Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Saudara saudari warga Malaysia yang saya hormati,
Sesungguhnya perbuatan beberapa orang Wakil Rakyat yang mengkhianati kepercayaan para pengundi mereka dinegeri Perak Darul Ridzuan telah menimbulkan ketidaktentuan arah dan suasana huru hara politik sehingga ramai manusia manusia yang mempunyai kepentingan berperang diantara parti parti komponen Barisan Nasional dan lawan mereka didalam Pakatan Rakyat!
Kata mengata caci mencaci menjadi lumrah bagi mereka yang tidak takut terhadap Murka Allah Subhanahu Wa Ta’ala semata mata kerana berebut kuasa politik sementara, kedudukan dan harta duniawi!
Pengkhianatan amanah yang diberikan para pengundi terhadap Jamaluddin Mohd Radzi (PKR Behrang), Kpt (B) Mohd Osman Jailu (PKR Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (DAP Jelapang) telah menumbangkan Kerajaan Pakatan Rakyat yang diterajui DAP tetapi berMenteri Besarkan YB Pesuruhjaya PAS Bukit Gantang Dato Seri Nizar Jamaludin bila ketiga tiga Wakil Rakyat berkenaan mengisytiharkan diri mereka keluar dari parti masing masing dan ‘bebas’.
Mereka kemudian menyokong Barisan Nasional dan membuatkan pertimbangan kuasa perwakilan di dalam Dewan Undangan Negeri Perak senget ke belah BN!
Maka Duli Tuanku Sultan Azlan Shah, Sultan Perak Darul Ridzuan terpaksa melantik Menteri Besar yang baru dari pihak BN iaitu Datuk Seri Zambry Abdul Kader untuk menerajui Kerajaan Negeri Perak yang baru.
Sudah begitu keadaannya bila manusia didalam negara ini menjalankan sistem demokrasi berParlimen dan berDewan Perundangan Negeri.
Barangsiapa sahaja yang mempunyai kelebihan kerusi perwakilan baik di Dewan Perundangan Negeri atau didalam Parlimen, maka pihak itulah yang mempunyai hak untuk berkuasa menubuhkan Kerajaan Negeri bagi DUN dan Kerajaan Pusat bagi kelebihan kerusi perwakilan di Parlimen!
Ini adalah asas sistem pemerintahan demokrasi.
Tiada siapa yang boleh mempertikaikannya mengikut lumrah kehidupan manusia berpandukan hukum hakam ciptaan mereka sendiri menurut acuan ketamadunan Barat yang sekular.
Namun bagi kita yang beragama Islam, amanah perwakilan yang diberikan melalui undian rakyat yang berdaftar tidak boleh kita terima perbuatan khianat ketiga Ahli Parlimen tersebut!
Ianya adalah dosa besar! Khianat terhadap kepercayaan para pengundi adalah satu perkara yang dilaknati Allah Subhanahu Wa Ta’ala.
Kuasa politik tidak membezakan diantara sekular atau Syarie. Bilamana seseorang yang berkuasa itu tidak lagi mendapat kepercayaan rakyat, maka sudah wajib baginya meletak jawatan dan pilihanraya kecil di adakan semula di kawasan terbabit.
Berkeras mahu terus menjadi Wakil Rakyat DUN atau Parlimen tertentu meletakkan seseorang pengkhianat itu didalam kedudukan memakan elaun dan sara hidup hasil penggajian mereka sebagai memakan hasil haram kerana telah mengkhianati amanah para pemilih dikawasan kawasan berkenaan.
Mereka mungkin tidak merasakan diri mereka salah sekarang ini kerana mungkin pemahaman agama mereka belum sampai ketahap penginsafan akan halal haramnya rezeki yang sedang mereka nikmati hasil dari kedudukan sebagai Wakil Rakyat tertentu. Saya merujuk kepada YB YB berbangsa Melayu dan beragama Islam berkenaan.
Saya tidak mahu menyentuh hal YB berbangsa China dari parti DAP itu sebab ianya seorang kaffir dan mungkin bagi dirinya soal halal haram ini tidak timbul?
Yang saya tujukan disini adalah YB YB yang Melayu Muslim berkenaan. Apakah mereka tidak sedar akan dosa besar yang telah mereka lakukan?
Mungkin dari segi percaturan kuasa politik dan cara Exco Exco DAP semasa Kerajaan Pakatan Rakyat berkuasa di Perak dahulu berlambangkan MB PAS Dato Seri Nizar yang rakus memberikan hakmilik hampir 1000 tahun kepada penduduk China negeri Perak menimbulkan ketidakpuasan hati rakyat Perak berbangsa Melayu dan kebanyakan mereka tidak sabar menanti Kerajaan PR yang diterajui MB PAS jatuh menelungkup, menyembah bumi!
Kegagalan MB PAS Kerajaan PR untuk mengambil kira sensitiviti umat Islam Perak menatijahkan dirinya tidak mendapat simpati dan sokongan rakyat untuk mempertahankan Kerajaannya!
Istilah Inggeris ‘ Too much ; too soon’ mungkin boleh dipergunakan sebagai contoh disini. Kerajaan PR Perak tersungkur bagaikan dipatahkan kaki, dicantas kepala lutut pendekar rakyat terkena mata pedang politik tajam ketiga pengkhianat amanah pengundi Perak berkenaan.
Saya tidak setuju dengan cara pemimpin PAS @ Mursyidul Am Tuan Guru Nik Aziz berkata bahawa seandainya Wakil Rakyat BN hendak lompat mengkhianati amanah para pengundi mereka pula lompat masuk PAS atau Pakatan Rakyat di alu alukan demi memperkukuhkan pakatan mereka!
Khianat terhadap parti politik masing masing tidak ada perbezaan halal haramnya dari segi keadilan didalam ajaran Islam! Dosa khianat tetap sama jika kita hendak berlaku adil?
Amanah itu akan dipertanggungjawab keatas setiap dari kita di Yaum Al Mahsyar nanti!
Saya menyuarakan pandangan saya terhadap kes ini sebagai warga Malaysia yang mengambil peduli akan perjalanan siyasah didalam tanahair kita dan atas dasar seorang blogger Muslim!
Walaupun tidak bersangkut paut secara langsong sebagai anak negeri Perak namun sebagai blogger yang menulis tentang apa sahaja yang ada kaitan dengan kedudukan saya sebagai sesama warga, perkara yang hak mesti saya tegakkan disini.
Yaum Al Mahsyar!
Siapakah nanti yang dihormati dan siapakah dia yang akan menanggung natijah di Mahkamah Agung Rabbul Alamin?
Hits: 0
Tuan saya merasakan harus bagi wakil rakyat beragama Islam meninggalkan kemungkaran (jika ada) yang berlaku di dalam pentadbiran yang lalu. Soal mengkhianati tidak timbul kerana pertimbangannya adalah berdasarkan pengkhianatan (jika ada) yang berlaku ke atas umat Islam di sana……
Tuan,
Mereka masih mengikut lunas undang undang.
Jawapan kepada ini yang layak menjawabnya adalah Anwar Ibrahim.
Mengikut perlembagaan tiada peraturan yang berlandaskan parti politik.
Setiap wakil rakyat adalah berdiri diatas nama masing masing.
Tidak timbul masalah tiada mandat atau khianati pengundi. Kerana undian adalah di atas diri individu yang di pilih dari sudut pandangan perlembagaan.
Kalau kita main catur kita ikut peraturannya. Tiada dosa dalam kita menipu lawan selagi kita dalam peraturan catur.
Kita saja yang menambah adanya parti dalam politik kita tapi tidak di kuatkuasakan di bawah undang undang kita.
Sebab itu budaya lompat katak dalam politik masih sah dan ternyata ianya benar mengikut undang undang.
Belum lagi kita dengar perasaan tidak puashati dari kawasan wakil rakyat tersebut malah tunjuk perasaan sekiranya mereka tidak puashati.
Selagi kita akur kepada perlembagaan dan undang undang negara dan tidak menyalahinya.
Tiada dosa untuk itu.
Pandai pandai lah main catur. Itu lah politik.
Salam Tuan,
Inilah politik dan orang politik. Penuh dengan helah dan muslihat. Boleh rapat tapi tak boleh percaya.
Selamat Berjuang Untuk Rakyat Marhean ni..Dan Beramal untuk Allah SWT.
bosan dengan politikus ni. Pendirian berubah-rubah. Tak ada ketetapan. Mungkin hanya memikirkan kesenangan dan kemewahan.
Atau pada mereka hukum tuhan sudah tidak relevan.
Saya bosan dengan perkembangan politik dan kemungkinan untuk tidak mengundi lagi itu tinggi. Tapi bila tak mengundi rasa macam menyesal bila tengok golong penipu yang menang..dan bila mengundi yang di sokong belum tentu mereka akan setia dengan pengundi.
Nampaknya hati dan perasaan pengundi ini adalah cuma bahan mainan saja.
Benarlah sistem demokrasi yang dicipta yahudi ni lebih kepada kerosakan.