Kalau lah jadi betul betul, kan bagus?
Masa’alahnya kita semua tahu bahawa hadirnya mereka berbaju kurung dan bertudung hanya umpama pelakon pelakon drama politik tanahair bila ke surau dan masjid masjid kita.
Sungguh! Saya akan amat bersyukur sekiranya mereka ini benar benar ingin menjadi muslimah penyembah Allah didalam ertikata sebenar benarnya.
Namun, ini semua sekadar mainan politik dan mengikut suasana dan keadaan semasa dimana mereka perlu mengambil hati umat Islam Malaysia yang kebanyakannya berbangsa Melayu.
Saya cuma boleh menggeleng kepala bila membaca amaran YB Teresa Kok kepada Menteri Dalam Negara ( bukan Negeri …jika hanya sebuah negeri, saya boleh terima) YB Dato Seri Hishamudin Tun Hussein Onn bahawa ianya tidak boleh menyatakan bahawa YB Teo Nie Ching itu adalah ‘kotor’ dan tidak boleh masuk kedalam ruang solat surau berkaitan baru baru ini yang menimbulkan kontroversi terkini didalam bulan Ramadan nan mulia ini!
Saya tidak menyalahkan Teresa Kok.
Sudah jelas lagi nyata bahawa Teresa sudah tentu tidak tahu tentang hukum hakam Islam berkenaan larangan bagi wanita atau pun lelaki yang berhadas baik kecil mahupun besar dari menginjakkan kaki ke ruang solat sesebuah musalla ataupun masjid bilamana ianya telah sempurna digunakan untuk tujuan beribadah.
Ahli Jawatankuasa surau atau masjid berkenaan yang sepatutnya lebih peka dan sadar akan polemik yang sudah pasti timbul bilamana mereka yang belum Islam dibenarkan masuk ke ruang solat utama tempat ibadah para Muslimin dan Muslimat.
Bukan salah mereka yang tidak tahu tentang halal, haram, makruh, sunnah dan sebagainya?
Kita semua sedia maklum bahawa semasa sesebuah surau atau masjid sedang dibina, para pekerja nya ada yang bukan Muslim. Kita tidak menafikan bahawa ramai pekerja kontrak yang bukan beragama Islam diambil bekerja oleh para kontraktor yang mendapat projek projek berkenaan.
Bukan setakat mereka masuk membina asas tapak sesebuah masjid itu dengan semberono sahaja malah mungkin ada yang kencing berak didalam kawasan tersebut. Para pekerja binaan itu mungkin ada sahaja yang menghisap rokok, membuang puntung rokok rokok tersebut ikut suka dikawasan pembinaan malah entah apa apa lagi?
Itu semua adalah senario biasa semasa sesebuah surau atau masjid sedang dibina. Tak menjadi hal punya.
Kontraktor letrik, sistem perkumbahan, karpet atau pemasang jubin semua sudah pasti masuk dan menjalankan kerja kerja mereka sambil berkasut ke apa. Tak jadi hal punya!
Namun apabila siap segalanya dan ruang surau atau masjid itu sudah siap untuk di imarahkan oleh jamaah, maka sertamerta kawasan ruang utama solat itu sudah menjadi kawasan suci dan walau Muslim sekalipun dilarang oleh peraturan agama kita untuk masuk ke kawasan itu tanpa berkeadaan suci dan berwudhu’.
Bilamana Hishamudin Tun Hussein mengeluarkan pandangannya akan kesilapan ahli ahli jawatankuasa surau berkaitan membenarkan seorang yang belum Islam masuk ke ruang utama solat itu didalam keadaan dirinya sudah tentu berhadas besar, maka Teresa Kok yang tidak tahu tentang hukum hakam Islam membaca kenyataan Hishamudin itu sebagai menghina Teo Nie Ching dan terus berprasangka terhadap Menteri Dalam Negara kita ini.
Kita nak persalahkan siapa didalam polemik ini?
Sudah tentu bukan si Kaffir kaffir ini yang jelas jahil tentang peraturan agama Islam kita nan teramat suci.
Mereka yang harus dipertanggungjawabkan adalah tidak lain dan tidak bukan hanya ahli ahli jawatankuasa surau berkenaan.
Saya sendiri semasa berada di Pulau Pinang menerima lawatan dan kunjungan para pelancung asing dan juga tempatan yang bukan Islam masuk melawat ke Masjid Kapitan Keling.
Saya akan menunjukkan kepada mereka kawasan kawasan dalaman masjid berkenaan tetapi terbatas ke ruang legar sekeliling kawasan solat utama masjid dan memastikan mereka membuka kasut, memakai jubah menutup aurat dan mengawal pergerakan mereka semasa didalam lawatan tersebut.
Malah, saya akan menyuruh mereka duduk dengan tertib dan hanya memerhatikan kami semasa waktu solat dan selepas solat akan menerangkan kepada pelancong dan pelawat ke masjid kami itu tentang Al Islam dan berdailog dengan mereka menjawab serba serbi soalan soalan mereka.
Ada di antara mereka yang akan datang menyusul sehari demi sehari dan ramai dikalangan mereka ini telah memeluk Islam ditangan saya dan rakan rakan pendakwah.
Alhamdulillah!
Selaku umat Islam, kita diperintah Allah Subhanahu Wa Ta’ala untuk menyeru manusia ke jalan Tuhan kita seperti termaktub didalam Surah An Nahl ayat 125 :

OdAAu ila sabeeli rabbika bilhikmatiwalmawAAithati alhasanati wajadilhumbillatee hiya ahsanu inna rabbaka huwa aAAlamubiman dalla AAan sabeelihi wahuwa aAAlamu bilmuhtadeen
Invite to the way of your Lord with wisdom and good instruction, and argue with them in a way that is best. Indeed, your Lord is most knowing of who has strayed from His way, and He is most knowing of who is [rightly] guided.
Invite (mankind, O Muhammad SAW) to the Way of your Lord (i.e. Islam) with wisdom (i.e. with the Divine Inspiration and the Quran) and fair preaching, and argue with them in a way that is better. Truly, your Lord knows best who has gone astray from His Path, and He is the Best Aware of those who are guided.
Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.
Perintah Allah di atas adalah satu ‘Standing Order‘ yang wajib dijalankan oleh setiap Muslim yang berkemampuan dari segi memiliki ilmu pengetahuan yang baik tentang ajaran ajaran dan larangan larangan didalam Ad Deenul Islam.
Boleh menyampaikan pengetahuan tentang Al Islam dengan tepat dan jelas kepada mereka yang menjadi tamu di Rumah Allah.
Boleh berbahasa sama dengan para pelancung tetamu mereka atau didalam Bahasa Antarabangsa seperti Inggeris dan menyampaikan risalah agama dengan penuh ikhlas dan menambat hati mereka yang belum Islam itu.
Jalankan kerja dakwah kita dahulu. Samada mereka itu mendapat taufik dan hidayah Allah itu perkara diluar kawalan atau kuasa kita.
Zaman Nabi dahulu, tak adanya para Sahabat nak kena tunjuk Surat Tauliah sebelum berdakwah terhadap orang orang Kaffir!
Zaman sekarang, ramai yang berijazah dan bergulung gulung sijil tauliah dan sebagainya tetapi hasilnya hampas dan kebanyakan bertugas hanya mengharapkan gaji dan tidak sebenar benarnya berdakwah dengan sepenuh hati.
Setakat ‘punch in’ jam delapan pagi dan ‘punch out’ jam 5 atau 4.30ptg. Ini bukan nak tohmah pegawai pegawai jabatan agama berkenaan tetapi luahan hati dan rasa berasaskan pemerhatian peribadi saya sejak mula berdakwah pada lewat 1988 di Masjid Kapitan Keling, Pulau Pinang bersama rakan rakan saya di Islamic Propagation Centre yang kami asaskan disana.
Jadi, bagi saya karya Blog Medan Info Corner ini bukan hanya boleh dipandang sebagai lawak semasa tetapi disebaliknya harus dijadikan satu matlamat jangka panjang oleh setiap Muslim yang berurusan dengan YB YB Bukan Islam di atas ini. Mereka dicipta Allah Subhanahu Wa Ta’ala juga, kan?
Serulah mereka ke jalan Allah dengan penuh hikmah dan bijaksana.
Hendak seribu daya ; tak hendak seribu dalih!
Semoga gambaran di atas menjadi hakikat didalam ertikata sebenar benarnya satu hari nanti.
Insya Allah.
Hits: 0
satu hari kalau bukan Islam masuk masjid, surau pastu tetiba dia azan panggil orang datang masjid, baru kita tahu, tersedar…
http://ziarah76.blogspot.com/2010/09/isu-bukan-islam-masuk-masjid-bagaimana.html
Salam,
For a while I was fooled thinking its a nasheed group from China.
Then after 5 seconds looking at the picture on this post I realize it was just the communists.
Salam Tuan,
Secara ringkas pandangan saya ialah prinsip yang patut dan seharus senantiasa ada pada bangsa Melayu (lebih-lebih lagi bagi Melayu yang terbabit didalam politik)ialah tiada kompromi kepada bangsa dan agama. Tiada wangringgit yang mampu menggadaikan maruah bangsa dan agama.
Andai prinsip ini menjadi pegangan hidup bangsa, saya yakin bangsa Melayu akan lebih dinamik, bijak serta kuat dalam mengharungi segala sepak terajang berpolitik.
Jimizul
saya rasa Mahaguru perlu membaca apa pendapat Ustaz Zaharudin, Dr Danial dan Dr. Asri tentang hal ini yang bersandarkan Alquran dan sunnah rasulAllah… dan yang pasti mereka tidak terpengaruh dengan mana mana parti…
bila berhujjah tentang hukum bukan islam masuk kedalam masjid, kita haruslah berpaksikan Alquran dan sunnah rasulAllah… jangan lah kita nanti mengharamkan sesuatu yang dibolehkan Allah semata mata kerana adat Melayu kita tidak membenarkan….
Salam jimizul,
Sepatutnya ditulis
Prinsip yang patut dan seharus senantiasa ada pada bangsa Melayu (lebih-lebih lagi bagi Melayu yang terbabit didalam politik)ialah tiada kompromi kepada AGAMA (sahaja). Tiada wangringgit yang mampu menggadaikan AGAMA.
Ini adalah kerana, apakah itu maruah bangsa? Contohnya, apakah itu maruah bangsa Melayu?
Jawapannya ialah tiada apa-apa lansung. Bangsa hanya merujuk kepada warna kulit, dan populasi manusia pada tempat-tempat tertentu.
# A local geographic or global human population distinguished as a more or less distinct group by genetically transmitted physical characteristics.
# A group of people united or classified together on the basis of common history, nationality, or geographic distribution: the German race.
Jika adapun maruah bangsa ada pada sejarah mereka dan yang paling penting ialah pegangan hidup mereka (ISLAM).
Jika dibandingkan adakah definisi ini masih sama dengan apa yang diperjuangkan hari ini?
Tidak sama sekali. Maafkan saya jika ada yang tersinggung tetapi itulah kebenarannya. Kebanyakkan orang Melayu membuang sejarah dan agama Islam untuk agama dan budaya Barat.
Jika ada yang berani kata Melayu akan kuat jika bersatu atas panji-panji parti bangsa, itu hanyalah penipuan semata-mata kerana Melayu hanya akan kuat jika mereka kembali kepada Islam.
Masing masing berhujah mengikut pandangan sendiri.
Tentang saranan saudara Anak Perelih supaya saya membaca pandangan tokoh tokoh berkenaan itu, sudah lama saya baca.
Namun saudara lupa bahawa saya juga seorang pendakwah yang punya cara dan pengalaman sendiri mengendalikan lawatan orang orang yang belum Islam ke masjid kami di Pulau Mutiara.
Saya menyiarkan semula karya Blogger Medan Info diatas harapan saya supaya ahli ahli Parlimen DAP yang belum Islam ini Insya Allah akan di limpahkan Rahmat Ilahi dengan Taufik dan Hidayah Nya untuk memeluk Ad Deenul Islam sesuai dengan fitrah mereka selaku anak cucu Nabi Adam Alaihis Salam.
Gambar sama tetapi nawaitu berbeza. Yang Blogger Medan Info siar mungkin sebagai jenaka politik bertemakan suasana kecenderongan YB YB DAP ini untuk menghampiri AJK AJK Masjid dan Surau untuk menyampaikan sumbangan mereka.
Saya menulis menyampaikan hasrat di dalam sanubari saya.
Ada bezanya.
Tentang dok bertelagah mengenai boleh masuk ke tidak orang orang kaffir atau Muslim yang sedang berhadas samada besar atau kecil, eloklah saudara semak semula tentang hukum ajaran Islam mengenai perkara ini.
Kita nak berpendapat harus berasaskan Syarak dan Hukum Hakam Islam bukan bernafsukan keperluan politik semata mata.
Insya Allah.