Bilamana saya terbaca tentang Menteri Penerangan kita memaafkan penghinaan blogger Aduka Taruna yang mencaci tahap terlampau Almarhum Paduka Sultan Johor, Sultan Mahmud Iskandar, saya berharap benar bahawa ada khilaf dipihak media yang menyiarkan kemaafan Dato Seri Rais Yatim tersebut?
Saya terfikir juga tentang apa kuasa Dato Seri Rais Yatim untuk memaafkan suatu jenayah tahap terlampau yang melibatkan soal maruah Almarhum Paduka Sultan Mahmud Iskandar?
Apakah Dato Seri Rais Yatim kini berkuasa penuh melangkaui Sistem Kehakiman Malaysia?
Sudahkah Duli Tuanku Sultan Ibrahim Ismail mewakilkan Dato Seri Rais Yatim mengampuni blogger Aduka Taruna yang sekian lama ini bagaikan meriam liar menghentam sesiapa sahaja yang ia benci dan jenayahnya tidak terkira sebagai penghinaan terhadap institusi Kesultanan Melayu?
Begitu juga dengan bangsat bangsat lain yang semakin berani menghina agama Islam kita dan juga Raja Raja dan Sultan Melayu kita!
Beranikah malaon malaon ini berkata begitu semasa Almarhum Sultan Mahmud Iskandar masih hidup?
Tak mampus kena tempeleng Sultan ke nanti?
Sultan Sultan lain, engkau boleh main…
Dengan Almarhum Sultan Mahmud Iskandar, silap haribulan ekau kena tidur dalam kandang harimau!
Saya tidak boleh terima bahawa Menteri Penerangan yang pada hemat saya merupakan seorang Melayu yang terpelajar dan penuh berprinsip, lantang membela dan menghormati Kesultanan Melayu Malaysia boleh tersilap sampai begitu sekali?
Mana mungkin manusia yang bergelar Rais Yatim, pejuang kedaulatan Adat Resam dan Kebudayaan Melayu boleh terlatah memaafkan satu manusia ini yang pada hemat saya mungkin mati dikerjakan rakyat Johor sekiranya ditambat Aduka Taruna itu dikhalayak ramai dan dibiarkan ia di adili warga Johor yang teramat marah dengan penghinaan keatas Almarhum Sultan mereka itu?
Saya amat kesal sekali dengan keadaan semasa Kerajaan Malaysia ini. Ada undang undang tetapi terbukti tidak ada sama sekali semangat kejantanan disegala peringkat Kementerian dan Jabatan untuk menjalankan tugas penguatkuasaan undang undang baik yang sivil mahupun syariah!!!
Kartika Sari Dewi yang dijatuhkan hukum sebat 6 kali sampai kehari ini glamor tak sudah sebab Jabatan Kehakiman Syariah tidak ada keberanian menjalankan hukum sebat ke atas nya!!!
Malu lah kita dengan Wilayah Autonomi Acheh di Indonesia yang walaupun miskin dari segi harta dunia tetapi lebih kaya dari Kerajaan Malaysia dari segi takut terhadap Allah dan terbukti lebih ‘gentleman’ disegi pelaksanaan Hukum Syariah Allah!
Malulah kita hari ini bila Kerajaan Malaysia terkenal pula dengan Sindrom Si Luncai membiarkan segala manusia manusia baik yang kaffir mahupun mereka yang berkokok mengaku diri Muslim yang terlampau kurang ajar bermaharajalela dilaman siber menghina Agama Islam, Kesultanan Melayu Malaysia, Kerajaan 1Malaysia Najib Tun Razak, Polis DiRaja Malaysia, SPRM, SPR dan segala Jabatan Jabatan lain lagi!
Kita ini melimpah ruah dengan undang undang tetapi LOMAH TAHAP GABAN didalam pelaksanaan dan penguatkuasaan Undang Undang tersebut!
Macamana lah orang nak hormat dan segan pada pemerintah bila pemerintah menjadi pemaaf ikut suka hatinya sahaja?
Nak buat macamana lagi jika dah tak ada keberanian nak menegakkan undang undang negara sendiri?
Semakin hawarlah segala blogger halimunan memaki hamun sesuka hati mereka terhadap sesiapa sahaja bila Dato Menteri seperti Rais Yatim dengan begitu mudah sekali kata,’ No problem! Saya maafkan Aduka Taruna! ‘
Begitu sahaja? Saya masih dok pening kepala memikirkan perkara ini!
MANA DIA KEDAULATAN UNDANG UNDANG?
MANA DIA KESOPANAN DAN KESUSILAAN?
MANA DIA KESETIAAN PADA RAJA DAN NEGARA?
Jika ikutkan hati……………….@#$%^&!!!!
Teringat lagu ‘ Apo Kono Eh Jang?
Dato Seri Rais, kena mula bela misai!
Sungguh! Lepas tu kuatkuasakan undang undang ! Itu gunanya Dato Seri diberi kuasa!
Bukan sewenang wenangnya memaafkan orang yang menghina Sultan dan Raja Melayu!
Jika di Thailand, dah tamat sudah riwayat penghina Raja mereka!
Hits: 0
salam. can i share this entry/link with my friends in Facebook? interesting one.
TQ
Wa'alaikumsalam Azura.
By all means, please do.
May you be blessed by Allah Subhanahu Wa Ta'ala to live well and happily with your loved ones!
Ameen!