
Ya ayyuha allatheena amanooinnama alkhamru walmaysiru wal-ansabuwal-azlamu rijsun min AAamali ashshaytanifajtaniboohu laAAallakum tuflihoon
O you who have believed, indeed, intoxicants, gambling, [sacrificing on] stone alters [to other than Allah ], and divining arrows are but defilement from the work of Satan, so avoid it that you may be successful.
Surah Al Ma’idah Ayat ke 90. Al Qur’an Al Karim.
Saya merujuk kepada isu tentang usaha Majlis Perbandaran Subang Jaya mahu menguatkuasakan larangan terhadap mana mana premis dimana arak dijual dan disajikan untuk menggajikan pekerja Islam dan perkara ini sedang heboh diperkatakan oleh orang orang seperti Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Selangor Darul Ehsan dari DAP Ronnie Liu Tian Khiew yang mengarahkan MPSJ untuk menarik balik larangan tersebut!

Kekalutan pihak bukan Islam ini bukan hanya melibatkan pihak exco kerajaan pembangkang negeri Selangor tetapi juga turut menyaksikan Menteri Pelancongan Malaysia Dato Seri Dr Ng Yen Yen yang sama sama melenting meminta agar pihak MPSJ tidak meneruskan larangan terhadap pekerja yang beragama Islam bekerja di premis yang menjual atau menghidangkan arak.
Saksikan video berikut :
Bilamana Ronnie Liu dan Ng Yen Yen melenting dan membantah akan tindakan pihak MPSJ mahu menguatkuasakan larangan terhadap orang orang Islam bekerja dipremis premis yang menjual dan menghidangkan arak, saya boleh mengatakan bahawa exco negeri Selangor tersebut dan menteri kerajaan persekutuan itu jahil tentang hukum hakam Islam dan oleh kerana itu mereka menyuarakan pendapat mereka berdasarkan kefahaman masing masing yang cuma melihat kemungkinan pekerja pekerja beragama Islam terbabit akan hilang kerja dan punca pendapatan!
Ronnie Liu dan Ng Yen Yen tidak tahu tentang bab dosa dan pahala menurut undang undang Islam.
Yang saya nak tanya adalah kenapa orang orang Melayu yang beragama Islam turut jahil sama seperti Ronnie Liu dan Ng Yen Yen boleh semberono sahaja bekerja menjual dan menyajikan arak sebagai punca pendapatan mereka?
Apakah mereka yang terlibat ini tidak tahu akan halal atau haramnya sesuatu pekerjaan itu?
Apakah mereka yang berkenaan ini jahil tahap gaban sehingga tak sedar bahawa punca pendapatan mereka adalah haram dan sekiranya mereka ini mempunyai keluarga dan menanggung makan minum dan segala perbelanjaan keluarga mereka itu dengan hasil gaji dari pekerjaan dipremis premis menjual dan menyajikan arak itu maka secara tak langsong keluarga mereka sudah tercemar dengan memakan rezeki haram dan terlarang menurut hukum hakam Syariat Islam?
Saya berani jamin bahawa sekiranya tuan puan membuat lawatan mengejut kemana mana pusat hiburan dikawasan segitiga emas Kuala Lumpur dan persekitarannya, besar kemungkinan anda akan mendapati para pelayan bar dan kelab malam disana terdiri dari kalangan orang orang Melayu baik lelaki mahupun perempuan!
Saya pernah mendedahkan perkara ini didalam satu artikel karangan saya disini. Saya sempat merakam video menunjukkan bukti sahih akan kemaksiatan sesetengah pekerja Melayu ini dengan selamba sahaja boleh menghidangkan arak dan ada pelayan bar seorang ni menegok sahaja saki baki arak wain yang ada didalam gelas dihadapan khalayak awam! Saksikan sendiri:
Ronnie Liu dan Ng Yen Yen tak akan tahu bahawa Islam melarang umatnya melibatkan diri dengan arak, judi dan bertenung nasib! Mereka berdua kaffir dan bukan Islam. Tak ada guna kita nak marah kepada kedua kaffir ini kerana mereka belum tahu akan haramnya bagi seseorang Muslim mencari makan dengan mana mana pekerjaan yang melibatkan arak.
Yang perlu kita persoalkan adalah orang orang Melayu yang boleh tanpa malu dan segan mencari makan dengan bekerja didalam premis premis penjualan arak. Akal pergi mana beb?
Hello brader / sista! Lu memang tak tahu ke beb bahawa arak itu haram? Gua hairan beb macam mana didalam zaman ilmu pengetahuan tentang Islam sudah seribu empat ratus tahun lebih terbentang luas didepan mata dan mudah didapati, lu boleh buta kayu dan selamba dek saja cari makan dengan kerja haram ni, beb? Lu memang tak belajar agama setitik pun selama lu sudah dewasa ke beb?
Begitu gaya dan bahasa orang orang yang kononnya moden dan tinggal dikotaraya. Cakap mesti lu gua, dan bro atau sista!
Tetapi dari segi perbandingan dengan mereka yang menjaga diri dan taat terhadap perintah Allah dan menjauhi diri dari terlibat dengan maksiat, maka kumpulan buta kayu ini memang teramat rugi sekali jika mereka mati tanpa sempat untuk bertaubat!
Rugi besar syeikh! Bayangkanlah betapa besar dosa seseorang yang meminum arak dan turut sama menyajikannya? Menjual, membawa, memesan, mengedar, mengeluar dan apa apa sahaja usaha yang mempromosikan arak didalam apa cara sekalipun?
Ada juga dikalangan orang orang Melayu yang boleh saja memakai baju jersi T sukan yang tertera lambang syarikat arak seperti ‘Carlsberg’. Mereka ini selalunya samada golongan yang menganggap diri sebagai ‘Melayu urban’ atau golongan yang tak faham apakejadahnya maksud sesuatu lambang atau jenama yang terpampang didada baju T mereka tetapi hanya tahu memakai sahaja.
Pernah semasa saya ke Kuala Terengganu dan berjalan dipantai bersama isteri saya singgah digerai gerai yang terdapat dipersisiran pantai. Ada gerai gerai yang menjual pelbagai baju T. Terkejut benar saya melihat apa yang tertera dibeberapa helai baju T yang dijual digerai tersebut!
Jelas tercetak perkataan lucah didalam Bahasa Inggeris yang bermula dengan huruf ‘M****rf****r’!
Saya bertanya kepada pakcik yang siap berkopiah yang duduk menjual baju baju tersebut samada ia sedar ke tidak akan maksud perkataan yang terdapat pada baju T jualannya itu?
Ia menggeleng kepala menyatakan tidak tahu. Ada pembekal baju T datang meminta ia menjual baju baju seperti itu kerana anak anak muda di Ganu Kita suka benar memakai baju baju gaya barat maka ia setuju saja untuk menggantungkan baju baju tersebut digerai nya!
Saya pergi membisikkan maksud perkataan itu ke telinga pakcik tua itu. Berubah airmukanya dan dengan pantas ia terus pergi menurunkan baju baju bertulis lucah itu dan menyimpannya kedalam kotak! Berterimakasih ia kepada saya dan beriya iya berkata bahawa sekiranya ia faham bahasa orang putih kotor begitu mesti ia tak akan ambil dari pembekal!
Kes Ronnie Liu dengan Ng Yen Yen lebih kurang serupa le. Mereka tak tahu akan larangan Islam terhadap arak, judi dan bertenung nasib.
Kalau mereka tahu sekalipun, mereka akan begitu juga. Mereka peduli apa samada pekerja pekerja Muslim itu berdosa ke tidak bekerja dipremis premis arak?
Tidak ada bezanya bagi mereka itu. Yang mesti kita soal adalah pekerja Muslim berkenaan?
Tak kan dah tua bangka, masih tak reti reti akan halal haram sesuatu pekerjaan itu?
Akal pergi mana beb?
Nak tunggu Jamil Khir datang bising ke?
Kekadang u all ni manja sangat lah!
Nak kita buat macam Taliban sebat di Afghanistan dulu, u all kata Kerajaan zalim lah , ganas lah!
Tetapi kalau dibiarkan, u all semakin melampau!
Sendiri mau ingat lah bro / sista!
Macamanalah Malaysia nak maju?
Jika ada maarof sintok macam u?
Bawa bawalah bertaubat beb!
Kerajaan sibuk nak cari peluang bisnes halalan bil toyyibban untuk rakyat, u all yang otak bengap macam itu kaldai Baghdad sibuk cari masaalah lah!
Tolong skitlah bro. Pergilah cari rezeki halal!
Bangla dan Mat Indon pandai datang cari rezeki halal, u all pulak yang kelabu mata, dok gi togok benda haram!
Kamu nak persalahkan siapa lagi, beb?
Hits: 3
yooo yooo kami rapper yoooo
perghhhhh gaya kalahkan org muda hehey
harap teruskan apa yg baik
sudah tukar laa bang …
Sebaliknya Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, pihak berkuasa tempatan (PBT) berkenaan hanya mengeluarkan surat peringatan kepada pemilik premis agar menghormati permintaan kerajaan negeri supaya tidak menggaji pekerja Islam di pusat hiburan mereka.
"Sebelum ini memang tak ada sebarang larangan dibuat, tapi hanya surat yang mengingatkan supaya tak mengambil pekerja Islam.
http://alturl.com/qhzbj
Yo! Yo! Yo! Macam tak boleh kerja lain yang halal.
Kalau orang bukan Islam itu dah jahili tentang agama Islam, bertanyalah. Tapi kalau orang Melayu Islam sendiri yang dah jahil, atau sengaja tak mahu ambil tahu memang orang macam ini patut dilaknat oleh Allah. Tapi kalau pemimpin Islam sendiri bersikap macam orang jahil dan boleh berkompormi dengan hukum-hukum Allah porak perandalah negara Malaysa satu hari nanti. Ya Allah engkau hapuskan manusia seperti ini
haram tetap haram. Bilamana haram ia adalah berdosa. Ronie dan yen yen tu mana athu dosa dan pahala. Yang dia tau duit banyak maknanya baik, duit sikit makna tak ada ong.
Kita yang Islam ni tahu rezeki tu haram atau tak?
Malah kita pun tahu akan selain sumber arak dan judi, banyak lagi unsur haram jadi darah kita.
Contohnya riba'. Rasuah….tok sah cakap…sendiri mau ingat.
Nak salahkan siapa? Kita cuma mampu jaga diri dan keluarga agar menjauhi semua tu. Insya Allah ya tuan Mahaguru.
Saya masih muda lagi, bekerja sebagai jurutera, company saya provide khidmat nasihat dan trade engineering equipment. Equipment paling utama dalam jualan syarikat adalah pam. Kebanyakan projek yang terlibat adalah projek-projek water treatment dan loji kumbahan IWK.
Bermula awal tahun lepas, saya dan rakan saya(bukan islam) telah dapat new task, to penetrate market kilang-kilang pula. Nak dijadikan cerita, rakan saya berjaya dapat satu appointment dengan manager kilang carlsberg di shah alam. Saya hanya follow dia atas dasar kerja, dan juga untuk menimba ilmu, melihat equipment-equipment moden dan berteknologi tinggi dalam kilang tersebut.
Sewaktu diskusi bersama manager tersebut sebelum masuk ke ruang pemprosesan dalam kilang, saya sempat bertanya, apakah produk carlsberg yang dominan di kilang ini, manager menjawab beer. Maka seterusnya saya masuk ke ruang pemprosesan, di mana proses buat beer dari bahan mentah sampaila jadi beer siap untuk diminum.
Saya tergamam apabila berada di ruang proses tersebut, kerana (dalam 50-60 orang pekerja) rata-rata pekerja disitu adalah melayu islam. Lebih terkejut lagi perempuan bertudung pun ada dalam jumlah yang ramai. Hati saya terdetik seketika, tapi saya hanya mampu berlakon seperti tiada apa-apa yang pelik, walhal saya tergamam. Meraka juga agak terkejut melihat saya datang.
Sempat juga saya bertanya kepada pekerja-pekerja tersebut, jawapan mereka memang ramai pekerja islam kerja disitu, dan mereka tiada pilihan, hidup terdesak dan perlukan. Saya tak mampu berkata apa-apa, nak beri nasihat pun saya tidak cekap. Terkejut tapi inilah realitinya. Saya sendiri lihat dan jadi saksi.
Salam Tuan Guru,
1.Realiti Ashportal diatas adalah natijah dari pemerintahan Kerajaan Islam dengan Naungan KDYMM Al-Sultan negeri berkenaan setelah lebih53 tahun merdeka.
2.Ini ada cerita baru kes Kadok Sudah Naik Junjung…
PETALING JAYA: Dua memorandum akan diserahkan kepada Yang Dipertuan Agung dan Perdana Menteri berhubung tindakan Datin Seri Rosmah Mansor yang dianggap biadap serta derhaka ekoran menggunakan gelaran wanita pertama dan mencampuri urusan rasmi kerajaan.
Seorang jurucakap memberitahu bahawa kumpulan dari pelbagai latar belakang akan dianggotai oleh pertubuhan politik dan pertubuhan bukan kerajaan dalam isu yang melibatkan isteri Datuk Seri Najib Tun Razak ini.
Menurut jurucakap kumpulan yang bakal menggerakkan penyerahan memorandum ini menjelaskan dua memo berasingan dengan isu yang hampir sama akan diserahkan kepada Seri Paduka dan Najib setiap satu.
Menurut sumber itu, antara isi kandungan memorandum kepada Seri Paduka ialah memohon agar pihak istana campur tangan atau menyatakan pendirian berkenaan penggunaan gelaran Wanita Pertama oleh Rosmah.
“Sebagai rakyat yang kasihkan Rajanya, kami hanya memohon pihak istana menyatakan pendirian dan membuat teguran tegas kepada sesiapa sahaja yang menggunakan gelaran Wanita Pertama selain Permaisuri Agung.
Katanya lagi, lebih malang lagi apabila Rosmah turut menunjukkan sikap angkuhnya apabila dengan beraninya menggunakan gelaran Wanita Pertama walaupun telah dikritik hebat sebelum ini.
Benda ni dah berlarutan lama dah.. sejak dulu lagi…. mujur jugak Selangor jatuh ke tangan PR.. benda ni timbul satu persati… 7-11 kawasan Melayu jual arak.. premis arak ada pekerja Melayu… kilang Arak ramai pekerja Melayu dll… dan akan diselasai oleh kerajaan Pr sebaik mungkin…