February 27, 2024

MAHAGURU58

The Truth must be told no matter what so Justice can live!

Terlajak taip boleh dipadam ; terlajak ‘Enter’..?

Suasana politik dan isu agama sedang tegang didalam negara ekoran dari peristiwa pembakaran gereja dengan sengaja oleh mereka yang tidak bertanggungjawab terhadap natijah jenayah mereka pada keamanan dan kesejahteraan warga negara ini.

Keadaan menjadi lebih rumit bilamana adanya anak anak muda kita mencurah minyak membakar lagi hati dan perasaan penganut penganut agama Islam, Kristian dan yang lain lain dengan menulis mengikut sesuka hati mereka mengulas begitu begini tentang krisis antara agama ini dilaman Facebook masing masing tanpa memikirkan bahawasanya perbuatan sebegitu pasti akan menyusahkan diri sendiri?

Nah! Sudah terbukti bahawa peribahasa semasa yang saya guna tempohari adalah tepat dan boleh digunapakai!

‘Terlajak taip boleh dipadam ; terlajak ‘Enter’ tanggung lah padahnya!’

Orang lain yang membuat angkara, pelajar ASWARA masuk penjara!

Kerna apa?

Gatal tangan empunya cerita!

Mohamad Tasyrif Tajudin, 25 tahun, pelajar jurusan Perfileman di Akademi Seni dan Warisan Negara menaip komen ” “Ke nak aku baling bom petrol di sana plak? Harga boleh runding…”dilaman internet Facebook Shahrul Maizam.

Sekarang siapa susah?

Visits: 2