December 10, 2023

MAHAGURU58

The Truth must be told no matter what so Justice can live!

Sri Pauh Guest House, Kubang Kerian, Kelantan – milik Mohd dan Mariam.

Artikel ini adalah iklan percuma dari saya kepada Abg Mat dan Kak Yam, dua pembaca blog saya yang juga merupakan pesara. Pasangan ini telah membuka sebuah Rumah Tamu bernama Sri Pauh Guest House di Kubang Kerian, Kelantan.

Jika anda ingin merasai suasana desa dengan kemudahan terkini, maka silalah hubungi Abg Mat dan Kak Yam di talian 013-9800059 untuk membuat tempahan atau bertanya apa apa? Anda juga boleh menghubungi kedua mereka ditalian 09-7646594.

Bismillahirrahmanirrahim.
Rumah Tamu Sri Pauh mengucapkan selamat datang kepada pengunjung negeri “Cik Siti Wan Kembang” Kelantan Darul Naim. Negeri yang bukan sahaja terkenal dengan keistimewaan makanan tradisionalnya, tetapi turut tersohor dengan keunikan budaya dan masyarakat tempatan sekaligus menawarkan 1001 tarikan kepada para pengunjung yang datang ke negeri bertuah ini.

Rumah Tamu Sri Pauh mempelawa ‘adek abe kakok‘ untuk menikmati kemudahan penginapan selesa, serba lengkap, strategik serta selamat yang kami sediakan, pada kadar harga yang sangat berpatutan. Rumah banglo setingkat ini menawarkan pilihan sewa rumah / 3 jenis bilik (berhawa dingin & kipas), lengkap berperabot serta dilengkapi dengan pelbagai kemudahan lain khusus untuk keselesaan tetamu kami. Kami mengalu-alukan kedatangan anda samada secara individu, berpasangan/berkumpulan (melancong, urusan peribadi di KB dll) mahupun rombongan keluarga (urusan perkahwinan dll). Rumah yang baru direnovasi sepenuhnya ini, kini dibuka untuk tempahan bermula Januari 2011. Kami mengalu-alukan kedatangan anda!
KEISTIMEWAAN RUMAH TAMU SRI PAUH


Strategik dari segi lokasi:

Kemudahan setempat yang berdekatan:

  • hanya 2.2 km dari Bandar Baru Kubang Kerian – terdapat pelbagai kedai/restoran/pusat membeli belah seperti hypermarket Mydin, Nirwana dan pasaraya Bilal; juga pelbagai variasi kedai berdekatan – memudahkan tetamu untuk membeli barang-barang keperluan harian / memasak sekiranya perlu
  • kemudahan kewangan 24jam spt cawangan Bank Islam, RHB, Bank Rakyat dan Bank Simpanan Nasional (hanya 2km dari rumah)
  • 2 stesen minyak Petronas berdekatan (1.2 km dari rumah)
  • beberapa kedai makan berdekatan (dalam lingkungan 100m) bagi mereka yang tidak berkenderaan
  • bagi mereka yang berkenderaan, terdapat pelbagai restoran tempatan, medan selera dan kopitiam yang menyajikan juadah masakan tradisional Kelantan serta antarabangsa (ada yg dibuka 24jam) dalam lingkungan 2km-2.5km dari kawasan rumah
  • berdekatan dengan beberapa restoran fast-food seperti Pizza Hut, KFC 24jam/DriveThru (dalam lingkungan 3km-3.5km dari rumah)
  • kemudahan kesihatan berbayar seperti klinik kesihatan, klinik gigi dan farmasi terletak berhampiran
  • terdapat juga kedai-kedai khusus seperti salon / kedai gunting rambut, pusat optometris, kedai buku dan lain-lain
  • beberapa pusat sewa kereta serta perkhidmatan mencuci kenderaan (car wash) berdekatan dengan rumah

     Kemudahan sistem rangkaian awam:

    • hanya 7 minit dari Hentian Bas Transnasional Kubang Kerian, dihubungkan dengan perkhidmatan teksi/bas awam untuk ke Rumah Tamu Sri Pauh
    • hanya 9km dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa – tetamu boleh menggunakan perkhidmatan teksi di lapangan terbang untuk ke Rumah Tamu Sri Pauh
    • Sri Pauh terletak di tepi jalan utama, dengan kemudahan hentian bas berbumbung berdekatan rumah – memudahkan tetamu yang tidak berkenderaan untuk ke HUSM, Bandar Baru Kubang Kerian atau ke Bandar Kota Bharu menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam (bas/teksi)

    keselamatan anda, keutamaan kami:

    • kawasan rumah berpagar sepenuhnya, dan pagar utama juga dilengkapi dengan kunci (kunci pintu pagar disediakan bersama dengan kunci rumah/bilik)
    • halaman rumah diterangi dengan lampu jalan, dan persekitaran kampung yang selamat

    Keselesaan anda, kepuasan kami:

    • rumah banglo yang cukup selesa dan luas – sesuai untuk individu, keluarga mahupun rombongan bagi tujuan peribadi, urusan rasmi, percutian, membeli-belah dan rombongan kahwin
    • menyediakan 3 pilihan bilik yang luas bagi mereka yang ingin menyewa bilik, 2 berhawa dingin dan 1 dilengkapi kipas siling; pelbagai kelengkapan turut disediakan di setiap bilik bagi menjamin keselesaan tetamu
    • mampu menampung tetamu yg ramai (maksimum 25 orang) untuk sewaan sebuah rumah, sesuai untuk mereka yang datang secara rombongan – kami turut menyediakan bantal, selimut, comforter secara percuma tanpa bayaran tambahan
    • parking kereta berbumbung untuk 1 kenderaan, serta kawasan letak kereta tambahan yang luas dan selamat – mampu memuatkan lebih dari 10 buah kenderaan 
    • kami juga menyediakan pelbagai kemudahan / fasiliti bagi menjamin keselesaan agar tetamu gembira tinggal di Rumah Tamu Sri Pauh
    • kami turut menyediakan fasiliti teh/kopi percuma dan kemudahan air panas/sejuk elektrik untuk keselesaan tetamu
    • dilengkapi dengan 2 ruang tamu yang luas lengkap dengan 2 set sofa, ruang bekerja serta balkoni dilengkapi dengan set meja dan kerusi
    • ruang makan yang selesa lengkap dengan set meja makan, serta kemudahan dapur bagi kegunaan tetamu yang ingin memasak
    • ruang dapur dilengkapi dengan peti sejuk 2 pintu saiz medium, microwave oven, dapur gas, periuk nasi elektrik, cerek elektrik
    • kami turut menyediakan set alatan memasak asas (periuk, kuali, pisau, senduk, sudip dll) bagi kegunaan tetamu
    • set hidangan makanan seperti pinggan mangkuk, sudu garfu serta gelas/cawan turut disediakan
    • kawasan laman berumput yang luas di dalam kawasan rumah bagi kegiatan riadah tetamu
    • kawasan khusus untuk BBQ bagi kegunaan tetamu, serta sebuah pondok kecil sesuai untuk aktiviti BBQ atau bersantai
    • 2 balkoni disediakan – 1 balkoni dilengkapi set meja dan kerusi di sebelah ruang tamu, dan 1 balkoni attached kepada bilik Sri Pauh 2

    daftar keluar boleh dilewatkan sehingga 5 petang jika tiada tetamu yang menempah di bilik tersebut untuk hari berikutnya

    DSC01717
    DSC01740
          jalan masuk ke SPGH..15 meter dari jalan besar.
    DSC01753
    DSC01731   
    DSC01730
    DSC01728
                         ruang tamu utama
    DSC01729
                verandah dengan satu set meja dan kerusi plastik
    DSC01748
     DSC01766
     DSC01767
     DSC01768
    DSC01769
             bilik tidur utama
    DSC01770
                    bantal-bantal yang disediakan
    DSC01756
    DSC01755
    DSC01758
    DSC01759
                 bilik2 single dengan 2 katil bujang.
    DSC01726
                  toto-toto yang disediakan
    DSC01743
                      ruang makan
    DSC01744
                       meja menulis
    DSC01747
    DSC01746
                  ruang dapur
    gambar rumah 
     gambar rumah1
    bangsal
    parking
    parking1

    Hits: 1