November 29, 2023

MAHAGURU58

The Truth must be told no matter what so Justice can live!

Cinta terlarang ~ Perkahwinan Campur @ Antara Agama. Emel pembaca.

2:221
Transliteration

Wala tankihoo almushrikatihatta yu/minna walaamatun mu/minatun khayrun minmushrikatin walaw aAAjabatkum wala tunkihooalmushrikeena hatta yu/minoo walaAAabdun mu/minunkhayrun min mushrikin walaw aAAjabakum ola-ika yadAAoonaila annari wallahu yadAAooila aljannati walmaghfirati bi-ithnihiwayubayyinu ayatihi linnasilaAAallahum yatathakkaroon

Sahih International

And do not marry polytheistic women until they believe. And a believing slave woman is better than a polytheist, even though she might please you. And do not marry polytheistic men [to your women] until they believe. And a believing slave is better than a polytheist, even though he might please you. Those invite [you] to the Fire, but Allah invites to Paradise and to forgiveness, by His permission. And He makes clear His verses to the people that perhaps they may remember.

Muhsin Khan

And do not marry Al-Mushrikat (idolatresses, etc.) till they believe (worship Allah Alone). And indeed a slave woman who believes is better than a (free) Mushrikah (idolatress, etc.), even though she pleases you. And give not (your daughters) in marriage to Al-Mushrikun till they believe (in Allah Alone) and verily, a believing slave is better than a (free) Mushrik (idolater, etc.), even though he pleases you. Those (Al-Mushrikun) invite you to the Fire, but Allah invites (you) to Paradise and Forgiveness by His Leave, and makes His Ayat (proofs, evidences, verses, lessons, signs, revelations, etc.) clear to mankind that they may remember.

Malay

Dan janganlah kamu berkahwin dengan perempuan-perempuan kafir musyrik sebelum mereka beriman (memeluk ugama Islam); dan sesungguhnya seorang hamba perempuan yang beriman itu lebih baik daripada perempuan kafir musyrik sekalipun keadaannya menarik hati kamu. Dan janganlah kamu (kahwinkan perempuan-perempuan Islam) dengan lelaki-lelaki kafir musyrik sebelum mereka beriman (memeluk ugama Islam) dan sesungguhnya seorang hamba lelaki yang beriman lebih baik daripada seorang lelaki musyrik, sekalipun keadaannya menarik hati kamu. (Yang demikian ialah kerana orang-orang kafir itu mengajak ke neraka sedang Allah mengajak ke Syurga dan memberi keampunan dengan izinNya. Dan Allah menjelaskan ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) kepada umat manusia, supaya mereka dapat mengambil pelajaran (daripadanya).

Saya menerima emel dari seorang wanita muda Muslim yang bertanya kenapa Islam melarang perkahwinan campur di antara seseorang seperti ia dengan lelaki bukan Muslim?


Ia turut menyoal kenapa negara ini melarang perkahwinan sedemikian?


Berikut adalah isi kandungan emel tersebut tanpa mendedahkan identiti dirinya:


ustaz masalah saya ini berkaitan dengan agama…

agama yang jadi penghalang antara aq dan dia…

kami bercinta sudah dua tahun dan terlalu banyak halangan sehingga berkali2 aq meminta putus dgn dia…tapi dia seorang yang memahami saya sehingga dia sanggup dgn sifat aq yang hot temper…

tetapi halangan demi halangan kami tempuhi bersama untuk tetap bersama….

orang tua saya uda mengetahui hubungan kami kecuali parents dia…

dorang beragama non muslim…dan orang tua dia mempunyai pegangan agama yang begitu kuat…

uda dua tahun kami bercinta dan saya mahu hubungan kami nie di ketahui oleh orang tua dia dan direstui…

niat kami ikhlas untuk saling mencintai sehingga sanggup suruh si dia bgtau dengan parentsnya…

tapi apa kan daya semua yang kami jangkakan akhirnya benar-benar berlaku….

siang malam kami menangis akan hal nie..tp tangisan itu takkan memberi faedah kepada kami…tak da yang selesai…

adakah salah kami berkasih dan berhubungan…?

adakah salah kami meminta restui mereka…?

adakah kami salah kerna berlainan agama?

bukan kah kita di dalam satu bumi satu malaysia dan juga maha pencipta juga adalah sama…?

sdgkan darah kita pun tetap sama…yang berbeza cuma cara hendak melaksanakan tanggungjawab dan mendapat keredhaan dari yang maha kuasa….

kami pernah berancang hendak berkahwin tapi bolehkah ustaz di dalam undang2 malaysia…masing2 memegang agama tanpa mengubah apa2…?

saya tahu negara malaysia merupakan negara islam….tapi ustaz ada banyak halangan yang akan ditempuhi oleh kami….

kami saling mencintai tapi dia pun mencintai keluarganya…


dia buntu saya pun jadi buntu…

sekarang dalam dunia yang maju ini terdapat banyak kes maksiat yang semakin berleluasa…

mahukah pihak kuasa keadaan ini semakin parah macam ini….

bukan kah kahwin itu halal dipandang oleh masyarakat mahupun keluarga dan juga keredhaanya….?

tapi kenapa undang2 malaysia seperti memilih kasih…


jika kami berkahwin dan masih memegang agama masing2…bukan kah ini lebih senang….?


sudah lah mau masuk islam pun begitu sukar…


apply pun mau tukar nama semua mahu ditukar…


bukan ini tak adil bagi mereka…bukan kah kita harus memberikan jalan yang senang pada golongan macam ini..?

sedangkan nama orang islam pun ada juga menggunakan nama bukan muslim..kenapa nak tukar…

kami nak wat macam tu agar family dia x tahu…!

saya tahu hubungan yang tak direstui itu tidak bagus tp apakan daya agama yang harus ditukar…?

itu yang parents nya tak mahu…dia tak mahu anak dia memasuki islam…


bolehkah undang2 dalam perkahwinan ini di longgarkan…?

agar mendapat keredhaan darinya…

bolehkah ustaz undang2 malaysia membuat sedemikian rupa….

dia amat menyayangi keluarga dia tapi begitu juga saya…

saya faham family lagi kenal dia dan sayang dia sehingga kini…

tapi wlupun satu tahun berkawan dan dua tahun bercinta ini perkara betul2 menyakitkan kami…sehingga seperti mahu bunuh diri…

kenapa keluarga mereka membuat sedemikian rupa bukankah elok mereka restui..

tapi saya faham kenapa mereka membuat sedemikian rupa kerana
mereka mendidik anak mereka sjk dari kecil tentang agama mereka….

dan kenapa undang2 malaysia amat melecehkan…

bukan kah kita akan mendidik mereka untuk memasuki islam ini dengan perlahan2…

bulikah dorang diberi masa untuk memahami islam tapi nikah harus dijalankan dahulu dan pasal agama hendaklah kita berikan mereka bimbingan dan tunjuk ajar dengan perlahan2…?

insayaallh pasti ada byk golongan luar sana mau bernikah dengan agama lain tapi pa kan daya…mereka tak diberi peluang…

saya mau hubungan kami direstui dan perkahwinan yang dilangsungkan dapat keredhaanya…

kami mau menjalani hubungan ini dengan penuh keredhaannya…

dorang juga sembahyang..kita pun sembahyang juga sdgkan semua berada di bumi inikan adalah makhluk ciptaannya…

oleh itu, harapan saya ustaz bolehkah undang2 malaysia di perlonggarkan untuk keselesaan bersama…

atau ustaz mempunyai pandangan yang lain…apa yang penting hubungan kami ini mgharapkan tak nak menyakiti mana2 pihak pun…

itu sahaja ustaz….berikan sedikit pendapat/cadangan dan komen atas hal sedemikian ini…

terima kasih…


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Begitulah isi kandungan emel wanita muda Muslim ini. 


Almaklumlah orang tengah bercinta, makanya mesti rasa begitu tercabar menghadapi undang undang sedia ada baik dari segi hukum hakam perkahwinan mahupun undang undang sivil yang melarang perkahwinan campur sebegini?


Usia muda tuan tuan dan puan puan. Mereka sanggup lakukan apa sahaja asalkan dapat bersama seperti kisah Romeo dan Juliet, Uda dan Dara dan sebagainya yang pernah kita baca.


Namun ini bukan cerita fiksyen atau drama swasta.


Ini realiti semasa.


Perkara sebegini sering kita dengar dan mungkin ada yang telah berlaku pada diri para pembaca atau keluarga kita.


Semasa saya di Pulau Pinang, ada juga anak anak saudara sebelah bekas isteri yang menghadapi perkara yang sama dan ada yang akhirnya berkahwin dengan lelaki idaman mereka yang pada hakikatnya memeluk Islam tetapi sesudah mendapat beberapa anak, masih tidak nampak keislaman pada dirinya secara sempurna!


Lebih kepada bagaikan umang umang, kulit sahaja tampak berlabelkan Islam tetapi dari segi amalannya hampas belaka.


Namun dek kerana itu bukan dibawah bidang kuasa saya secara peribadi untuk menegur secara terus maka jatuh tanggung jawab tu kepada ayah dan ibu mertua individu itu sendiri untuk membimbing anak menantu terbabit!


Tetapi apakan daya ibu dan bapa mertua tersebut itu untuk menunjukkan jalan dan cara kepada sang menantu bilamana penghayatan Islam itu pada diri mereka sendiri hanya bagaikan melepas batuk ditangga?


Sebagai saudara jauh, kita tak berkuasa untuk mengarahkan itu ini pada keluarga tersebut. Tak ada hak menegur secara terus. Nanti alih alih, kita pula dipersalahkan seandainya berlaku sesuatu diluar jangkaan kita seperti perceraian dan sebagainya?


Beralih kembali kepada kes didepan mata.


Seorang wanita muda Muslim mahu berkahwin dengan jejaka idaman hatinya yang kaffir.


Cintanya begitu tebal terhadap lelaki kaffir itu namun dari segi asas kefahaman agama wanita ini jelas menunjukkan ia tidak begitu arif tentang hukum hakam agama Islam kita yang teramat suci dan ia belum mengerti akan natijah berbuat sedemikian?


Berkahwin dengan lelaki kaffir yang jelas tidak mahu menukar agama anutannya demi mahu bersama wanita muda Muslim ini?


Bagaimanakah boleh kita terangkan kepada pasangan muda Muslim/Kaffir ini yang sedang hangat bercinta akan kenapa Islam melarang perkahwinan sedemikian?


Boleh kah minda mereka yang masih muda dan belum matang ini faham akan larangan Allah Subhanahu Wa Ta’ala terhadap mana mana Muslim yang mahu berkahwin dengan pasangan nya yang masih kaffir?


Dari sudut manakah boleh kita terangkan pada pasangan muda ini bahawa natijahnya terlalu banyak dan sudah tentu merumitkan keadaan akan ketentuan akidah si wanita muda Muslim ini yang dari segi penulisannya telah menyamaratakan antara agama Islam kita nan Maha Suci ini dengan anutan pasangannya yang kaffir?


Nak kita belasah sahaja akan keadaan jahil wanita muda ini bahawa Islam itu teramat suci dan tidak boleh sama sekali dianggap sebagai sama dengan apa apa sahaja fahaman atau ajaran kepercayaan ciptaan manusia yang menidakkan Keesaan Allahu Rabbi, akan terkira zalim kah kita kerana tidak mengambil kira akan kelemahan ilmu agama yang ada padanya?


Dewasa ini semakin ramai manusia yang lahir sebagai seorang yang dikatakan Muslim tetapi belum tentu ianya membesar dengan didikan dan kefahaman Ad Deenul Islam yang sempurna?


Islam hanya pada nama dan pada sijil kelahiran masing masing. Ditambah pula ibubapa anak anak zaman sekarang ramai yang berkahwin kerna terpaksa angkara persetubuhan haram sebelum bernikah. 


Anak hasil dari perbuatan zina sebegitu sudah tentu terdedah pada stigma dan penghinaan mansyarakat dan ibubapanya sendiri kurang arif tentang hukum hakam agama, semberono membesarkan ia didalam suasana yang tidak menepati tuntutan syarak dan Syariah Islam itu sendiri.


Saya hanya mengambilkira akan kejadian pembuangan anak oleh muda mudi Melayu Muslim seMalaysia sejak kebelakangan ini sebagai contoh kesimpulan diatas.


Namun, cuba kita berfikir sejenak tentang keadaan semasa umat Islam di bumi Malaysia ini.


Berapa ramaikah diantara keluarga keluarga Melayu Muslim hari ini yang betul betul menjalani kehidupan menepati tuntutan agama Islam kita?


Ramai orang yang saya kenal secara peribadi mengambl mudah akan tuntutan agama kita. Kebanyakan ibubapa hari ini terutamanya mereka yang tinggal dikota dan berpendapatan agak tinggi tidak begitu menekankan pada anak anak mereka akan cara hidup sebagai Melayu Muslim yang beradat dan sopan.


Ada dikalangan anak anak Melayu yang saya lihat berbuat sesuka hati mereka hanyut dibawa arus kemodenan dan cara pergaulan yang boleh dikatakan lebih mirip kepada budaya orang orang Kaffir.


Ibubapa mereka hanya mampu mengeluh dan mengadu hal pada saya tetapi apakan daya dan kuasa yang ada pada saya untuk memerintahkan anak anak mereka untuk akur kepada ibubapa mereka sedangkan anak anak mereka tidak ambil peduli atau mahu mendengar kata orang tua mereka sendiri?


Maka terjadilah kes macam di atas ini dimana seorang anak muda wanita Muslim sudah menanamkan rasa cinta pada diri seorang jejaka bukan Islam dan sampai ketahap mahu membunuh diri mereka sekiranya cita cita mereka untuk hidup bersama dihalangi sesiapa?


Wallahu `alam samada perahu sudah dikayuh menuju tambatan?


Sebagai seorang blogger Muslim yang sudah tua dan berpengalaman, saya hanya mampu menasihati anak muda ini supaya sedar akan kemungkinan kemungkinan yang akan menimpa diri nya dan juga pasangan ia?


Bukan perkara mudah hendak menyekat gelora asmara muda mudi sekarang yang berpegang kepada peribahasa ‘ membujur lalu, melintang patah!’.


Saya tidak kenal secara peribadi akan pengirim emel ini hanya mampu menasihatinya disini secara umum. Mudah2an mereka yang bermasaalah serupa mahu mengambil perhatian dan nasihat saya ini tentang cara cara menyelesaikan kemelut jiwa muda ini.


Gadis ini bertanya akan kenapa pihak berkuasa agama Islam melarang pernikahan antara agama ia dengan pasangannya?


Sudah tentu pihak berkuasa Jabatan Agama Islam di Negeri Negeri didalam Malaysia melarang sebarang perkahwinan antara agama bagi mana mana pasangan yang mahu berkahwin sekiranya salah seorang dari mereka bukan Islam!


Sedangkan Allah Subhanahu Wa Ta’ala mengharamkan perkahwinan sebegitu, inikan pula kita manusia?


Selama kamu warga Malaysia dan bermastautin disini, makanya kamu tertakluk kepada Undang Undang Syariah Malaysia dan kamu dilarang berkahwin ikut suka kamu melanggar undang undang perkahwinan disini.


Garis Panduan Perkahwinan Antara Beragama Islam dan Bukan Islam Malaysia   boleh kamu baca disini.


Ianya menuntut supaya mana mana pasangan yang bukan Islam supaya memeluk Agama Islam terlebih dahulu dan kemudian memohon izin bernikah dimana mana Jabatan Agama Islam negeri berkenaan.


Sebagai contoh sila baca syarat syarat yang dikenakan Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang disini.


Perkara kahwin ini bukan boleh dibuat main main.


Perkahwinan adalah satu ikatan kekeluargaan. Bukan hanya setakat pasangan itu sendiri.


Walaupun kamu berdua yatim piatu dan tidak ada saudara mara langsung dikedua belah pihak sekiranya kamu berdua berlainan agama, maka pasangan kamu yang bukan Islam wajib memeluk Agama Islam untuk menikahi kamu dan didaftarkan didalam senarai mereka yang telah berkahwin didalam daftar perkahwinan negeri masing masing.


Tidak ada cara keluar melainkan pasangan kamu yang bukan Islam memeluk Agama Islam dan memenuhi garispanduan yang diadakan oleh Pejabat / Jabatan Agama Islam negeri masing masing.


Islam mengharamkan perkahwinan campur diantara umatnya dengan kaum kaffirin.


Ini adalah peraturan nikah kahwin di Malaysia.


Kahwin diantara berlainan bangsa tu tak jadi hal. 


Akan tetapi kahwin diantara berlainan agama memang tak akan di beri izin di Malaysia.

Harap maklum.

Hits: 1