November 28, 2023

MAHAGURU58

The Truth must be told no matter what so Justice can live!

Sepetang di Kg Tanjong Selangor, Pekan, Pahang.

alaAssalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Baru baru ini, kami balik ke Kuantan untuk menghadiri majlis kenduri kahwin anak saudara kami dengan isteri nya yang berasal dari Larkin, Johor.

Keesokannya saya membawa isteri dan anak anak serta cucu cucu saudara berjalan jalan ke Daerah Kg Tanjong Selangor, Pekan, Pahang.

Berikut adalah beberapa rakaman gambar yang saya sempat ambil menggunakan kamera terbaru kami Nikon D5000.

Alhamdulillah! Seronok rasanya melihat hasil usaha saya.

** Sila klik pada gambar untuk melihat dengan lebih jelas!

Model model saya pula comel comel belaka dan tak payah bayar! Hehehehe…

Upah bawa berjalan dan makan McDo!

Aa..aa..istilah baru.

Rupa rupanya anak buah kami si Nurul Atirah ini membahasakan McDonalds sebagai ‘McDo‘!

Hahahaha…macam macam. Ada ada saja lah si ‘Baby’ ni! Itu dia yang dok tunjuk ‘peace’.

Ini pula adalah sibijak kami cucu saudara tersayang si Amir Rafiq yang berbaju oren biru sedang meneroka muncung sampan. Disebelahnya Aina Batrisyia, adik Amir.

Ini suasana kampong dengan pohon pohon nyior melambai lambai dihembus angin laut. Sungguh nyaman dan tenang rasanya berada di desa.

Anak anak buah kami dan cucu cucu saudara bergembira bermain di sampan.

Sekali sekala seronok rasanya membawa mereka berjalan.

Asalnya memang hendak pergi menjelajah lebih jauh lagi tetapi si Aina Batrisyia membuat perangai dengan menangis tersedu sedu..” Nak Balik! Nak Balik! Huua…huaaa..huaaa….”

Bikin rosak lah ana punya program!….hmmmmm..lain kali takleh bawa dah dia….

Hits: 1