February 22, 2024

MAHAGURU58

The Truth must be told no matter what so Justice can live!

Presiden PAS dan Presiden UMNO berpeluk dan berbual mesra! Allahu Akbar!!!


Allahu Akbar! Segala puji terhadap Allahu Rabbi yang mempertemukan Presiden Parti Islam seMalaysia Tuan Guru Dato Seri Hj Abdul Hadi Awang dan Presiden UMNO merangkap Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak semasa kedua pemimpin umat Islam ini sedang berkempen di Sarawak!


Inilah dia yang kita mahu! Para pemimpin kita bertemu muka dan berbaik sangka, berbual mesra dan menjalinkan pertalian silaturahim sesama Islam.


Tidak perlu bermasam muka hanya kerna perbezaan pegangan dan prinsip politik!


Sedangkan dengan pemimpin bukan Islam seperti Lim Kit Siang, Tuan Guru Hj Hadi Awang boleh berpeluk sakan, takkan dengan saudara seagama, beliau perlu mengelak?


Saya doakan kedua pemimpin kita ini diberkati Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan membuka hati kedua mereka untuk menyatukan umat Islam di Malaysia ini dan Insya Allah di seluruh dunia kelak!


Hendak seribu daya! Tak hendak tak upaya.


Kita semua bukan akan menongkat langit sampai bila bila. Hidup kita masing masing pun diatas ehsan Allahu Ta’ala!


Tak ada jaminan akan terus hidup sampai waktu solat akan datang!


Bersatu demi Allah! Insya Allah selamat! Tegur mana yang tak betul. Jangan terus memusuhi saudara seagama mahupun yang kaffir.


Berbincang membawa berkat! Bermusuh akan ditimpa bencana!


Orang orang mukmin itu sesungguhnya adalah bersaudara!


Syabas saya ucapkan kepada kedua Presiden PAS dan UMNO!


Marilah kita doakan kesejahteraan mereka!


Amin Ya Rabbal Alamin!

Visits: 0