Sejak kebelakangan ini, masyarakat Malaysia sedang ditarbiyyah secara senyap oleh media alternatif untuk berlaku sumbang dan biadap oleh portal portal media alternatif dengan membiarkan komen komen dan fikrah fikrah celupar diterbit dan tersiar diruang forum perbincangan mereka.
Kenyataan kenyataan yang menghina Allah Subhanahu Wa Ta’ala, Rasulullah Sallalahu Alaihi Wassallam, Sultan Sultan dan Raja Melayu, para pemimpin negara serta umat Islam saban hari semakin menjadi jadi dilaman web.
Cuba tuan puan membaca komen komen yang diterbitkan didalam Malaysiakini tentang isu budaya songsang terkini dimana digalakkan para penyambut ‘Valentine’s Day’ untuk keluar berpesta tanpa memakai seluar dalam ~ supaya senang berzina nanti ~
Kata kata penghinaan terhadap NGO NGO Islam yang menentang budaya celupar ini diterbitkan oleh pengendali portal ini tanpa memikirkan natijahnya terhadap amarah Muslim yang peka terhadap serangan biadap yang terlampau ini.
Mungkin dengan cara menaikkan kemarahan umat Islam, portal Malaysiakini dan yang sama agenda dengan nya mahu menarik lebih ramai orang melangganinya atau memang mereka mempunyai muslihat menghina maruah ummah?
Yang saya kesalkan adalah kelesuan pihak pemerintah yang dayus untuk menangani pencetus budaya mungkar ini secara tegas!
Apalah gunanya berkuasa jika takut untuk menghukum sang penjenayah pemusnah tatacara kehidupan kita selaku warganegara ini yang berpegang kepada keluhuran kesucian agama masing masing?
Bila mereka menghina Allah Subhanahu Wa Ta’ala, pemerintah Malaysia sekadar meminta kita supaya bertenang!
Hina Rasul….minta bertenang!
Hina Sultan dan Raja Melayu…..bertenang!
Hina umat Islam…..bertenang!
Nak bertenang apa lagi bilamana segala yang suci dan mulia bagi kita sudah diinjak dan dihina caci oleh puak puak Laknatullah ini???
Sudah dayus ketahap terlampau kah pemerintah negara ini???
Penghinaan keatas semua yang kita anggap suci dan mulia sudah melampaui batas!!!
Mereka sudah melanggar hampir setiap prinsip Rukunegara!
- KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
- KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
- KELUHURAN PERLEMBAGAAN
- KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
- KESOPANAN DAN KESUSILAAN
- Penghinaan terhadap Allah!
- Penghinaan terhadap Kesultanan Melayu!
- Mencabar perlembagaan kita yang mendaulatkan Islam dan kedudukan umat Islam!
- Mencabuli perundangan yang sedia ada dengan memperlekeh mahkamah baik Syariah ataupun Sivil!
- Menaja kehancuran masyarakat dengan mempromosi budaya mungkar dan maksiat!
Saya menyeru kepada setiap pemegang amanah kuasa memerintah di Malaysia ini supaya bertindak menghapuskan punca maksiat yang kini sedang bermaharajalela menular dikalangan masyarakat kita!
Kedayusan anda akan dihadapkan ke Mahkamah Allah Subhanahu Wa Ta’ala di Yaum Al Mahsyar nanti!
Hits: 1
saya setuju dgn kata-kata ustaz.
spatutnya mereka lebih tegas dalam isu2 yg melibatkan kemuliaan islam dan kedaulatan negara, bukan pikir nk menang hati rakyat semata-mata…
Assalamualaikum Syahmie.
Sudah cukup kita dihina dan ditohmah melalui media alternatif pendokong kemungkaran dan kehancuran ketamadunan masyarakat Timur ini.
Saya menyeru kesekelian bloggers Muslim supaya bersatu dan membanteras gejala kebiadapan terlampau ini secara tegas dan bersama dengan pihak berkuasa agama didalam memerangi mereka!
Sokongan Saudara Syahmie amat saya harapkan untuk menyemarakkan kesedaran Islam dikalangan pelayar blog tahanair!
Semoga Allah memberkati usaha kita!
Amin!
Wabillahi Taufik Wal Hidayah!
Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Assalam wbt.
Adakah pemimpin2 kita sudah "mati rasa, mandul perasaan" ?….atau mereka takut dgn undang2 ciptaan sendiri ( kebebasan bersuara, hak asasi, demokrasi!…yg boleh dicabar di mahkamah bila2 masa ) lebih drp takutkan hukum Yang Maha Esa?
Salam,
Saya salah seorang penentang sistem pemerintahan monarki. Namun saya bukan seorang ekstremist, tetapi seorang republikan.
Adakah Nabi Muhammad mengajar kita tentang sistem pemerintahan monarki, atau baginda mengajar kita syura dan musyawarah? Dan dengan cara ini juga, insyaallah, saya gunakan dalam perjuangan memansuhkan sistem pemerintahan monarki.
Jangan samakan Raja yang dilantik oleh makhluk seperti Firaun, dengan Raja yang dilantik oleh Allah seperti Nabi Sulaiman.
Dari satu sudut, kita ada persamaan, pejuang agama, cuma mungkin pendekatan kita berbeza. Tambahan pula, saya bukan bermazhab Sunni atau Syiah. Bukan juga Wahabi atau Ahmadi.
Wallahualam.
Salam sekali lagi tuan Mahaguru58
mohon buat satu website yang dinamakan
MalaysiakiniWatch.com supaya kita boleh pantau kenyataan anti-Islam, anti-Melayu mereka.
Yang hairan, kalau tulisan anti Melayu, anti Islam, yang selari dengan agenda mereka diterbitkan FREE walaupun dalam bahasa Inggeris.. nampak sangat anti Melayu/Islam
Tuan,
Sekarang ini ramai rakan saya sudah kena virus sekularisme/liberalisme tanpa disedari. Kesal juga sebab kawan sesama asrama dahulu, bila jumpa di Facebook balik berdebat pasal politik, tersedar mereka ada virus tersebut. Nak kata apa, bila bersuara pasal Islam lebih-lebih kita dilihat macam negatif dan tak praktikal (kononnya tak setuju government kawal moral dsb). Saya pun tak tahu nak kata, nak sokong BN memang semua orang dah tahu banyak cerita kurang menarik. PR pula, bukannya PAS yang nak lead.. nak kata apa nasib umat Melayu/Islam di bumi sendiri.
Wassalam
ps: akhir tu lari topik, delete-lah kalau perlu.
Ibarat pepatah rekaan ku…"Biar mati semua, Jangan mati aku".
Salam Tuan Guru,
mana komen saya semalam? tak ulas pun. Ni yang malas ni kalau komen raja / sultan sikit mesti kena ban oleh RTM.
Macamlah raja/sultan yg bagi suap rezeki di mulut saya.
Ya Allah Ya Razak..
Adat Melayu bilamana berbicara perihal Tuanku, maka semoleknya bercermat menyulam kata.
Tuan terlepas cakap, hamba dipertanggungjawab.
Maka ketahuilah tuanhamba yang saya hormati, walaupun diri ini bukan anak Melayu, hamba tetap berbudaya itu.
Hamba lebih rela dirajuk dek tuan dari dimurkai Ulul Amri yang Insya Allah boleh kita peringatkan cara berhemah dan penuh berbudi.
Salam Tuan,
Memangpun kita patut berbudi dan bersopansantun kepada semua makhluk ciptaanNya ( batu,kayu,pokok , binatang,serangga dan manusia) dan ibubapa, saudara Fil Islam dan terutamanya Maha Pencipta iaitu Allah SWT itu sendiri.
Bayangkan satu juzuk kecil udara( O2) atau air (H2O) siapa jadikan utk manusia , takira apa puak,bangsa dan agama. Berapa Harganya?.
Demikianlah hinanya makhluk ini termasuk hamba ini.
Pohon maaf jika tersinggung ….
dunia dah terbalik..PAS jadi lebih sekular dari UMNO , UMNO dah jadi lebih islamik dari PAS