
Allahu Akbar!!!
Wahai umat Islam seMalaysia, inilah dia hasilnya bila kita bersatu menentang kemungkaran dan cubaan menyeleweng akidah umat Islam didalam negara ini oleh stesen TV3 yang sekiranya saya serta rakan rakan blogger yang lain diam akan meneruskan penyiaran iklan karut penuh unsur unsur khurafat yang boleh menjejaskan akidah anak anak kecil serta remaja ataupun dewasa yang jahil tentang hukum hakam Ad Deenul Islam yang teramat suci!
Kita boleh merubah keadaan umat Islam negara ini dengan saling nasihat menasihati diantara satu sama lain dan bersatu menentang kemungkaran!
Tak kira pangkat atau kedudukan, tua atau muda, miskin atau kaya, bangsa apa sekalipun!
Sekiranya kita sayang akan agama kita, sayang akan anak bangsa dan sesama ummah dengan kita, mahupun sesama warga kita, maka jatuh wajib keatas kita menegur akan mana sahaja yang salah!
Tegurlah dengan berhemah jika boleh tetapi seandainya pihak yang sedang melakukan kemungkaran itu degil dan tidak endah terhadap teguran kita itu, maka mahu tidak mahu ada cara cara lain lagi yang boleh kita guna.
Sistem perundangan kita masih belum kita gunakan didalam tuntutan supaya stesen TV3 ini jangan pandai pandai menokok nambah, menyeleweng adat resam serta ketentuan hukum hakam agama Islam kita didalam usaha halus pihak pihak tertentu merubah fikiran anak anak kita serta golongan yang mudah dibentuk fikrah mereka dengan paparan visual yang boleh membawa kepada liberalisasi agama.
Jangan kita ambil enteng atau mudah dengan cubaan merubah akidah ummah seMalaysia oleh stesen TV3 ini.
Kita harus mencari siapa dia disebalik pembuatan iklan khurafat ini dan membawa dia ke muka pengadilan!
Ini bukan sesuatu yang mudah kita maafkan tuan tuan dan puan puan.
Ini satu percubaan jahat meracuni fikiran anak anak generasi muda kita serta mereka yang lemah didalam kefahaman agama.
Selagi hidup, Wallahi Wattallahi Wabillahi, Mahaguru58 serta pejuang pejuang Islam baik dilaman siber ini atau pun di alam nyata akan tetap memerangi puak puak ini dengan segala daya yang ada pada diri ini dan rakan rakan seperjuangan yang lain!
Saya ingin mengucapkan jutaan terimakasih kepada semua bloggers dan Facebookers yang sama sama berusaha menegur pihak pengurusan TV3 supaya menghentikan siaran iklan penuh khurafat Sinari Lebaran itu dan meminta mereka memohon maaf secara terang terang didalam satu sidang media sebenar dan tidak hanya mewakilkan pembaca berita mereka seperti sebentar tadi!
Esok, jam 12tengahari, satu protes besar besaran dijadualkan berlangsung dihadapan Stesen Sri Pentas TV3 di 1Utama.
Kita jumpa disana!
Takbirrr!!!!
ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR!
Bagi TV3, kalau lah tak ada langsung ilham nak buat modal produksi iklan Hari Raya yang membawa kepada kebaikan, cuba tengok iklan Raya TV9, bukan TV3 suku dibawah ini :
Mudah2an tahun depan produksi TV3 akan lebih bertepatan dengan kedudukan agama Islam didalam negara ini!
Jangan sampai kena kutuk 1Malaysia!!!
Hits: 0
menarik. 🙂
Tahniah tuan. Tuan yang mulakan tegoran dan di ikuti oleh blogger yang lain.
agbr47: Akibat suka serah kerja pada orang lain. Pakar tak pakar semua.
Bersama sama lah kita semua memantau akan keadaan didalam negara kita.
Nak harapkan pagar ; pagar dah lama mentekedarah padi.
Saya khuatir akan nasib umat Islam didalam Malaysia.
Umat ini perlu disedarkan dari terus hanyut dibawa gelombang 'Sindrom Si Luncai Terjuan dengan Labu Labunya'.
Kita tak boleh biarkan!
Wajib kita selamatkan sesama Islam dan juga mereka yang tidak memerangi kita didalam tanahair kita ini.
Islam tak boleh dipisahkan dari bangsa Melayu dan Tanah Melayu ini.
Ini sahaja Tanah bagi umat Melayu beragama Islam didunia!!!
Sadarkah Melayu sekelian?
Jika hilang kuasa keatas bumi bertuah ini, maka Melayu akan merempat dibumi nenek moyang mereka sendiri!!!
Ditambah pula dengan puak puak durjana pengkhianat ummah seperti penerbit iklan khurafat @#$%^&*! ini!!!
Akan kita cari dia sampai dapat!
Terimakasih diatas sokongan tuan!
Tidak akan Islam kita biar diperkotak katikkan oleh siapa sahaja di Malaysia ini!!!
Samada kita berjaya membersihkan negara ini dari kemungkaran yang dibawa oleh sesiapa sahaja, tak kira parti pemerintah atau pembangkang, akan kami tentang habis habisan!
BIAR MATI BERGALANG TANAH! DARI HIDUP BERPUTIH MATA!!!
Ini sumpah saya!
Allahu Akbar!
KEMASKINI 8.30 p.m:
– TV3 melalui slot Bulletin Utama 5 September 2010 telah memohon maaf kepada seluruh umat Islam di Malaysia di atas keterlanjuran iklan khurafat sempena Aidilfitri 2010..
– Pihak admin/creator facebook "KAMI MEMBANTAH PROMO IKLAN RAYA AIDILFITRI TV3 2010" dengan ini membatalkan penyerahan memorandom tanda bantahan pada esok hari (Isnin)..namun di pihak PAS, setakat ini, aktiviti yang dirancang berjalan seperti biasa..
– Penulis di kesempatan ini juga mengucapkan tahniah kepada seluruh umat Islam khususnya para facebooker dan blogger yang mengambil berat isu ini dengan mengasak TV3 dari mula hingga ke saat ini..tahniah diucapkan, moga2 Allah merahmati kalian..
– Walaupun berat, permohonan maaf diterima mengambil semangat Ramadhan dan Syawal yg bakal kunjung tiba..namun, pihak berkenaan WAJIB menjawab persoalan2 berikut terlebih dahulu..
1. Siapakah director iklan khurafat tersebut?
2. Siapakah yang merangka jalan cerita/ storyboard iklan khurafat tersebut?
3. Kami ingin tahu, apakah iklan ini sengaja disiarkan, atau tidak sengaja? apakah sudah melalui penapisan sebelum disiarkan?
4. Apakah jaminan TV3 perkara ini tidak berulang?
Harap persoalan2 ini dijawab oleh pihak TV3..jika perlu, persoalan2 ini perlu terus diasak oleh rakyat Malaysia supaya segala persoalan terjawab dan perkara ini tidak berulang kembali..rakyat berhak ambil tahu!!..
http://ruangbicarapriamalaya.blogspot.com/2010/09/iklan-aidilfitri-2010-facebook-tv3.html
Salam..
Syabas! Carry on, brother.. Carry on.. 🙂
Salam ,
saya belum tenguk lagi iklan TV3 tu tetapi kalau benar memang melampau.Macam ada yang tak kena je dengan TV3 ,kalau dulu semasa tayangan juara lagu dikatakan ada unsur2 freemason ,agaknya memang sudah ada agaknya anasir jahat dalam media TV3 ni untuk merosakkan akidah umat Islam….harap disiasat sampai ke akar umbi…selamat sejahtera Tuan dan pembaca yang lain.
Salam Ramahdan/Lailatu Qadr ,
Macam mana badan berkuasa spt KKDMM( DR Rais),RTM,FINAS tak bertindak siasat dan dakwa serta hereh kes ini kemahkamah. Saya rasa tak cukup dgn mohon maaf zahir dan batin aje. Negara kita ada undang2 yng canggih, kenapa tak gunakan sebagai pengajaran dan pendidikan kepada ahli korporat ni. dan macam mna boleh terbit dan siarkan, rakyat nak tahu, yg risaunya mungkin ada ajen yahudi dalam TV3 ni.contoh persembahan /pentas/rekabentuk AJL dulu pun penuh dgn ciri Yahudi/Zionis/Freemason. Minta perhatian tuan.
Waallahua'lam.