melayu Islam tak ambil peduli akan usaha PEMBELA untuk bangun membantah keputusan Najib!
Mereka kini lorat dengan kempen pilihanraya. Tak ada sangat umat Islam Malaysia ini yang ambil peduli akan protes serta perhimpunan yang di anjurkan PEMBELA tadi.
Saya rasa jika di adakan Konsert Jom Heboh di Dataran Merdeka tadi, mungkin tak akan ada ruang kosong dipadang itu kerana masyarakat Melayu Malaysia akan datang anak beranak memenuhi setiap inci kawasan berkenaan.
Siapa yang ambil kisah akan bantahan PEMBELA?
Tak ada sangat!
Mungkin sebab kebanyakan Melayu Malaysia mendapat Islam secara percuma!
Mereka tidak pernah melalui halangan getir untuk beragama dan beriman kepada Allah! Mereka tidak merasa sakit zahir dan batin sepertimana kebanyakan para muallaf yang terpaksa kadangkala bertarung nyawa hanya untuk mengucap 2 Kalimah Syahadah!
Mereka tidak pernah merasa kata nesta, maki hamun dan cercaan tidak sudah dari keluarga dan rakan taulan kerana memilih untuk memeluk Ad Deenul Islam!
Melayu Malaysia lebih suka berpesta pora menghabiskan masa dan wang ringgit untuk bersuka ria dari berpanas seperti ahli ahli PEMBELA dan segelintir umat Islam tengahari tadi menyatakan hak dan menyuarakan rasa tidak puas hati akan keputusan Kerajaan Malaysia untuk melutut terhadap desakan sebahagian pertubuhan Gereja Kristian Malaysia untuk terus melaksanakan agenda mereka untuk meracuni pemikiran kebanyakan Melayu Malaysia yang lebih gemar berhibur leka menghabiskan sisa usia dijalan yang dimurkai Allahu Ta’ala!
Saya rasa PEMBELA sedang berhadapan dengan kebanyakan umat Melayu yang kononnya Islam tetapi ramai dikalangan mereka hanya Islam pada nama sahaja.
Rata rata Melayu Malaysia yang hadir solat tadi bergegas keluar meninggalkan kawasan masjid tanpa peduli akan sekumpulan Muslim Malaysia yang berani berhimpun menyuarakan rasa terhadap perkembangan semasa!
Muslim kelas apa mereka ini?
Tak ada kelas langsung! Muslim Kiasu dan Muslim Kiasi! Cap Ayam!
Ramai yang berjanggut, berjubah, berkopiah tadi tetapi kebanyakan mereka menghilangkan diri, pergi meninggalkan para pejuang Islam dari pertubuhan pertubuhan Islam didalam Malaysia ini tinggal berjemur meneriakkan protes bagi pihak kebanyakan umat Islam negara ini yang tidak tahu menghargai usaha murni mereka ini.
Hanya para wartawan dan jurukamera serta jurugambar yang setia menanti, memberikan liputan berita kepada pucuk pimpinan PEMBELA tadi. Saya sungguh kecewa menyaksikan semua ini.
Siapa peduli akan masadepan umat Islam Malaysia?
Jika di ambil kira akan reaksi dan respons kebanyakan jamaah Jumaat Masjid Negara tadi, masa depan Islam di Malaysia amat buruk sekali!
Islam di Malaysia akan jadi seperti di Bosnia Herzegovina suatu ketika dahulu. Masjid mungkin akan hanya tinggal menjadi muzium sahaja.
Kualiti umat Islam negara ini hanya tinggal kulit sahaja.
Isinya semakin hampas dan tak ada rasa.
Islam ikut suka masing masing.
Drama swasta saja lebih.
Pengisian tak ada!
Gone case!
Khalas!
Hits: 0
Sabar tuan. Semua bala yg datang mesti ada hikmah. Cuma cadangan saya, buat kertas kerja yg jelas ttg bahaya Bible BM ni kepada lps tu bentang kat umum.
Saya pun risau pasal isu ni. Terus terang saya pun tk rasa sgt impak kelulusan Bible BM sbb sy mmg jelas akan perbezaan agama tp impak kpd generasi depan sy kurang jelas. Kebimbangan sbg seorang bapa mesti lah berbeza dari saya.
Cadangan kedua, Tuan boleh bekerjasama dgn Comparing Religion Society utk gunakan Bible BM sbg salah satu senjata Islam. Semua bala ada hikmah..
Assalamualaikum…Saya dari Sarawak dan kami di sarawak ni sebenarnya tak berapa pasti sangat apa isu yang sebenar di sini…mungkin kerana masyarakat Melayu Islam di semenanjung yang tinggal berasingan dan mengasingkan diri dari masyarakat agama lain dan bangsa lain menyebabkan hal ini..saya ada bercakap dengan sahabat saya dari agama kristian tentang isu Bible dalam bahasa Melayu (padahal bahasa digunakan dlm bible ini 80 % bahasa indonesia)..Apa yang menyebabkan kerajaan takut sangat nak melepaskan bible ke dalam bahasa melayu ini??adakah kerajaan takut sangat masyarakat islam murtad keluar agama selepas membaca bible ini,adakahtakut masyarakat terkeliru dengan bible ini…??apa yang ditakutkan sangat oleh pemimpin Kerajaan dgn masyarakat kristian yang mengajar di gereja dgn bahasa melayu..?? Saya quote sikit dari seorang ustaz dalam satu ceramah "masyarakat islam di negara kita ini tidak berminat untuk mengetahui tentang agama lain..padahal orang agama lain mempelajari agama kita ..jadi apa salah kita nak belajar atau mengetahui agama lain untuk tujuan dakwah dan persediaan sendiri ..Saidina ali bahkan ada mengatakan "aku belajar mengenai kejahatan bukan untuk aku belajar menjadi jahat bahkan untuk mengelak kejahatan…Sebagai masyarakat Sarawak ,saya dari kecil lagi sudah biasa dgn keadaan berkawan dgn masyarakat pelbagai agama terutama dari agama kristian,bahkan dari kecil saya pernah membaca bible baik dari english version,bahasa Melayu(padahal bahasa Indonesia) dan dari bahasa Iban…hari ini masih lagi saya solat,berkalimah shahadah dan memahami apa itu agam aislam batasnya dan apa agama kristian..Ketika kenduri sahabat keluarga dan sahabat saya yang beragama Kristian saya ada mendengar menggunakan nama Allah tapi taklah melenting terus.Isu pengharaman bible bahasa melayu ni satu sebab yang kabur dan tak tahu apa sebab musabab yang pasti…dari buat demonstrasi depan masjid baik pergi ke hulu hulu sarawak,berdakwah kepada masyarakat dayak yabg belum ada agama..ada juga faedah dan pahala..
Salam TG,
Sokong tuan, sebab saya ni malas nak beri pendapat lebih..senang sokong je, followwww..