Ikutkan hati saya, memang tak teringin langsung untuk mengulas kontroversi terkini mengenai pertuduhan bahawa Anwar Ibrahim terlibat didalam skandal seks bersama seorang pelacur dan ada bukti rakaman video secara curi seperti heboh digembar gemburkan didalam media massa perdana dan laman laman blog.
Bilamana Anwar Ibrahim mengadakan sidang media mempertahankan dirinya seperti dijangka, saya jadi tak hairan. Saya juga tak boleh terima secara total video yang disiarkan oleh Malaysiakini seperti dibawah ini kerna ia nya telah disunting!
Perhatikan klip klip yang telah disusun dan diolah sedemikian rupa oleh Malaysiakini. Ianya cuma memaparkan Anwar menjawab soalan soalan wartawan yang menunjukkan Anwar menjawab dengan elok.
Namun apa sebenarnya yang telah disunting keluar dari rakaman sidang media ini?
Soalan soalan cepumas yang manakah telah dihilangkan dari rakaman ini?
Mungkin Anwar menggelabah ketika menjawabnya? Wallahu’alam!
Andainya tak ada benda yang akan menyabitkan diri tertuduh atau ‘tersangka’ seperti kelaziman laporan media negara jiran Republik Rakyat Indonesia, kenapakah rakaman ini disunting?
Ini persoalannya?
Beralih pula kepada soal kenapa diadakan sidang media di Seri Carcosa?
Kemudiannya hanya untuk tatapan ketua ketua pengarang media yang terpilih pula?
Dikatakan pula bahawa sidang media tertutup ini dikawal ketat oleh pasukan elit Cawangan Khas Polis Di Raja Malaysia?
Pendedahan ini pula dikatakan dibuat oleh seorang kepercayaan Anwar Ibrahim bergelar cuma sebagai ‘Dato T‘?
Apakejadahnya semua ini???
Jika memang benar video seks itu menunjukkan Anwar Ibrahim, kenapa perlu dibuat semua ini secara misteri???
Dato T kepala atok dia sekiranya dia benar benar ‘jantan’ maka tampil lah kemuka dengan bukti bukti kamu!
Sekaffir kaffir Chua Soi Lek, dia berani mengaku akan kesalahan dia berzina. Padahal video yang dirakam itu tak jelas menunjukkan wajahnya dengan terang terang.
Maka jika dituduh oleh kem Anwar bahawa ini semua fitnah jahat yang terancang, kita sebagai warga Malaysia dan yang prihatin akan setiap sesuatu yang sedang dan telah berlaku didalam persada politik tanahair turut musykil akan cara pendedahan ‘video seks’ ini?
Macam ada benda yang tak kena dengan cara pihak ‘Dato T’ yang bacul ini keluar dengan berita yang ingin mencemar peribadi Anwar yang pada hemat saya memang sudah keruh dengan segala pertuduhan liwat sebelum ini.
Jika pihak pemerintah benar benar ingin menegakkan keadilan didalam ertikata sebenar benarnya, maka wajib pihak pemerintah berlaku tegas dan adil didalam menangani isu isu sensasi seperti ini.
Tidak boleh ada kesamaran didalam penguatkuasaan undang undang. Pihak pemerintah samada Perdana Menteri atau Menteri Dalam Negeri mestilah berani menguatkuasakan undang undang sedia ada.
Jangan bermain tarik tali atau lempar batu sembunyi tangan!
Ini tugas dan tanggungjawab tuan tuan.
Rakyat tetap memantau dan memerhati episod episod politik semasa tanahair ini dengan penuh rasa ingin tahu akan arah tuju pihak pendakwaraya dan sistem keadilan negara ini!
Gentleman lah kalau nak menuduh!
Andaikata pihak yang bergelar Dato T ini tidak mendedahkan siapa diri ia sebenarnya, maka ada pepatah yang sesuai untuk orang seperti ini…
Grrrrrrr…….
Hits: 8
Sabor sabor 🙂
PERTAMA MEMBOCORKAN SIAPA DATU T
KENYATAAN AKHBAR
Saya dihubungi oleh seorang kenalan yang sangat rapat bermula sejak 15 Mac 2011 untuk berjumpa dengannya mengenai sesuatu yang penting. Pada hari Isnin 21 Mac 2011 lebih kurang jam 12.20 tengahari, saya mengesahkan bahawa saya ada ruang untuk bertemu beliau.
Saya berjumpa dengannya di Hotel De Palma Ampang jam 4 petang hari itu, sebelum dibawa di dalam sebuah kereta yang lain. Kereta itu dipandu oleh dua orang yang saya tidak kenali.
Saya dibawa ke Hotel Flamingo Ampang, seterusnya dibawa ke sebuah bilik junior suite. Saya bertemu Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Dato’ Eskay Shazril Abdullah yang telah menunggu di dalam bilik tersebut. Saya turut disertai oleh kenalan saya tadi.
Saya duduk di depan Tan Sri Rahim Thamby Chik sementara Dato’ Eskay Shazril Abdullah duduk di sebelah saya. Kenalan saya tadi duduk di atas katil di belakang di dalam bilik tersebut.
Dato’ Eskay Shazril Abdullah mula bercakap dan mengatakan bahawa saya (“Johari Abdul”) adalah ahli Parlimen yang pertama akan menyaksikan tayangan video yang sedang mula dimainkan itu. Dia juga meminta pandangan saya mengenai Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Sepanjang tayangan video tersebut, Dato’ Eskay Shazril Abdullah menjadi suara latar menerangkan beberapa perkara. Contohnya, dia menyentuh bagaimana cara individu terbabit menanggalkan kondom selepas perlakuan berakhir mempunyai risiko air mani akan terpercik ke kawasan yang besar. Menurutnya, tabiat itulah yang menyebabkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim sering meninggalkan bahan bukti seperti yang berlaku dalam kes liwat pertama tahun 1998 dulu.
Dia juga mendakwa bahawa dia selalu membawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke club house di mana berlakunya kejadian itu dan tempat-tempat lain di Thailand seolah-olah ini perkara yang kerapkali dibuat oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Menurutnya, setiap kali dia membawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke tempat itu, bilik itulah (yang dirakamkan) yang digunakan Dato’ Seri Anwar Ibrahim sementara dia (Dato’ Eskay) menggunakan bilik bersebelahan. Dalam percakapan seterusnya, dia menyatakan kebimbangan kononnya rakaman-rakaman video seperti itu telah dipunyai oleh pihak perisikan Thai.
Sepanjang penayangan video tersebut, Tan Sri Rahim Thamby Chik kerap mencelah dan membuat komen pendek yang memburukkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Saya percaya beliau cuba meyakinkan saya bahawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim adalah seorang yang tidak bermoral dan tidak layak menjadi seorang pemimpin.
Selepas penayangan video tersebut, Tan Sri Rahim Thamby Chik mula bercakap. Dia memujuk supaya saya meninggalkan KEADILAN dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Dia berjanji untuk bbawa saya berjumpa dengan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak. Tan Sri Rahim Thamby Chik juga menyebut bahawa dia akan uruskan segala keperluan kewangan dan keselamatan saya.
Tan Sri Rahim Thamby Chik juga cuba meyakinkan saya untuk membawa dan memujuk lebih ramai Ahli Parlimen KEADILAN berjumpanya, supaya dapat dipujuk keluar parti. Dia meminta saya mengepalai kumpulan Ahli-ahli Parlimen KEADILAN ini. Saya tidak memberikan komitmen, selain mendengar komen-komen yang dibuat.
Selepas itu, saya keluar dan diiringi oleh kenalan rapat saya itu. Di dalam lif, saya memeluknya dan memberitahu beliau, bahawa setelah menonton keseluruhan video tersebut, saya yakin bahawa orang di dalam video itu bukanlah Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Saya berkeyakinan bahawa pelakon itu bukan Dato’ Seri Anwar Ibrahim berlandaskan faktor berikut:
1. Pada awal rakaman, terdapat seorang lelaki lain yang sedang menguruskan rakaman video pada ketika orang yang mirip Dato’ Seri Anwar Ibrahim masuk ke dalam bilik. Sewajarnya orang itu (yang mirip Dato’ Seri Anwar Ibrahim) sedar bahawa perlakuannya akan dirakam. Mustahil sesiapa yang waras akan melakukan adegan sedemikian kecuali dia diupah.
2. Tempoh masa rakaman yang menunjukkan muka si pelaku adalah terlalu pendek. Ditambah dengan rakaman yang dibuat di dalam hitam putih; menyukarkan untuk betul-betul mengesahkan identiti si pelaku.
3. Bahu si pelaku terlalu lebar dan tegap berbanding bahu Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
4. Bahagian belakang si pelaku (punggong) juga berisi dan jelas berbeza dengan tubuh badan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
5. Di akhir adegan, si pelaku bangun dan tubuh badannya dirakam dengan jelas. Perutnya adalah buncit dan terlalu besar jika dibandingkan dengan perut Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
6. Warna kulitnya adalah terlalu cerah dan hampir tidak dapat dibezakan dengan warna kulit wanita terlibat.
Selepas itu, saya menyatakan kesediaan untuk membawa beberapa orang ahli Parlimen KEADILAN agar mereka juga dapat menonton video dan berjumpa dengan Tan Sri Rahim Thamby Chik. Saya dimaklumkan sessi tayangan seterusnya akan dibuat kepada ahli-ahli Parlimen KEADILAN pada jam 330 petang 22 Mac 2011. Kami hadir semalam di Hotel Flamingo Ampang dan menunggu hingga jam 530 petang, oleh kerana mereka telah sahkan bahawa perjumpaa akan berlaku. Walau bagaimana pun, perjumpaan itu dibatalkan oleh pihak mereka.
Saya mengambil risiko membuat kenyataan ini diluar Dewan Rakyat kerana saya yakin bahawa episod terbaru ini adalah satu lagi rencana jahat untuk memfitnah Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
DATO’ JOHARI ABDUL
AHLI PARLIMEN SG PETANI
AHLI MAJLIS PIMPINAN PUSAT KEADILAN
23 MAC 2011
Who is Dato T?
He is Dato Eskay.
The guy who sue Dato Yahya Jalil on Jambatan Bengkok.Now case in High Court.
Who book hotel room at Carcosa?
RISDA.
Who is the Chairman (of RISDA) ?
Tan Sri Rahim Tamby Chik.
Is the police involve?
not sure.
But the police officer invite Johari MP for Sungai Petani to Hotel Flamingo Ampang to view the Video. The IGP must come clean of this.Otherwise the police credibility at stake.
Who is the other guy at Hotel Flamingo?
Dato Shuib Lazim-Treasurer of PERKASA
He try to convince Johari to leave PKR.They promise him million.
BRO..
YOU SAW THIS PERKASA-UMNO CONNECTION?
BRO..ONCE I SAW YOU AT A PERKASA DEMO…
ISLAM KAH MEREKA INI???
Salam Tuan,
Memang kita kena pegang dgn kitab Allah kuat-kuat diakhir zaman ni..semua benda ini perlu diadili dan dihakimi secara hukum Allah. dengan ini sahaja semua kemelut ini akan dapat diselesaikan.
Ketepikan masaalah anaur dgn sex tabii dan luartabii nya dan najib dengan kuasanya.
negara telah rosak dek kerana genjala sosial/zina/anak haram.Sekarang filem porno telah disahkan/dihalalkan tanpa tindakan telus..
YaAllah lindungilah pewarisku dari genjala ini..
Assalammualaikum,
Mengenai Video seks Anwar ini,saya setuju juga berharap agar undang-undang yg tegas perlu diambil.Jgn berikan peluang kes ini utk jd bahan melariskan media,akhir sekali merosakkan imej org tak bersalah & tiada kesudahan kes ini.
Wassalam.
lagi2 fitnah..bosan dgn propa media..tolongla buat sesuatu utk memajukan negara dari sebok memerah otak cari idea nak fitnah org utk rebutan kuasa..sesungguhnya mati kelak disoal sumbangan kpd negara setelah menjadi pemimpin..