December 2, 2023

MAHAGURU58

The Truth must be told no matter what so Justice can live!

Cadangan Kampus UITM Serendah oleh PYBK yang kini dilanda krisis!

Petang tadi, saya menghadiri satu majlis penerangan yang dikelolakan Pengerusi Permodalan Yayasan Pembasmian Kemiskinan @ PYBK, Dato Haji Zainal Abidin Hj Sakom, di ibupejabat YBK di Kelana Jaya.

Ramai rakan rakan blogger yang lain turut hadir dan kami semua diberi penerangan terperinci oleh Yang Berbahagia Dato Hj Zainal Abidin Hj Sakom tentang kedudukan sebenar perkara melibatkan soal tanah tapak projek Cadangan Kampus UITM Cawangan Serendah yang kini diambang bahaya dirampas oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor dibawah pemerintahan MB Tan Sri Khalid Ibrahim.

Ada pelbagai perkara yang didedahkan kepada kami oleh Dato Hj Zainal Abidin Hj Sakom dan saya rasa media perdana tidak berani mendedahkan kepada umum diatas kemungkinan permit penerbitan mereka mungkin terancam akibat pembocoran maklumat maklumat berkaitan.

Insya Allah akan saya dedahkan nanti selepas mendapat persetujuan Dato Hj Zainal Abidin Hj Sakom.

Sila tonton video cadangan Projek Kampus UITM Cawangan Serendah PYBK yang diberikan kepada kami tadi:

Saya sendiri rasa teruja melihat kehebatan perancangan kompleks UITM Serendah ini. Dengan landskap yang di olah sedemikian rupa, memang boleh menjadi kampus induk bagi institiut pengajian tinggi di Selangor ini.

Dato Hj Zainal tadi beritahu kami bahawa ada 5 universiti yang mahu bersama sama menjayakan projek ini dan ianya berkemungkinan menjadi Taman Pendidikan Pengajian Tinggi serantau.

Kenapa kah ada pihak yang mahu mensabotaj usaha murni ini?

Hits: 1