Memang sungguh istimewa Mat Mat Salleh ini! Mereka mampu menguasai Bahasa Melayu dengan begitu bagus sekali dan sekarang ini sudah sampai ke tahap boleh berlakon episod dari filem P.Ramlee yang terkenal ‘ Pendekar Bujang Lapok’!
Saya amat berasa bangga dengan anak anak muda ini. Mereka begitu cintakan Bahasa Melayu dan terbukti mampu menyampaikan lakonan mereka dengan menggunakan Bahasa Melayu dengan fasih dan dengan penuh penghayatan!
Malulah sebahagian warga Malaysia yang lahir di negara ini tetapi masih buta kayu tak reti berbahasa Melayu sefasih Belacan & Paku!
Apa kalian nak jadi Mat Salleh celup?
Ha, ini dia petikan episod Mambang dalam filem asal :
Hits: 0
Saya setuju.. Saya sangat malu apabila melihat Orang Malaysia yang bercakap Bahasa Ingeris apabila di ajukan soalan oleh Stesyen televisyen tempatan..
Susah nak di mengertikan kenapa ada lagi warga negara yg tak blh berbahasa melayu dgn fasih, mat saleh ni satu contoh, yg bangla, nepal, vietnam tu semua blh berbahasa melayu tapi masih ada warganegara yg langsung tak blh berbahasa melayu.
Pelik tapi benar
Saya rasa saya tahu sebabnya? Mereka di asuh untuk membenci Melayu dan disekat dari berbahasa Melayu oleh ibu dan bapa mereka?
Dimasukkan ke sekolah jenis kebangsaan Cina dan di tarbiyyah menjadi penutur bahasa ibunda mereka sahaja dan di besarkan didalam suasana nyah budaya dan bahasa kebangsaan.
Tiada sebab lain.
Pembesaran terkawal.
Yang India saya rasa kaedah serupa juga tetapi kebanyakan anak anak muda Cina dan India sekarang dah boleh berinteraksi sesama mereka didalam Bahasa Kebangsaan dan keperluan lulus wajib didalam Bahasa Melayu mungkin jawabnya?